Isnin, 5 Januari 2015

Emily Bag Handmade ct N honey

Selamat pagi semua. Pagi yang indah.....

Hari ini edit gambar ikut mood. Suka tengok hasilnya  nampak nature, kira ok lah bagi yang tak pandai mengedit ni. Jika ada yang nak mencuba mengedit untuk info saya guna http://www.picmonkey.com/. Boleh cuba.
Emily Bag Handmade ct N honey

Ahad, 4 Januari 2015

Barrel Bag Handmade ct N honey

Kali ini mencuba satu lagi pattern baru -Blanche barrel bag dari Swoon Sewing Patterns. Nampak mudah aje pola nya..tapi bila dah potong kain dan nak mencantumnya......1 hari tak siap-siap lagi.

Khamis, 1 Januari 2015

New Clutch purse Handmade ct N honey

Selamat Tahun Baru 2015 kepada mengunjung blog ct N honey. Terima kasih kerana memberi sokongan kepada barangan handmade. Tak menempah pun tak pe...cuci mata dalam blog ini pun dah kira bertuah sangat saya.

Lega tempahan bulan 12 telah selesai disiapkan. Terutama Tempahan borong coin purse sebanyak 130pcs untuk cenderahati perkahwinan. Harap pelanggan saya bakal menjadi pengantin bulan 3 (in sha Allah) majlisnya nanti akan lebih bermakna kerana dapat memberi tetamu dengan cenderahati yang ditempah khas itu.


Khamis, 25 Disember 2014

Tempahan Cenderahati Perkahwinan Mengikut Budget Anda

Tempahan cenderahati perkahwinan
 Rasanya dah 2 minggu tak update blog. Banyak beg yang sudah disiapkan, cuma tak sempat nak edit dan load di blog. Kali ini nak share tempahan untuk cenderahati perkahwinan.

Selasa, 9 Disember 2014

Vintage Paris Handbag

 Kali ini handbag handmade ct N honey gabungan kain linen cotton bercorak Eiffel Tower berwarna hijau dan purple polka dot. Kalau diikutkan warna tu macam tak kena.

Sweet Purple Floral Handbag

 Siap sudah handbag tempahan pelanggan untuk kali ini.Comel-comel gitu. Suka pula tengok corak dan gabungan warna bila dah siap. Pandai pelanggan saya ni pilih corak.

Ahad, 7 Disember 2014

Giraffe Handbag Handmade ct N honey


 Ini gambar handbag bercorak giraffe pula. Terus terang, mula-mula pelanggan memilih corak giraffe ini untuk dijadikan handbag saya ragu-ragu juga. Ok ke kalau guna corak ni. Tapi ini citarasa pelanggan tak bolehlah nak bantah.

Handbag Collection Handmade ct N honey

Tempahan yang baru siap hari ini. Handbag sama pattern cuma corak yang berlainan. Satu menggunakan corak vintage rose dan satu lagi corak zirafah.Boleh ke link untuk melihat handbag bercorak zirafah.  http://cthoney.blogspot.com/2014/12/giraffe-handbag-handmade-ct-n-honey.html

Jumaat, 5 Disember 2014

Hot Item-BoxyBag Handmade ct N Honey

 Hasil Mini Travel Bag @ Boxybag dalam masa 2 hari. Bulan ni memang tak boleh berehat lama. Setiap hari sentiasa penuh dengan memotong kain,mengiron cotton stabalizer atau kain gam, menjahit,menjahit dan terus menjahit.

Selasa, 2 Disember 2014

Songket Envelope Clutch

Lama rasanya tak postkan hasil jahitan. Lepas balik dari kursus sehari  Asas Pembungkusan Makanan anjuran Mangkuk Tingkat Dot Com & Mains production slow. Tapi dayakan juga memandangkan list tempahan masih panjang.

Hari ini nak share hasil jahitan dari kain Songket. Sekarang saya memang suka jahit beg dari kain songket. Kebetulan ada pelanggan yang menempah 10pcs Clutch Purse. Jika ada sesiapa yang berminat ingin menempah menggunakan kain songket, kain adalah dari pelanggan sendiri. Saya tak menyediakan kain terutama dari kain yang agak mahal.

Kenapa saya suka menggunakan kain songket? Kerana hasil beg yang telah siap, kemas dan nampak eksklusif walaupun hanya pattern ringkas sahaja.

Koleksi kain songket berbagai corak