Beg sandang ini sebenarnya dibuat untuk 2 anak bujang saya. Jadi nak pilih corak tu susah sikit. Masing-masing ada citarasa sendiri.
Beg sandang / bagpack terbaru |
Beg sandang warna biru ini nampak semacam sikit bila dah siap. Saiznya tak kena. Mungkin terlalu lebar ataupun ketinggian beg tak sesuai. Frust juga sebab ambil masa 2 hari nak siapkan tapi hasilnya tak memuaskan. Tapi yang membanggakan saya, walaupun nampak semacam aje beg ni,anak saya mahu juga bawa ke sekolah...Ataupun dia masih sekolah rendah jadi tak pandai sangat tentang fesyen terkini sekarang ni...selamat.....
Beg sandang warna biru turquoise |
Beg sandang corak petak ini untuk anak bujang no2 saya. Pening juga nak pilih corak, stock kain banyak corak bunga-bunga aje...Harap dia suka beg sandang ini....simple ....Maklumlah ibunya baru belajar buat tak bolehlah nak request tambah macam-macam.
Ukuran beg sandang / bagpack
panjang 12"
tinggi 18"
lebar 5"
Beg sandang adalah yang terbaik dapat mengurangkan bebanan daripada beg tangan biasa kerana digalas di bahu.
Selain itu, beg galas membolehkan kedua-dua tangan bebas bergerak dan melakukan aktiviti tanpa diganggu tali beg tangan yang sering jatuh ke lengan ketika tunduk atau duduk. Agaknya sebab itu lah beg sandang ini sesuai dibawa ke sekolah.
Beg sandang/ bagpack pattern simple |
beg sandang /bagpack untuk lelaki |
beg sandang / bagpack untuk ke sekolah |
beg sandang / bagpack poket besar bahagian depan |
Fesyen beg sandang sudah kembali sekarang ini |
beg sandang / bagpack sesuai juga dibawa pergi bersiar dengan kawan-kawan |
pandangan bahagian dalam beg sandang /bagpack handmade ct honey |
Untuk melihat design terbaru boleh ke page https://www.facebook.com/HandmadeBagCraftctNHoney
2 ulasan:
best nya dah siap beg.. cantik jer walau pun tak berguru tu..
Boleh tanya x harga beg sandang tu berapa ehhh??...cuma nk tanya je dulu tengok harga
Catat Ulasan