Rabu, 9 Mac 2011

Resepinya mudah,manis dan jimat

Kali ini Ct nak berkongsi resepi yang senang nak dibuat.Resepi ini tak perlu nak disukat,kalau dirumah tidak ada penimbang memang sesuai sangatlah nak cuba resepi ini.Sebab bahan-bahan yang digunakan tak banyak dan cara membuatnya memang mudah.Sebelum itu mungkin ada yang berkata,tak ada benda lain ke nak dimakan...Yang sebenarnya Ct sahaja nak tunjukkan dan beri anak merasa makanan ini,biar mereka tahu  makanan ini ibu dah ayahnya pernah makan masa kecil-kecil dulu.Maklumlah masa dulu susah nak dapat beli jajan,tidak seperti hari ini macam-macam jenis jajan boleh dibeli.Mungkin sesiapa yang duduk di Felda pernah juga merasa makanan seperti gambar di bawah.Resepinya diberi nama sira buah kelapa sawit.



sira buah kelapa sawit yang siap nak dimakan 
Mula-mula kenalah cari buahnya.Kalau boleh cari buah yang bersaiz kecil sebab lebih sesuai untuk resepi ini.Memandangkan buah kelapa sawit dah kurang hasilnya hanya dapat saiz yang besar aje.Selepas itu buah kelapa sawit dibasuh bersih dan dibuang durinya.Jangan lupa juga membuang sedikit bahagian bawahnya sebab mak mertua kata kalau tak dibuang bila makan lidah rasa gatal.Kalau nak tahu lebih lanjut bagaimana nak membersihkannya rujuk  disini
Rebus buah kelapa sawit hingga empuk.
Selepas empuk tapis untuk buang air rebusannya.

Gula pasir +sedikit air
Masukkan gula pasir ke dalam kuali.Terpulang lah banyak mana nak masukkan.Kalau nak rasa lebih manis masukkan lah banyak,ataupun bergantung kepada berapa banyak buah kelapa sawit yang diperolehi masa ambil dalam kebun tadi.Masukkan sedikit air untuk mencairkan gula.Dimasak dengan api yang perlahan jangan sampai hangus ye.Macam kita buat sira untuk kuih keria.Tapi jangan sampai gula jadi keras pula.

Aromanya memang best(yang pasti bukan aroma Tumix)
Bila gula dah pekat masukkan buah kelapa sawit yang ditapis tadi kedalam kuali.Gaulkan jadi ia kawan tapi mesra.Lepas itu bolehlah diangkat.Sebelum itu seperti biasa kenalah bagi jiran sebelah dulu(merangkap adik ipar)

Baby cute tak sabar nak makan
Nampaknya anak buah Rayyan dah tak sabar nak makan hasil masakan Mak Longnya.He...he....
Lepas makan jangan lupa berus gigi sebab gigi jadi kuning bila makan buah kelapa sawit ini.
Jangan lupa juga klik banner dibawah manalah tahu ada yang berkenan dihati.
 Jika nak resepi kuih bingka buah kelapa sawit klik disini




11 ulasan:

Nur berkata...

Rasa jakun. Tak pernah makan buah sawit. Sira pula, yang dulu bingka kan. Hmmm... musykil camana rasanya. :)

kak ina kl berkata...

wah macam best ajer..tak pernah try pun..kalau nak makan daging kambing tak boleh kata kena darah tinggi..nanti terkena tau..masak dan maakan ajer

Golden Rose berkata...

mcm best je xp sini susahla nakdpt buah kelapa sawit ni

ct N honey berkata...

@Yati
kalau nak tahu kena cari buah kelapa sawit dan kena buat lah.kalau yati ddk dekat boleh gak beri rasa.

ct N honey berkata...

@kak ina kl (2)
masalahnya kak ina ct dah kena pun darah tinggi,he..he..apa-apa pun mmg sedap mkn daging kambing suami ct mmg suka sangt.

ct N honey berkata...

@Golden Rose
kat bandar mmg tak jual pun buah kelapa sawit,nak senang cari kena pergi kaw Kg Felda,mesti jumpa punya.

Dinaz berkata...

salam n terima kasih menyinggah ke blog dinaz...

singgah di sini plak nampak makanan yg tak pernah terlintas di kepala dinaz..walaupun taw ape tu kelapa sawit tapi taktaw palak bole dibuat sira...1st time taw...Tq.

ct N honey berkata...

@DiaUmaiNiNaz
nanti kalau orang tanya apa lagi kegunaan buah kelapa sawit selain dari buat minyak masak,boleh lah jawabkan.....

Mila@Rimbun berkata...

wahh first time dengar, dulu2 arawah abah ada kebun kelapa sawit, tak pernah ler plak kami amik buahnya utk makan.. jual jerrr

ct N honey berkata...

@Mila@Rimbun
ct pun dapat resepi ni dari emak mertua.

Cik Puan berkata...

Rasa jakun sangat...Kat sini Hari2 nampak biji sawit.apa tak nya keliling rumah banyak pokok sawit tapi tak pernah makan biji nya^^