Memaparkan catatan dengan label deco&fesyen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label deco&fesyen. Papar semua catatan

Sabtu, 16 Ogos 2014

Tukang Jahit Bakal Disaman Hasilkan Tudung Ilham Dari Bendera Palestin

Jubah dan tudung ilham dari Bendera Palestin
Hari ini nak share tentang satu cerita hot,terutama buat tukang jahit baju,jubah dan tudung di luar sana yang mendapat ilham menghasilkan produk dari corak Bendera Palestin. Tukang jahit beg duduk diam dulu, hi..hi..hi...

Seperti biasa bangun pagi baca FB dulu. Maklumlah bisnes online perkara pertama kena baca message dulu, jangan buat pelanggan tertunggu-tunggu jawapan.Salah satu asas bisnes Online yang diberitahu masa pergi kursus anjuran Jabatan Pembangunan Wanita dulu.

Terbaca dalam group tentang satu isu hangat yang sedang dibincangkan sekarang ni oleh ahli-ahlinya. Dikatakan Suci by Yatt Hamzah telah 'sound' seorang tukang jahit tudung shawl kerana meniru design koleksi tudung mereka. Dibawah ini saya sharekan.

Wahh!! Dah kena warning uallz...
Betol ke kita xbleh wat shawl bendera palestin ni?
Dia kata yatt hamzah punya design.. biar betul?
Bendera ni dia yg lukis untuk palestin ke ape?
Terkejut jgk org dia blh wasap kita pg2 buta.
Cer korang komen skit.. eden xthu pun bndera
Palestin 2 cop yatt punya.. korng thu ke?

 

Sabtu, 15 Jun 2013

Gambar Gaya Fesyen Artis Di Anugerah Blokbuster-2

Bertemakan Gaya Vintage Kontemporari atau Hipster, Anugerah Blokbuster edisi ke-2 ini telah berlangsung pada malam ini dengan dihadiri ramai selebriti popular yang memijak karpet merah seawal jam 8 malam.

Mengambil tempat di Stadium Tertutup MBJB (Majlis Bandaraya Johor Bahru) Anugerah Blockbuster 2 menyaksikan sebanyak 16 kategori di’pertanding untuk di’rebut para penggiat filem tanah air. Jom layan dan cuci mata dengan gaya fesyen selebriti yang hadir


Isnin, 8 April 2013

Fesyen Artis Dan Keputusan ABPBH 2012

Pastinya fesyen artis di ABPBH adalah yang dinantikan oleh semua. Berbagai fesyen yang kadang-kadang tak dijangka dek akal pun ada.

Mengangkat tema “Ledakan Geometri” kali ini Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH2012) kembali dengan lebih ramai pencalonan baru dan juga lama.

Diacarakan oleh trio terkemuka Zizan Razak, Fara Fauzana dang juga Johan Raja Lawak antara kelainan yang dibawakan untuk ABPH kali ini.

Jumaat, 8 Jun 2012

Koleksi Gambar Baju Raya Rekaan Rizalman Dijual Di Tesco-20 By Rizalman

Puasa belum lagi, promosi baju raya sudah bermula. Bagi wanita yang ingin bergaya sakan tahun ini bolehlah mengenakan baju raya rekaan Rizalman, kerana akan dijual di pasaraya Tesco. Harganya pula berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua. 

Tahun ini sempena meraikan pembabitannya selama 20 tahun di dalam bidang fesyen, Rizalman pereka fesyen terkenal bekerjasama dengan pasaraya Tesco untuk menghasilkan label 20 by Rizalman yang akan dijual di 20 cawangan Tesco seluruh Malaysia. 
Pereka fesyen Rizalman mengeluarkan baju dibawah label 20 by Rizalman

Isnin, 28 Mei 2012

Gambar Perasmian Butik House Of Doll (HOD) Milik Pelakon Fazura

Dengan semangat yang kuat serta keazaman yang kebal dalam hati dan juga dorongan orang yang dekat dengan dirinya akhirnya tersergam juga butik House Of Doll (HOD) yang menjadi lambang kejayaannya pada hari ini. Butik baru Fazura telah dirasmikan semalam.

 Gambar Fazura di majlis perasmian Butik House O Doll (HOD)

Jumaat, 4 Mei 2012

8 Gambar Scha Mencuba Gaun Pengantinnya

Pasangan selebriti yang akan melangsungkan perkahwinan mereka pada 4 Mei, hari ini, Awal dan Scha Al-Yahya, telah percubaan gaun pengantin mereka baru-baru ini di Atelier pereka terkenal Syaiful Baharim di Bangsar.

Fasa baharu dalam kehidupan sudah menjelma buat pemilik nama aktor dan pengacara Ahmad Awaluddin Ashaari, 31, atau lebih dikenali sebagai Awal Ashaari.

Sah bergelar suami kepada aktres dan pengacara Scha Al-Yahya, 29, menerusi upacara akad nikah yang berlangsung di Hotel Pullman, Putrajaya pada hari ini, Jumaat 4 Mei, kata Awal, walaupun dirinya dilanda perasaan gemuruh untuk diijabkabulkan, namun dalam masa yang sama dia berasa teruja memperisterikan Scha.
Gaun Pengantin Scha untuk majlis perkahwinannya

Jumaat, 20 April 2012

Hijabista Majalah Pertama Fesyen Bertudung @ Berhijab

 Hijabista-Majalah pertama bagi mereka yang bertudung.
HIJABISTA, produk terbaru dalam siri terbitan Kumpulan Media Karangkraf. Kini berada di pasaran  majalah pertama di negara ini khusus bagi memenuhi cita rasa dan bertindak sebagai peneraju arah dan inspirasi kepada dunia fesyen berhijab. 

