Khamis, 10 Mei 2012

Sinopsis Drama Dejavu di Kinabalu Akasia TV3

Sinopsis Drama Dejavu di Kinabalu slot Akasia
Drama Dejavu di Kinabalu mengisahkan tentang Rania dan Ryzal. Semasa mereka kanak-kanak, mereka merupakan pasangan kekasih. Mereka kembali ke tempat asal mereka di Kota Kinabalu.20 tahun kemudian, Rania menderita penyakit bhronchitisphenomia (jantung) yang membawa kepada kematiannya. Dalam diam-diam, Rania telah membuat perjanjian untuk mendermakan hatinya.
Ryzal, berasa hancur setelah kehilangan cintanya. Ryzal membina semula hidupnya melalui khayalan hidupnya dengan Rania. Sehingga satu hari, dia bertemu Sofia. Ryzal melihat banyak persamaan antara Rania dan Sofia. Akhirnya Ryzal jatuh cinta dengan Sofia.

Satu hari Sofia membuat pengakuan kepada Ryzal dan memberitahunya bahawa dia sebenarnya membawa hati Rania.Bagaimana Ryzal akan bertindak balas dengan berita ini danapakah berita ini akan mengubah hubungan mereka? Sama-sama kita tonton drama ini nanti.
Tiz Zaqyah & Nazim Othman dalam Dejavu di Kinabalu
Penggambaran drama ini sedang giat dijalankan di sekitar Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu Sabah. Drama Dejavu bersiaran sebanyak 28 episod adalah arahan Erma Fatima jug Pali dan diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd.  Menurut EDTV Drama itu akan disiarkan menerusi slot Akasia di TV3 dan akan ditayangkan pada 18 Jun 2012 di TV3 selepas tamatnya drama Seindah Sakura.

Nazim Othman merupakan salah seorang pelakon yang akan membintangi drama ini bersama-sama Aqasha, Tiz Zaqyah, Rabecca Nur Al Islam, Neelofa, Aishah Ilias, Fadhilah Mansor, Dian P. Ramlee, Rahim Razali, Aida Rahim, Allana Amir, Khaty Azean dan Meor Ariff.

Sekarang ini layan Seindah Sakura,yang nampak macam best aje walaupun baru 3 episod. Tak sabar nak tunggu Fahrin Ahmad & Fasha Sandha.

Sinopsis penuh drama Seindah Sakura Slot Akasia TV3

Gambar Romantik Fasha & Jejai Berhoneymoon di P.Redang

Update 14 Jun 2012
KISAH Nadira yang menjalani pemindahan jantung dan mewarisi sifat penderma terbabit iaitu Innara yang sudah meninggal dunia adalah tarikan dalam drama bersiri 28 episod untuk Slot Akasia TV3, Dejavu Di Kinabalu karya Erma Fatima dan terbitan Global Station Sdn Bhd.

Apa yang menjadi konflik, Nadira yang sudah memiliki teman lelaki, Bazli turut mewarisi perasaan sayang pada teman lelaki penderma jantungnya itu iaitu Ammar.

Selaku Penerbit Eksekutifnya, Zetty Alia Datuk Ramly berkata, pihaknya tertarik untuk menerbitkan drama bersiri itu kerana cerita itu ada kelainan dari yang pernah dihasilkan sebelum ini.

“Sebenarnya, cerita Dejavu di Kinabalu adalah idea asal daripada produser drama sendiri iaitu Datin Zaiton. Manakala, Erma pula bertindak sebagai penulis skripnya. Jalan cerita drama ini juga memaparkan mengenai proses pemindahan jantung juga agak berlainan daripada drama yang pernah ditonton di kaca televisyen sebelum ini.

“Penonton akan menyaksikan bagaimana seseorang penderma akan berasa terikut-ikut dengan cara pemilik asal jantung itu tanpa dia sedar dan berkongsi rasa yang sama. Karakternya juga akan berubah sedikit mengikut karakter penderma jantung berkenaan,” katanya.

“Selain itu, penonton pasti terpikat dengan latar belakang pemandangan drama ini yang cantik sekali gus jalan cerita serta plot-plot yang ada dalam Dejavu akan menjadikan ia satu naskhah yang harus ditonton peminat drama bersiri di luar sana.

“Saya percaya drama ini tidak akan mengecewakan penonton bila bersiaran nanti.
Pada masa sama, hati siapalah yang tidak akan tersentuh melihat pengorbanan Bazli pada Nadira, cinta Ammar pada Innara yang tak berpenghujung itu,” katanya.

Berkongsi cabaran terbesar menerbitkan drama itu, akui Alia, pastilah ia bukan sesuatu yang mudah untuk menjayakan penggambaran di puncak tertinggi di Asia Tenggara, Gunung Kinabalu itu.

