Khamis, 21 Julai 2016

Beg Dari Material Glitter Vinyl

 Kali ini beg yang dihasilkan menggunakan Glitter Vinyl dan Printed PU Leather.

 Material Glitter Vinyl masih baru di kalangan crafter malaysia. Sejak kebelakangan ini ada 2-3 crafter yang share hasil kerjatangan mereka. Nampak cantik dan moden. Kebetulan terjumpa pula supplier yang menjual material ini. Apa lagi tangan gatallah nak menjahit.
Glitter Vinyl yang saya jual mempunyai 3 ketebalan. 1.2mm,0.8mm dan 0.6mm. Setiap ketebalan ini boleh digunakan tapi hendaklah bersesuai dengan beg yang hendak dibuat. Untuk ketebalan 1.2mm sesuai digunakan untuk membuat beg bersaiz besar seperti beg yang telah saya buat sebelum ini. http://cthoney.blogspot.my/2016/06/glitter-vinyl-dan-beg-raya.html

Untuk beg comel ini saya menggunakan Glitter Vinyl ketebalan 0.6mm. Ianya lebih mudah dijahit. Untuk yang suka memilih ketebalan sederhana boleh lah menggunakan Glitter Vinyl 0.8mm.

Untuk aksesori lain saya menambah magnetic button juga rivet dibahagian handle beg. Menggunakan lining beg dari nylon waterproof sangat sesuai bila digandingkan dengan material glitter vinyl atau PU Leather.

Berukuran 10" W x 5.5" H x 2" D sangat comel bila dipegang.

Tiada ulasan: