Ketika menulis entry ini, hati sedang berbelah bahagi dengan keputusan yang di ambil. Ragu-ragu adakah betul tindakan yang telah saya ambil. Akhirnya pujuk diri sendiri untuk menerima kenyataan bahawa ini belum rezeki saya lagi.
Sebenarnya saya menerima tempahan dari sebuat syarikat untuk menempah 500pcs sling bag bermotifkan batik. Ketika menerima email dari mereka, hati tu berbunga-bunga juga. Maklumlah saya ni hanya lah pembuat beg yang bergerak secara kecil-kecilan sahaja dan hanya beroperasi dari rumah.
|
Menerima tempahan borong (ct N honey handmade) |