Rabu, 15 Februari 2012

Video Terbaru Khairul Fahmi/Apex Yang Gempak-What's with the Red Cube?

Setelah banyak cerita buruk tentang Khairul Fahmi Che Mat/Apex, yang terbaru pejabatnya disimpah cat hitam, kini Apex bakal membuat satu lagi kejutan untuk peminat dan kita semua. Satu video telah diupload di YouTube pada 13 Februari 2012 yang berdurasi 40 saat yang mengisahkan tentang pemain bola sepak negara ini.



Selebriti Hollywood Di F1 Malaysia Grand Prix 2012 Edisi 14

Tiga selebriti antarabangsa bersedia untuk berada di Malaysia untuk acara yang dinanti-nantikan iaitu F1 Malaysia Grand Prix bulan depan.

Bintang-bintang Hollywood ini  dijangka Merasmikan GP Ball 2012 yang akan diadakan di Mandarin Oriental sebelum F1 Grand Prix.

 

Awas! Logam merkuri dalam krim Yoko

Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli dan menggunakan 'Daily Protecting Cream: Jole et Beaute' dan beberapa jenis krim penjagaan muka jenama Yoko berikutan penemuan logam berat merkuri dalam produk itu.

Selasa, 14 Februari 2012

Trailer & Sinopsis Filem Jidin Sengal

IMPIAN syarikat produksi, OutLoud Studios Sdn Bhd menerbitkan 100 filem dalam tempoh 10 tahun bukan omong kosong, sebaliknya filem pertama mereka, Jidin Sengal arahan pengarah muda, Esmi Zahara Yusof sudah siap sepenuhnya.

Jidin Sengal bergenre komedi romantik yang memulakan penggambaran Januari lalu dengan kos penerbitan RM1.6 juta menampilkan Along Raja Lawak selaku Jidin, Azrul (Jay-Z), Angah (Bob Dobot ), Zach X-Factor (Iskandar), Jue Aziz (Amy) dan Faezah Elai (Ella Sunti).

Jatuh Cinta kerana sajak Sonnet 18 - William Shakespeare

KALAU sudah jodoh namanya, tiada siapa boleh menolak kemahuan dua insan yang ingin bercinta. Tidak kisahlah bagaimana dan di mana dipertemukan, mereka berhak untuk menyelami hati masing-masing dan cuba menjayakan percintaan itu.


Begitulah yang terjadi kepada Zain Sadari, 24, dan Colleens Mohd Noor, 24, yang tidak pernah terlintas akan saling jatuh cinta hanya kerana menyertai program realiti mencari jodoh, Take Me Out musim pertama yang disiarkan di ntv7. 


Isnin, 13 Februari 2012

Pejabat Disimbah Cat-Apex Serah Pada Polis


Tidak cukup difitnah menjadi punca putus tunang seorang gadis, kali ini penjaga gawang kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, 23 berhadapan dengan perbuatan khianat individu tidak bertanggungjawab apabila pejabatnya, Khairul Fahmi Resources (KFR) Sdn Bhd di Jalan Sri Cemerlang dekat sini disimbah cat.

Menurut Pengurusnya, Syed Ahmad Mohd Yusof berkata, kejadian itu disedari pekerjanya sewaktu mereka tiba di pejabat pagi semalam.

Shila Anggap Sharnaaz Jejaka 'Poyo'

Hangat bercinta! Itulah perkataan paling tepat bagi menggambarkan situasi antara penyanyi remaja, Shila Amzah dan pelakon kacak, Sharnaaz Ahmad ketika ini. Jika dahulu, status pasangan sama cantik sama padan ini cuma sekadar teman biasa, kini gelaran itu sudah berubah kepada kekasih hati.

Tiada apa perlu dirahsiakan, penampilan mesra mereka tatkala muncul di karpet biru di Anugerah Juara Lagu (AJL) 26 lalu, menjawab segala-galanya. Malah, sewaktu pelancaran program terbaru terbitan YV9,9X, Khamis lalu, kelibat si dara turut diiringi sang teruna yang setia menemani.

Shila Amzah & Sharnaaz Ahmad

Zoo China Adakan Majlis Perkahwinan Biri-biri & Rusa Sempena Hari Valentine

Zoo China akan mengadakan majlis perkahwinan sempena hari Valentine untuk biri-biri jantan dan rusa betina yang mempunyai hubungan istimewa, agensi berita rasmi Xinhua berkata hari ini.

Lirik Lagu Jatuh-Liyana Fizi

Sedikit info tentang penyanyi Indie Liyana Fizi.Beliau merupakan salah seorang pengasas anggota kumpulan Malaysian indie-pop iaitu Estrella pada tahun 2006. Mula menyanyi dan bermain gitar sebagai artis solo sejak September 2009. Lagu Jatuh terkandung dalam album Liyana Fizi yang bertajuk Between The Lines.

Liyana Fizi penyanyi lagu Jatuh

Ahad, 12 Februari 2012

Gambar Majlis Pertunangan Farhan AF4 & Ahmad Rashdan

Setelah hampir lapan tahun menyulam cinta, akhirnya penyanyi Farhan Azizan atau Farhan memilih Ahmad Rashdan Shuhaimi sebagai bakal suaminya. Farhan dan Rashdan mengikat tali pertunangan pada 12 Februari 2012 di The Flora Cafe, Ampwalk, Jalan Ampang, Kuala Lumpur lebih kurang jam 3.30 petang Ahad.

Farhan dan Rashdan bertunang