|
clutch handmade ct N honey yang menggunakan twist turn lock |
Hari ini nak buat tutorial bagaimana nak pasang twist turn lock. Bila menggunakan twist turn lock beg akan nampak lagi cantik, ala-ala beg berjenama pula. Selain menggunakan magnetic button twist turn lock juga selamat untuk beg kita. Rasanya tak mudah twist turn lock ni terbuka dengan sendirinya.
Memasang twist turn lock ini tidak lah sesusah mana pun. Yang penting ingin mencuba supaya beg yang kita hasil kan akan bertambah baik dari masa ke semasa selari dengan pengalaman yang kita ada. Dari itu boleh lah kita letakkan harga handmade kita dengan harga yang sepatutnya.
Jika hendak menggunakan twist turn lock perkara pertama yang kita kena tahu ialah, twist turn lock ini sedikit berat jadi beg kita seharusnya tegap. Beg kita perlulah menggunakan kain jenis yang tebal dan ditambah dengan cotton stabilizer/ kain gam. Dengan itu beg kita tidak akan jatuh bila sudah dipasang twist turn lock.
Twist turn lock boleh dipasang setelah beg siap dijahit ataupun ketika proses menyiapkan penutup beg. Terpulang kepada anda. Saya lebih suka memasang twist turn lock sebelum siap beg. Sebab trauma bila dah siap beg tersilap masa proses mengunting lubang di penutup beg.....Berlagulah saya menangis macam-macam lagu keluar.....
|
Tutorial twist lock 1 |
1.Twist turn lock mempunyai 2 set. 1 set ada 2 kepingan/plate. Ia di pasangan di flap/penutup beg. 1 untuk bahagian depan(berbentuk love) dipasang di hadapan penutup dan 1 kepingan lagi dibelakang penutup beserta dengan 2 skru. .
Manakala 1 set lagi untuk dipasang dibahagian badan beg. Ada 1 pemusingnya yang mempunyai 2 kaki dan satu kepingan logam untuk mengetatkan kedudukannya.
Alatan lagi yang diperlukan seperti gunting,pisau dan skru driver.
|
Tutorial twist lock 2 |
2. Ambil penutup beg. tandakan kedudukan tengah penutup beg supaya twist turn lock akan di pasang ditengah-tengah penutup. Letakkan kepingan bahagian belakang twist turn lock dibelakang penutup dan tandakan lubangnya.
|
Tutorial twist lock 3 |
3.Tandakan seperti di dalam gambar.
|
Tutorial twist lock 4 |
4 HATI_HATI
Gunting kain mengikut garisan yang telah di tanda tadi. Pastikan ukurannya adalah tepat mengikut bentuk lubang kepingan bahagian depan penutup. Boleh gunting sedikit dulu dan cuba. Buat sehingga lubang itu betul-betul mengikut ukurannya.
|
Tutorial twist lock 5 |
5. Kepingan yang dipasang di bahagian depan penutup.
|
Tutorial twist lock 6 |
6. Masukkan ke dalam lubang yang telah digunting tadi seperti dalam gambar.
|
Tutorial twist lock 7 |
7.Ambil penutupnya, samakan kedudukkan berpandukan lubang skru.
|
Tutorial twist lock 8 |
8. Skru kan sampai ketat.
|
Tutorial twist lock 9 |
9. Siap sudah memasang twist turn lock untuk set yang pertama.
|
Tutorial twist lock 10 |
10. Setelah siap beg di jahit. Masa untuk memasang set ke 2.Untuk set yang ke2 pula pastikan kedudukan penutup di tempat yang betul.Tandakan 2 garisan untuk dimasukkan pemusingnya.
|
Tutorial twist lock 11 |
11.Cucuk supaya ada lubang digarisan tadi. Seperti dalam gambar.
|
Tutorial twist lock 12 |
12.Masukkan kaki pemusing sehingga habis dan letakkan pengetat nya seperti yang di tunjukkan di gambar.
|
Tutorial twist lock 13 |
13. Bengkokkan kaki supaya pemusing tidak bergerak dan ketat.
Semoga tutorial ini dapat memberikan sedikit pengetahuan kepada kawan-kawan semua. Untuk melihat koleksi clutch bag yang menggunakan twist turn lock boleh klik
http://cthoney.blogspot.com/2014/09/tempahan-terbaru-clutchwristlet-beg.html
Jika ada yang tidak faham, mungkin ayat saya tunggang terbalik..bolehlah komen dibawah ataupun hantar ke email sitinoorhz@gmail.com.
1 ulasan:
Teringin na buat sendirii
Catat Ulasan