Memaparkan catatan dengan label koleksi handmade ct N honey. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label koleksi handmade ct N honey. Papar semua catatan

Selasa, 29 Januari 2019

Hobi Menjahit Beg

Setiap wanita suka beg yang cantik-cantik, betul? Selalunya setiap beg itu ada kegunaannya sendiri.Ada yang boleh diisi dengan lampin dan mainan apabila anda ada anak kecil, atau beg yang boleh diisi dengan komputer riba,buku apabila anda pergi ke tempat kerja atau sekolah.

Isnin, 23 Julai 2018

Elysian Sling Bag


Hi, Bag Maker semua! Hari ni saya nak share sling bag yang diberi nama Elysian Sling Bag. Elysian bermaksud (beautiful,creative,divinely,inspired,peaceful and perfect). Sebagaimana maksudnya  saya harap begitu jugalah orangnya yang dapat menghasilkan elysian sling bag ini, dan sangat bertuah pula yang dapat menerimanya.

Isnin, 9 Oktober 2017

Aksesori Terkini Buat Beg

Lama rasanya tak update blog. Sekarang ni saya kurang dah menjahit beg kerana lebih memberi tumpuan kepada kedai kecil saya https://www.facebook.com/heavycottononline/. Untuk "BAG MAKER' boleh lah ke page saya untuk mengenali barang beg terutama yang baru nak menjahit beg, juga untuk menambah koleksi aksesori beg yang terkini.

Bila dah mula untuk serius dalam bisnes, terutama bisnes online, jika ada masa dan keadaan yang mengizinkan, saya selalu join kursus-kursus yang berkaitan dalam bidang saya ini. Saya selalu mengikuti kursus anjuran MARA Negeri Sembilan, yang sangat aktif menolong usahawan kecil dan memberi peluang menambahkan pengetahuan.

Ahad, 8 November 2015

Handmade Bag Laminated Canvas (Kalis Air)

 Minggu ini belajar sesuatu yang baru. Cuba menjahit menggunakan Laminated Canvas Waterproof. Ataupun ada yang panggil oilcloth fabric, coated canvas fabric yang penting material ini jenis kalis air. Apa kelebihan material ini?

Sabtu, 26 September 2015

Beg Buatan tangan Dari Kain Linen

 Elly Handbag.Bulan ni pelanggan lebih suka pattern ini pula. Seperti biasa memang ramai yang minat dengan corak vintage rose.

Jumaat, 15 Mei 2015

Beg Buatan Tangan Tempahan Butik

koleksi bag buatan tangan 'handmade ct N honey'
Sebenarnya tak ada idea nak buat entry ni. Kepala dah serabut fikirkan list tempahan yang masih panjang. Terima kasih sangat-sangat kepada pelanggan yang memahami keadaan saya.

Khamis, 16 April 2015

Koleksi Tempahan Handmade Bag ct N honey 2015

shoulder bag vintage rose
Ini lah koleksi handmade bag ct N honey yang saya siapkan dalam masa 2 minggu. Terima kasih kepada pelanggan yang menyokong saya dan sabar menunggu tempahan siap.

Sabtu, 4 Oktober 2014

Kenapa Anda Perlu Beli Barangan Handmade


Terima kasih kepada pengunjung blog ct N honey yang memberi sokongan terhadap produk handmade saya. Banyak yang menghantar email juga pertanyaan di page. Sokongan anda semua memberi semangat untuk saya menghasilkan lagi banyak design terbaru dimasa akan datang. Itu memberi tanda yang sebenarnya ramai diluar sana yang berminat dengan barangan handmade ini.

Sebenarnya ada banyak sebab mengapa seseorang itu membeli barangan handmade atau buatan tangan ini. Juga kepada pembuat barangan tangan, anda sepatutnya berbangga kerana dapat menghasilkan sesuatu yang istimewa kepada pelanggan.

Walaupun begitu masih ramai yang diluar sana berpendapat barangan handmade ini mahal harganya jika di bandingkan dengan harga barangan di pasaran. Masih ada yang mempertikaikan kebolehan pembuat barangan handmade ini. Tidak kurang juga yang pandai-pandai meletakkan harga sendiri dengan alasan setakat kain dan benang apalah sangat harganya tanpa mengira kos yang lain. Sebagai seorang pembuat barangan handmade saya rasa terpanggil untuk memberi sedikit info yang saya kumpulkan dari pendapat 'crafter' juga dari pembeli. Mari kita berkongsi sebab-sebab itu dibawah...

Sabtu, 13 September 2014

Koleksi Beg Motif Bunga Warna Pastel Dan Ceria.

Minggu yang memenatkan,tapi harus gagahkan juga untuk settlekan tempahan minggu depan. Banyak juga tempahan minggu ini yang berjaya disiapkan. Alhamdulillah. Macam-macam warna yang dipilih oleh pelanggan untuk beg tempahan kali ini.

Beg bermotif bunga,motif kilt (warna merah),vintage roses juga warna pastel dan yang ceria.

In sha allah ada projek baru dalam perancangan. Kalau berjaya nanti saya sharelah dengan semua. Kalau tak dapat duduk menung sorang-sorang.

Hari ini dah mula cuti sekolah selama seminggu. Pasti dalam rumah dari pagi hingga ke malam riuh dengan suara anak-anak bujang. Tak tahu lah macam mana nak fokus menjahit. Seorang nak makan,seorang nak mandi yang lain berkelahi...uhuh..minggu yang penuh kesabaran.

