Dekorasi dewan PICC majlis resepsi Awal & Scha adalah ilham kreatif Encik Razak dari Flora Etcetera yang lebih dikenali sebagai Flower Guru.Tetamu yang hadir pada malam itu juga dihadiahkan goodie bag dari Avon Malaysia.
Awal & Scha-Majlis Resepsi PICC |
Majlis Resepsi Awal & Scha di PICC |
Cenderahati untuk tetamu di majlis resepsi Awal & Scha |
“Scha di mata saya tidak sama dengan Scha yang dikenali oleh peminat di luar sana. Ramai yang melihat Scha sebagai seorang yang kasar dan kurang sensitif. Bagi saya, Scha juga mempunyai sifat lemah-lembut seperti wanita-wanita lain. Malah, dia juga seorang yang penyayang dan cukup romantik. Satu lagi keistimewaan Scha ialah, dia seorang yang berpegang pada janji. Saya yakin dia boleh membahagiakan saya,” ujar Awal.
“ Kami akan berbulan madu ke New York, Amerika Syarikat. Permohonan visa kami telah pun diluluskan pada dua hari lalu. Jadi, selepas majlis resepsi nanti, kami akan bertolak ke New York. Kami akan habiskan masa kira-kira 10 hari di sana,” ujar Scha teruja.
Menyentuh tentang perancangan anak, pasangan ini memberitahu mereka tidak punya halangan untuk menimang cahaya mata dalam waktu terdekat.
“Saya punya sembilan adik-beradik, tapi saya tidak merancang untuk punya sebuah keluarga yang besar sebegitu. Rasanya, cukuplah sekadar dua atau tiga orang untuk menceriakan rumah kami,” ujar Awal.
Wah romantik betul Awal nyanyikan lagu sedetik lebih untuk scha... Kejutan untuk scha... Menanggis scha. |
Gambar dari snfanclub, ryaniezmoments
Gambar dari peveyhackphotography
Gambar Majlis Berinai Besar Awal & Scha
Gambar Majlis Berinai Besar Awal & Scha
2 ulasan:
serius simple... tak tipu mmg simple..
mmg smart tema.. simple, bermakna n sweet.,.
itu baru ok.. tak over sgt.
done follow u. follow me back
catsthinker.blogspot.com
Catat Ulasan