Itulah kata orang bila dah terjebak dengan dunia blogger ni, susah juga nak tinggalkan terus. Jadi sekarang ini saya hanya update cerita handmade ct N honey sahaja.
Selepas selesai membuat tempahan Nevena Bag rehat sehari saja, lepas tu sambung tempahan untuk dompet atau long wallet pula. Untuk bulan ni ada 4 tempahan dan 2 lagi saya buat untuk readystock. Senang sekali buat,jadi proses membuatnya lebih mudah..sama step,tak perlu nak banyak kali buka buku nota.
2 tempahan adalah long wallet. 2 lagi untuk kanak-kanak. 2 lagi menggunakan kain linen dan special aksesori untuk readystock.
Dompet berwarna biru bersaiz pendek,sesuai untuk kanak-kanak ataupun mereka yang tidak memerlukan ruang yang banyak untuk menyimpan wang.
Ukuran
panjang 5"
tinggi 31/2"
mempunyai 3 slot kad
2 tempat menyimpan duit kertas
poket berzip untuk duit syiling.
dompet sesuai untuk budak perempuan |
Untuk long wallet berwarna merah pula
Ukuran
panjang 8+-"
tinggi 31/2"
mempunyai 6 slot kad
2 tempat menyimpan duit kertas
poket berzip untuk duit syiling.
long wallet bercorak bunga yg simple |
dompet handmade ct N honey mengunakan penutup PU leather |
long wallet handmade ct N honey menggunakan zip YKK |
Koleksi dompet handmade ct N honey |
atau email ke sitinoorhz@gmail.com
5 ulasan:
manis sungguh...berapa seketul ya?
Cantikklah linen biru tu ;)
harga dari rm26,bergantung pada jenis kain dan aksesorinya
ayu linen biru tu mmg cantik,saya pun suka
macam nk je, macam nk je ekeke
Catat Ulasan