Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Khatijah Abdullah mengetahui mengenai adegan video yang disifatkan keterlaluan terhadap kanak-kanak itu selepas menonton video terbabit, Khamis lalu.
Menurutnya, pihak JKM telah membuat siasatan ke premis tersebut bagi memastikan kesahihan rakaman video lebih seminit itu, pada keesokan harinya.
“Siasatan JKM mendapati rakaman itu dipercayai angkara dua bekas pengasuh yang berkhidmat di situ selepas tidak berpuas hati terhadap tindakan pengusaha taska memberhentikan perkhidmatan mereka.
“Hasil siasatan mendapati pengusaha taska itu, mengakui ianya adalah cubaan khianat bekas pekerjanya itu bagi menjatuhkan maruah dan perniagaannya, malah kes berkenaan telah dilaporkan kepada polis,” katanya kepada sinar harian.
Khatijah berkata, taska berkenaan beroperasi sejak Januari tahun lalu dan berdaftar dengan pihak JKM.
Katanya, seramai 30 kanak-kanak berada di bawah jagaan mereka berumur sehingga empat tahun dikendalikan lima pengasuh.
“Pengusaha mendakwa ibu bapa kanak-kanak berkenaan telah dimaklumkan berhubung penyebaran video berkenaan.
“Ini adalah kes pertama cubaan mengaibkan kanak-kanak dan pengusaha di negeri ini,” katanya.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati pengusaha terbabit mengikuti segala peraturan ditetapkan menyebabkan mereka layak mendapatkan permit menjalankan perkhidmatan itu.
5 ulasan:
eee ....udak ni kne dera .
mcm pun ada...manusia2
bunguk punye orang, nak balas dendam pon jangan la libatkan budak kecik.
ish kasihanya tgk, tak baek tau...teruk lah dorang tu..
tak pecayalah sbb bls dendam! org bwh nk tlg reveal mmg x slmt
Catat Ulasan