Selasa, 11 September 2012

Cinta Ally & Farah Lee Segar Dan Misteri-Cover Mingguan Wanita


Dengan cabaran hubungan jarak jauh, Ally Iskandar Mirdza Mohd Radzi dan Nurfarahin kedua pasangan ini tetap utuh dengan prinsip serta tatacara yang menjadi amalan mereka. “Alhamdulillah, pejam celik pejam celik, perkahwinan kami sudah masuk bulan yang kelapan. Sebenarnya, memang banyak yang perlu dipelajari memandangkan hubungan kami berlangsung dengan cara yang istimewa.
Ally Iskandar & Farah Lee cover mingguan Wanita
Sebagai suami, dia bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri. Dialah pelindung, dialah penyelamat, dialah imam, dialah kekasih. Pendek kata, sebaik akad nikah diucapkan, terbeban satu amanah besar di bahunya malah boleh dikatakan tidak semua mampu menggalasnya dengan baik.

Malah proses perkenalan dan ijab kabul pun berlainan daripada yang saya jangkakan. Semuanya diatur keluarga dengan rapi. “Mengenali Farah membuatkan saya cuba mengenal diri sendiri. Kami saling belajar dan memahami antara satu sama lain. Walaupun saya seorang selebriti yang dikenali tetapi saya masih percaya kepada jodoh yang telah ditentukan Allah. Sebenar-benarnya, cinta selepas berkahwin lebih menarik daripada cinta tanpa ikatan. Indah dan penuh cabaran. Seperti saya dan isteri, boleh dikatakan kami jatuh cinta pada pandangan yang pertama,” ujar Ally.
Ally Iskandar & Farah Lee -Romantiknya
Tentang menimang cahaya mata, katanya sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk memikirkan perkara tersebut. Maklum sahajalah, isterinya masih lagi belajar di Korea jadi agak sulit untuk membicarakan soal tersebut. “Insya-Allah, hujung tahun ini Farah akan menamatkan pengajiannya dan kembali ke tanah air. Selepas itu barulah kami akan fikirkan tentang anak-anak kerana buat masa sekarang kami masih merancang.

“Kalau boleh biarlah semuanya stabil. Kasihan pula dengan Farah nanti sebab nak uruskan banyak perkara. Apabila berkahwin, banyak hal perlu dikongsi bersama. Tak boleh fikir diri sendiri sahaja. Walaupun saya lebih matang darinya tetapi saya perlu peka akan perasaan Farah,” ujarnya sambil mengimbas detik awal perkenalan selepas perkahwinan. “Di awal per kahwinan dahulu, tidak di - nafi memang banyak perkara lucu berlaku. Iyalah, sama-sama baru nak kenal.

Memandangkan Farah dibesarkan dalam generasi ‘CD’ maka saya perlu belajar mengenai ‘dunianya’, begitu juga dia.

“Dia perlu menyelami dunia ‘kaset’ saya. Walau pun ada ketikanya kami tidak berapa setuju dengan pemakaian atau gaya hidup masing-masing tetapi akhirnya kami perlu akur bahawa ia adalah cita rasa. Bila duduk berbincang dan berbicara mengenainya, kami akan tergelak dan cuba cari jalan yang paling baik untuk selesaikan,” jelasnya sambil membetulkan tudung isteri tercinta.
Ally Iskandar & Farah Lee
Berada di dunia yang glamor seakan memberi satu cabaran buat Farah. Apa tidaknya, Ally adalah seorang selebriti yang cukup popular. Tetapi Farah juga tidak kurang hebatnya. Pengikut dan kawan di blognya membuatkan Farah mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan suami yang cukup disayangi. Oleh itu maka tidak hairanlah apabila dia bijak menyesuaikan diri dengan keadaan biarpun perkahwinan masih berada di fasa ‘pengantin baru’.

“Saya tidak bercadang untuk ‘menyerap masuk’ Farah dalam dunia pengacaraan. Sebenarnya tujuan saya membawa dia ikut serta dalam program Singgah Sahur dahulu adalah untuk memperkenalkan dirinya dengan kerjaya saya. Paling tidak, dia mendapat serba sedikit gambaran mengenai dunia penyiaran yang sebenar. Senang cerita, kami perlu bekerja keras untuk lebih mengenali agar perasaan cinta dan sayang yang telah disemai bersemi selama-lamanya.
Ally Iskandar & Farah Lee di majlis pernikahan mereka
“Berkenaan tulisan di blog miliknya, selagi Farah selesa dan seronok dengan apa yang dilakukan maka saya akan sentiasa menyokongnya dari belakang. Cuma kalau boleh saya tak ingin masyarakat terlalu melabel kami sebagai individu yang sempurna sepanjang masa. Kami juga manusia biasa, tidak lepas dari membuat kesilapan. “Disebabkan itu saya acap kali mengingatkannya agar tidak terlalu menunjukkan kita baik kerana bimbang persepsi yang diterima kelak.

Kami selesa dikenali sebagai orang yang sederhana, sama seperti orang lain cuma yang membezakan mungkin kerjaya serta dunia yang kami lalui sekarang. Hakikatnya, manusia sama sahaja, tak kiralah artis atau siapa sahaja,” terangnya yang cukup gembira apabila ada segelintir peminat yang menghargai bakat pengacaraannya sekali gus meletakkan dirinya sebaris dengan ‘otai-otai’ terdahulu seperti Aznil Hj Nawawi.“Benarkah begitu? Tak sangka pula sampai ke situ pengiktirafan mereka.

Secara jujurnya saya rasakan antara saya dan Aznil jaraknya masih terlalu jauh. Dia merupakan salah satu rujukan saya dalam program-program berbaur hiburan. “Oleh itu saya cuba mencontohi dirinya dan menjadi relevan sepanjang masa. Lagipun, dewasa ini generasi pelapis datang bagai gelombang. Ada sahaja bakat-bakat baru yang menyerlah. Oleh sebab itulah saya berpegang pada kata-kata ini bahawa pengacara perlu sedap di mata dan telinga penonton.

“Jadi, dengan cakap-cakap yang begini tidak membuatkan saya selesa dengan apa yang ada sekarang. Walau bagaimanapun, saya cukup berterima kasih dengan sokongan serta komen-komen dari peminat-peminat semua,” jelas pengacara popular Malaysia Hari Ini dengan jawapan yang cukup bernas.



2 ulasan:

Unknown berkata...

huh...tengok diorang, aku plak pikir...bila plak aku nak kawin nie...huhu

Nak Sihat? Jom Berbekam

Kak Mahh berkata...

Pasangan [engantin baru yang sangat bahagia sekarang moga kekal selamanya kebahagiaan milik mereka,insyaallah