Rezeki terpijak ni. Kerjanya senang aje dapatkan bukti perkahwinan Datuk K dan Rozita Che Wan bolehlah dapat RM100,000 tu.
Datin Zaiton Mohd. Jiwa hari ini menawarkan ganjaran wang tunai RM100,000 kepada mana-mana individu yang dapat tampil menunjukkan bukti bahawa adiknya, Datuk Khalid atau Datuk K telah mengahwini pelakon jelita, Rozita Che Wan.
Bahagia-Datuk K & Siti Nurhaliza |
"Kenalah berani berdepan. Kita mahukan bukti, jadi kepada mereka yang terlibat kita minta mereka tunjukkan bukti tersebut dan jika ia tulen serta sahih, ganjaran itu akan saya berikan.
"Ini bukan pertama kali cerita sebegini keluar, malah semasa keluar gosip pertama dulu, saya pernah minta supaya ditunjukkan kad jemputan perkahwinan mereka tetapi tiada siapa yang datang menunjukkan bukti," katanya.
Bagi pihak Siti Nurhaliza pula, dia masih mampu bertenang. Tenang setenang-tenangnya. Langsung tidak ada garis kecewa atau amarah yang bertamu pada raut wajah yang kekal anggun itu.
Selepas 17 tahun melayari dunia seni, gosip liar dan cerita panas nampaknya bagaikan tidak menjadi sebarang kudis kepada insan ternama ini.
Jauh sekali untuk 'naik hantu', Siti sebaliknya kekal dengan sifat tenang, meskipun ombak ganas fitnah terus membadai mengatakan dia dimadukan oleh sang suami.
Siti seperti lazimnya tahu, isu rumah tangganya akan terus diperkatakan. Dan sesekali dia melontar rasa sedih serta kecewa ekoran populariti dirinya, suami tersayang menerima impak besar hasil fitnah tidak bertepi.
Mengakui terlintas juga untuk mengambil keputusan menghantar surat saman kepada si pembuat fitnah, bagaimanapun mengenangkan ia datang dari dunia siber, niat itu terpaksa dipendamkan saja.
Apa-apa pun diharapkan Siti Nurhaliza dan Datuk K bahagia. Seperti yang boleh dilihat kemesraan mereka di ABPBH 2011.
Gambar Artis & Fesyen Di Red Carpet Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011
Gambar Artis & Fesyen Di Red Carpet Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011
1 ulasan:
ct relax jer kan,takkanlah rozita sanggup bermadukan ct nurhaliza,tak gojes lg lah kalau macam tu ngeee
Catat Ulasan