Selamat Tahun Baru 2015 kepada mengunjung blog ct N honey. Terima kasih kerana memberi sokongan kepada barangan handmade. Tak menempah pun tak pe...cuci mata dalam blog ini pun dah kira bertuah sangat saya.
Lega tempahan bulan 12 telah selesai disiapkan. Terutama Tempahan borong coin purse sebanyak 130pcs untuk cenderahati perkahwinan. Harap pelanggan saya bakal menjadi pengantin bulan 3 (in sha Allah) majlisnya nanti akan lebih bermakna kerana dapat memberi tetamu dengan cenderahati yang ditempah khas itu.
Khamis, 1 Januari 2015
Khamis, 25 Disember 2014
Tempahan Cenderahati Perkahwinan Mengikut Budget Anda
Selasa, 9 Disember 2014
Vintage Paris Handbag
Kali ini handbag handmade ct N honey gabungan kain linen cotton bercorak Eiffel Tower berwarna hijau dan purple polka dot. Kalau diikutkan warna tu macam tak kena.
Sweet Purple Floral Handbag
Siap sudah handbag tempahan pelanggan untuk kali ini.Comel-comel gitu. Suka pula tengok corak dan gabungan warna bila dah siap. Pandai pelanggan saya ni pilih corak.
Ahad, 7 Disember 2014
Giraffe Handbag Handmade ct N honey
Handbag Collection Handmade ct N honey
Tempahan yang baru siap hari ini. Handbag sama pattern cuma corak yang berlainan. Satu menggunakan corak vintage rose dan satu lagi corak zirafah.Boleh ke link untuk melihat handbag bercorak zirafah. http://cthoney.blogspot.com/2014/12/giraffe-handbag-handmade-ct-n-honey.html
Jumaat, 5 Disember 2014
Hot Item-BoxyBag Handmade ct N Honey
Selasa, 2 Disember 2014
Songket Envelope Clutch
Lama rasanya tak postkan hasil jahitan. Lepas balik dari kursus sehari Asas Pembungkusan Makanan anjuran Mangkuk Tingkat Dot Com & Mains production slow. Tapi dayakan juga memandangkan list tempahan masih panjang.
Hari ini nak share hasil jahitan dari kain Songket. Sekarang saya memang suka jahit beg dari kain songket. Kebetulan ada pelanggan yang menempah 10pcs Clutch Purse. Jika ada sesiapa yang berminat ingin menempah menggunakan kain songket, kain adalah dari pelanggan sendiri. Saya tak menyediakan kain terutama dari kain yang agak mahal.
Kenapa saya suka menggunakan kain songket? Kerana hasil beg yang telah siap, kemas dan nampak eksklusif walaupun hanya pattern ringkas sahaja.

Koleksi kain songket berbagai corak |
Isnin, 24 November 2014
Floral Mini Shoulder Bag
Hari ini update ringkas sahaja. Bila sehari dua dah berehat dari menjahit, mood penjahit pun mulalah hilang entah kemana. Saja buat beg saiz comel-comel sebagai acara memanaskan badan dan mesin jahit.
Mini shoulder bag bermotifkan bunga dan dimatchkan dengan plain dark blue.Boleh hanya dipegang seperti clutch bag ataupun di sandang dibaju dengan menambahkan talinya.
Jumaat, 14 November 2014
Tahniah! MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS MASAKAN & JAHITAN anjuran MAINS & MANGKUKTINGKAT.COM.
Selasa 11hb November 2014.
Menghadirkan diri ke majlis pemyampaian sijil kursus insentif Mangkuk Tingkat Dot Com anjuran Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Sangat-sangat berbangga dapat menghabiskan modul kursus selama 1 bulan.

Langgan:
Catatan (Atom)