Sebahagian koleksi tempahan handmade ct N honey 

Khamis, 17 Julai 2014

Handbag PU Leather Handmade ct N honey

Sling bag & Handbag menggunakan material PU 
Alhamdulillah sudah 19 Ramadan pada hari ini. Tinggal beberapa hari sahaja lagi nak menyambut hari raya. Nasib baik semua tempahan bag telah siap dan di pos hari isnin yang lepas. Memang letih bila kejar masa untuk menyiapkannya. Cara saya hilangkan stress dan merehatkan minda bila semua tempahan sudah siap dengan menjahit suka-suki. Macam mana pula tu kan. Menjahit tapi hilangkan letih dengan menjahit.....

Rabu, 20 Februari 2013

Handmade Product-Diaper Bag For Baby Boy And Girl

Beg lampin  atau diaper bag  adalah beg untuk mengisi barangan bayi dengan ruangan yang banyak seperti poket yang cukup besar untuk mengisi keperluan bayi terutama jika membawa bayi keluar rumah.

Selalunya Diaper Bag direka dengan berbagai saiz, terpulang dengan keperluan masing-masing. Warna yang dicadangkan untuk membuat Diaper Bag pula selalunya berwarna lembut seperti pink,warna-warna pastel untuk bayi perempuan. Manakala warna terang atau biru menjadi pilihan untuk bayi lelaki.

Diaper Bag ct N honey disediakan untuk kemudahan ibu-ibu mengisi barang keperluan harian bayi.

Diaper Bag ct N honey adalah menarik dan bergaya, dan dibuat dari fabrik heavy cotton. Kelebihan fabrik heavy cotton ialah tebal dan lasak. Juga banyak pilihan corak dan warna.

Diaper Bag ct N honey mempunyai zip atas dan juga mempunyai banyak poket.

Hanya yang terbaik untuk anda dan bayi anda!

Detail & Harga Diaper Bag ct N honey

Ukuran semua Diaper Bag ct N honey
Panjang 16"
Tinggi 12"
Lebar kiri kanan beg 4"

Sweet Pink Diaper Bag ct N honey
1.Mempunyai zip atas.
2.5 poket depan dan hadapan luar beg.termasuk 4 poket yang bertutup
3.2 poket bergetah di kiri kanan luar beg.
4.Ada 4 poket dibahagian dalam beg.

Diaper Bag ct N honey pandangan depan dan belakang beg

Diaper Bag ct N honey mempunyai banyak poket dibahagian luar beg
Diaper Bag ct N honey  pandangan dari dalam beg. Boleh mengisi  banyak barang dan dibahagian luar pula poket  boleh juga di isi dengan buku bacaan si ibu
Diaper Bag ct N honey pandangan dari sisi beg. Mempunyai 2 poket bergetah
Beautiful Red Diaper Bag ct N honey
1.Mempunyai zip atas.
2. Disediakan 4 poket dibahagian depan dan belakang luar beg.
3. 2 poket bergetah di kiri kanan luar beg.
4.4 poket dibahagian dalam beg.

Diaper Bag ct N honey bertema warna merah
Beautiful Red Diaper Bag ct N honey 
Diaper Bag ct N honey pandangan dari sisi poket. Mempunyai reben untuk  kelihatan lebih menarik
Pandangan Diaper Bag ct N honey dibahagian dalam
Blue ocean Diaper Bag ct N honey
Diaper Bag ct N honey mempunyai poket kiri kanan,depan belakang dan juga dibahagian dalam
Jika berminat menempah sila ke album untuk membuat pilihan corak dan warna dengan memberi no gambar beg corak yang telah berkenan dihati. Enjoy.Facebook Handmade Bag/Craft ct N honey



Ahad, 6 Januari 2013

Tempahan Craft Dari Felt Dan Fabrik Denim-Pencil Case

Sekolah untuk tahun 2013 sudah seminggu bermula. Bergaya sungguh anak atau adik kita bergaya dengan seragam baru. Hujung tahun 2012 sibuk betul nak siapkan tempahan pencil case,maklumlah mesti siapkan sebelum sekolah dibuka.

Ini ada beberapa contoh tempahan dari pelanggan Handmade ct N honey. Ada juga customer re-order.
Jika ada yang berminat sila ke FB koleksi Handmade ct N honey. Boleh tinggalkan pesanan dengan memberi detail order.

1.warna pencil case (bergantung pada stock)
2. Standard saiz 8x5 inci. Boleh juga ditukar mengikut kesesuaian anda.
3.Jika Corak sendiri (sila berikan corak yang anda kehendaki.cth rama-rama,bunga,ladybird,dll)
4.Nama yang ingin diletak di pencil case.
5.Harga untuk corak depan rm10
6.Harga untuk corak depan belakang rm15.
7.Jenis kain denim atau Heavy Cotton.
7.Harga belum termasuk kos penghantaran.
8.Berikan Ct masa dlm seminggu untuk menyiapkannya.

Boleh digunakan sebagai Pencil case,Pouch,beg mekap.Corak dari Felt

Khamis, 22 November 2012

Handmade Sling Bag Untuk Student-'Simple But Nice'

Sekarang ini nak update blog sudah tidak ada masa. Sibuk dengan tempahan menjahit. Tapi harus juga dan paksa diri untuk mengup date walaupun satu entry.

Hari ini entry santai aje. Disebabkan sekarang Ct telah mula berbisnes melalui online dengan jenama Handmade Bag ct N honey eloklah kiranya entry ini mengenai hasil kerjatangan Ct itu.

Ini adalah tempahan dari rakan FB seorang pelajar U. Dia mahukan Sling Bag yang bersaiz A4,muat untuk mengisi fail dan buku ilmiahnya.

Sling Bagnya mestilah 'Simple But Nice'. Beg ini diperbuat dari kain jenis Jeans. Jadi rasanya sangat sesuai lah beg ini buat dia.

Sling Bag Handmade-Pattern yang 'Simple But Nice'