Khamis, 21 Julai 2016

Aksesori Dan Material Buat Beg

 Saya suka sangat nak share dengan semua hasil terbaru Handmade Bag Craft ct NHoney Saya juga akan memberitahu terutama kepada crafter nama aksesori dan material yang saya gunakan untuk membuat wristlet purse ini. Jadi dimasa akan datang senanglah nak mencari dan membelinya.

Mengunakan Printed PU leather bercorak bunga untuk bahagian atas wristlet. Digabungkan pula dengan Glitter Vinyl dibahagian bawahnya. Untuk lebih kukuh dan menampakkan jahitan yang cantik saya menggunakan benang nylon. Benang nylon ini juga nampak lebih berkilat.

Apabila menggunakan zip besi hasil wristlet purse ini nampak lebih mahal seperti beg berjenama di pasaran. 'End zip' pula digunakan untuk mencantikkan lagi hujung zip.

Tali wristlet purse pula menggunakan Lobster clasp untuk mencangkukkan tali di D ring di bahagian badan wristlet. Disebabkan talinya menggunakan Glitter Vinyl rumit untuk menjahitnya. Jadi lebih mudah menggunakan rivet screw sahaja.

Ini pula gambar dibahagian dalam wristlet purse. Saya lebih suka menggunakan nylon waterproof sebagai lining beg. Mudah dijahit dan kelihatan kemas bila sudah siap.

Saya pasti ramai crafter menghadapi masalah untuk mencari aksesori untuk membuat beg. Kebanyakkan kedai jahitan tidak menjual semua aksesori ini. Semua aksesori beg ini boleh didapati di page saya https://www.facebook.com/heavycottononline/. Lebih mudah membeli secara online.

2 ulasan:

skuterlady.blogspot.my berkata...

perkongsian yg berguna....^_^

sy kagum dgn orang yang kreatif...hehe...

Unknown berkata...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)