“Bagi memberi gambaran sebenar di puncak gunung dan menghidupkan lagi cerita ini, kru penerbitan, barisan pelakon utama dan pengarah juga terpaksa turun padang dan sama-sama mendaki Gunung Kinabalu. Bayangkan, mereka mendaki gunung tanpa sebarang latihan intensif sebagai persediaan.

“Saya bersyukur, selepas melalui pelbagai rintangan, mereka berjaya sampai ke puncak dan turun dengan selamat tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini sehinggalah penggambaran babak selesai seperti direncanakan.

“Penggambaran drama ini bermula Mac lalu dan akan berakhir Ahad ini (17 Jun) membabitkan lokasi di sekitar Kuala Lumpur, Cherating, Kundasang dan Gunung Kinabalu, Sabah,” katanya.

Dejavu Di Kinabalu menceritakan mengenai kekasih Ammar, Innara yang meninggal dunia dan menderma jantungnya kepada Nadira. Nadira yang juga pesakit jantung sangat bersyukur kerana dapat menjalani pemindahan jantung ketika nyawanya di hujung tanduk.

Bazli, kekasih Nadira sangat mencintainya dan menjaganya dengan baik sepanjang dia sakit. Nadira berasa amat terhutang budi pada Bazli. Nadira adalah pereka hiasan dalaman, begitu juga Ammar.

Takdir menemukan Ammar dengan Nadira secara tidak sengaja. Ammar mahupun Nadira tidak mengetahui bahawa jantung yang ada dalam diri Nadira adalah milik kekasih Ammar iaitu Innara.

Takdir jugalah yang menemukan mereka kembali apabila ditugaskan untuk menyiapkan projek yang diusahakan syarikat Bazli. Ammar terus jatuh cinta dengan Nadira dan dia berasakan Innara ada dalam diri Nadira.

Melihat Nadira seakan-akan melihat cinta hatinya yang sudah mati. Degup jantung Nadira pula semakin laju apabila terpandang Ammar. Mereka berdua saling tertarik dan cuba untuk menghindari perasaan itu.

Semakin lama Nadira cuba lari, semakin dekat Ammar dengannya. Nadira keliru antara perasaannya pada Ammar dan cinta Bazli yang sanggup berkorban apa saja untuknya. Apakah Nadira menerima cinta Ammar? Bagaimana pula dengan teman lelakinya, Bazli?

Drama bersiri untuk slot Akasia TV3 ini akan disiarkan setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam bermula 18 Jun ini.

Selain Tiz dan Aqasha, Dejavu Di Kinabalu turut menampilkan barisan pelakon seperti Nazim Othman, Aishah Ilias, Fadhilah Mansor, Dian P. Ramlee, Rahim Razali, Aida Rahim, Allana Amir, Khaty Azean dan Meor Ariff.


8 ulasan:

Jujurara berkata...

mcm best jerk cte niey..

Nyue berkata...

nyue ikuti cite nie smlm..bg nyue utk episod 1, slow la...trs mberi anggapan cite nie xbest..tp bru epi 1...hope smakin best la

kaisyize berkata...

bronchitis tu sakit paru2...kalau dia ade sakit jantung, mane boleh derma jantung...ye tak?hehehe....

imah_adiputri berkata...

Jantung.. bukan hati. ni lbh kurg mcm cerita korea.. summer scent tu kan?

imah_adiputri berkata...

Jantung.. bukan hati. ni lbh kurg mcm cerita korea.. summer scent tu kan?

imah_adiputri berkata...

Jantung.. bukan hati. ni lbh kurg mcm cerita korea.. summer scent tu kan?

Tembikai Laici berkata...

mmg beshhh pon cerita inii..
Miripp sgt dgn satu citer korea tu, tajuknya Summer Scent.
Kalau citer korea tu, last sekali sure ler heroin akn bersama dgn hero yg kekasihnya meninggal tu
dimana hero kedua yg baik hati mengundur diri demi kebahgiaan insan yg dia cintai..
Kita tgk saja bagaimana pula ending version Slot Akasia kita..
Tapi... rasanya cam sama kottt yerr... :))
Apapon, pemilihan semua pelakon2 mmg bagus. Lakonan masing2 pon mantap n bersahaja.
Watak yg gedix pong gedix dgn bersahaja... tapi still kita boleh feel karakternya.
Tak ler terlalu menyampah sgt nk menengoknya kann..
Thumbs Up to Erma n semua yg terlibat. Sy mmg penggemar tegar drama koRea, tp kalau begini hasil drama kita, pastinya lepas ini sy akn follow drama melayu pulak... ^_+

KuMastinah berkata...

...hoh ye ke...ammar akhirnya ngan nadira??,,umhm......knp x Bazli,,lebih ok..ahh....tengok watak Bazli kat situ,,,kecian...ahh..penyabar,,,,tenang....tunang yg baik(^^,)