Dalam majlis resepsi pertama yang berlangsung malam tadi, pasangan popular ini mengenakan busana songket rekaan eksklusif pereka terkenal Ezuwan Ismail yang ditaja oleh Atikah Songket dengan perhiasan mahkota untuk pengantin perempuan selain pemakaian tanjak dan keris pada pengantin lelaki.
Hampir 1,500 tetamu hadir, antaranya Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, Ketua Istiadat Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Datuk Makhtar Mustapa, Ketua Polis negeri, Datuk Jalaluddin
Abdul Rahman dan Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Muhammad Nasir Hamzah.
Majlis lebih meriah, apabila kedua mempelai turut disajikan dengan dendangan lagu yang semakin mendapat tempat di hati peminat dan menjadi tema telemovie Adam dan Hawa, dendangan duet Datuk Siti Nurhaliza dan Hafiz AF yang dipersembahkan penghibur jemputan.
Khairul Fahmi Che Mat(Apex) & Leuniey Natasha telah mengadakan majlis pernikahan mereka pada 28 Disember 2012 yang lalu. Satu lagi majlis bersanding akan diadakan di sebelah pengantin lelaki di rumah keluarga Apek di Kampung Chenang, Kota Bharu pada 5 Januari tahun depan dengan tema ala kampung dan satu lagi majlis resepsi di Hotel The Royale Bintang, Damansara Kuala Lumpur.
Apek dan Leuniey di majlis resepsi mereka di kelantan(sebelah perempuan) |
Apek(Khairul Fahmi)di majlis resepsi di kelantan(sebelah perempuan) |
Leuniey Natasha di majlis resepsi di kelantan(sebelah perempuan) |
1 ulasan:
Produk jaminan masa depan Terutama jika PR menang PRU 13?Lihat sini
Catat Ulasan