Memaparkan catatan dengan label biz online. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label biz online. Papar semua catatan

Selasa, 9 September 2014

Cara Mudah Edit Gambar Produk Untuk Tingkatkan Jualan.

Hari ini tak bercerita tentang hasil handmade saya. Kalau ikutkan perancangan malam tadi sampai ke subuh nak menjahit. Tapi masuk saja pukul 2 pagi mata dah mengantuk.

Nak hilangkan mengantuk kena layan facebook, cuci mata di pinterest, dan keluarkan kreativiti mengedit.

Semasa bulan puasa lepas facebook cover bertemakan hari raya, sekarang ni sudah habis bulan syawal..jadi memang patutpun kena tukar.


Semenjak jumpa web http://www.picmonkey.com/free kerja mengedit jadi seronok sangat. Tak sabar-sabar nak buat sessi fhoto shoot bila selesai membuat beg. Semenjak saya aktif balik update entry di blog,semua gambar handmade saya telah di edit dengan berbagai cara supaya gambar handmade bag nampak lebih menarik.
Pattern eksklusif handmade bag ct N honey (profil picture facebook)

Khamis, 21 Ogos 2014

Seronok Bekerja Dari Rumah


Handmade ct N honey. Handbag,sling bag,lunch bag,cover files


Tempahan beg yang dapat disiapkan untuk minggu ini. Tempahan dari seorang guru lagi. Alhamdulillah tempahan untuk bulan Ogos dan September sudah penuh. Selepas ini kena kurangkan masa bersantai depan TV dan Ltop.

Jumaat, 15 Februari 2013

Cek Dari Nuffnang Buat Model Bisnes Online

Siapa tak suka kalau dapat cek kan. Hendaknya kalau dapat RM ribu-ribu. Setelah hampir 3 tahun jadi blogger,ini lah pertama kali dapat cek dari Nuffnang banyak dari biasa. Al kisahnya dalam pertengahan tahun lalu Ct perasan dapat banyak CPUV campaign berlumba-lumba masuk. Tak tahu lah kenapa jadi macam tu,mungkin sebelum ni pernah dapat sponsor post, lepas tu barulah pihak Nuffnang ni perasaan kewujudan blog ct N honey ni kot,tu yang dibaginya CPUV campaign banyak-banyak......

Berbalik kisah cek dari Nuffnang tadi. Lama juga nak kumpulkan sehingga rm1000. Rasanya lepas dapat sponsor post masa hari raya puasa tahun lepas. Ingatkan dapat cepat,tapi kena tunggu dalam 3 bulan juga baru boleh cash out. Dapatlah dalam rm600++ . Bila dah tengok banyak duit dalam akaun campur dengan CPUV dan CPC campaign sayang pula nak keluarkan.
Cek ke lima dari Nuffnang
Memandangkan sekarang ini buat bisnes online,mestilah perlukan modal. Dengan berat hati bercampur suka cash out kan lah duit dalam akaun Nuffnang. Bila dah terima cek semangat berkobar-kobar pula nak menghabiskannya.