Kemunculan majalah bulanan ini akan membantu generasi muda, berusia antara 21 hingga 35 tahun, untuk menyambut revolusi hijab yang hangat diperkatakan dalam dunia fesyen tempatan dan antarabangsa masa kini, kata Editornya, Nursuziana Zulkifli.

Selasa, 20 Mac 2012

Sazzy Falak Buka SF by SF Guna Model Anak Kembarnya

Pelakon dan pengacara Sazzy Falak, 31 tahun berkata idea untuk mengeluarkan jenama fesyen SF by SF (Street Fashion by Sazzy Falak) itu tercetus pada tahun lalu ketika dia sedang hamil dua puteri kembarnya, Iman Lilly dan Tiara Rose, 11 bulan.

“Saya suka pada konsep street fashion yang ringkas dan ranggi. Sebab itu saya memilih untuk mengetengahkan pakaian begini.

Iman Lilly dan Tiara Rose memakai skaf yang ada di SF by SF 

Khamis, 15 Mac 2012

9 Gambar Gaun Pengantin Scha Al-Yahya Dari Syaiful Baharim

Scha & Awal bakal berkahwin tahun ini
Scha Al-Yahya tampil mempersona dalam sembilan gambar gaun pengantin ciptaan Syaiful Baharim yang diperbuat dari fabrik lace Perancis, taffeta dan bulu-buluan mewah bersama signature ribbon ciptaan eksklusif bagi mewarnai koleksi perkahwinan Syaiful Brides 2012.

Jumaat, 2 Mac 2012

Dekorasi Dewan Perkahwinan Lisa Surihani & Yusri

Pelakon popular Lisa Surihani Mohamed (26) bersama pasangannya pengarah filem terkenal, Yusry Abdul Halim (39) telah sah menjadi pasangan suami isteri dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya, pada 23 Februari 2012.

Majlis perkahwinan Lisa dan Yusri telah diuruskan oleh DZMS Events manakala dekorasi menawan adalah sentuhan KS Entourage. Untuk majlis pernikahan temanya “Winter Garden” manakala untuk majlis resepsi yang di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC) bertemakan konsep ala ‘French Vintage’, yang diinspirasikan daripada Marie Antoinette (Ratu Perancis).

Jumaat, 18 November 2011

Pelamin dan Dekorasi Perkahwinan Dira Abu Zahar dan Helmi

Majlis pernikahan Dira,27, atau nama penuhnya Khaidhirah Abu Zahar dengan pasangannya Mohd Helmi Mohd Yusof,33, berlangsung di kampung halaman Dira di Merlimau, Melaka pada 11 November 2011 selepas solat Jumaat.Untuk pelamin dan dekorasi adalah hasil kretif dari Qarmasutra-Weddings-And-Events

Selasa, 15 November 2011

Gambar Majlis Pertunangan Erni Dekritawati(anak Sosilawati) dan Kamarulazlan Mohamad Hanafiah

Kira-kira 500 orang membabitkan ahli keluarga dan kenalan rapat menghadiri majlis pertunangan anak sulung Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 26 dengan Kamarulazlan Mohamad Hanafiah, 35, yang telah di adakan pada 30 Okt 2011 yang lalu.

Ahad, 2 Oktober 2011

Gambar artis melaram di majlis resepsi RM12 juta M&N

“Wow! meriah sungguh majlis resepsi eksklusif perkahwinan Norman Hakim dan Memey Suhaiza pada rabu lalu. Ramai artis-artis yang hadir dengan bermacam gaya dan fesyen. Ala-ala menghadiri acara karpet merah majlis Anugerah Oscar di Hollywood.

Sabtu, 1 Oktober 2011

Dekorasi hiasan majlis resepsi 12 juta Norman Hakim dan Memey oleh NAS Great Idea

Bermula pada tahun 2002 di bawah nama NAS & Rias, perkhidmatan yang disediakan adalah terhad kepada menyediaan pelamin dan hantaran perkahwinan sahaja. Di atas minat dan sayangnya untuk menyediakan sebuah majlis perkahwinan yang mempersonakan, Nas-Great-Idea terus berkembang dan menyediakan perkhidmatan perancangan perkahwinan yang memenuhi semua bajet dan gaya.

Rabu, 28 September 2011

Majlis resepsi Norman Hakim dan Memey di Hotel Crowne Plaza tiada acara persandingan-Nas Great Idea


Sebanyak tujuh tan bunga segar bewarna putih suci yang diimport dari New Zealand, Belanda dan China bakal menghiasi Dewan Nirwana, Hotel Crowne Plaza sebagai simbahan rasa kasih dan sayang sempena persandingan bernilai RM12 juta dua sejoli, Norman Hakim dan Memey Suhaiza. Bunga-bungaan itu ialah dari jenis phalaenopsis, carla lilly, eustoma, matthila, apple blossom dan cherry blossom yang akan mendapat sentuhan magik daripada Nasrul Nasaruddin atau Nas dari penghias pelamin popular, Nas Great Idea.

Selasa, 20 September 2011

Video dan gambar Neelofa dan Datin Norjuma catwalk di MASIF 2011

MASIF (Music, Arts, Style International Festival telah diadakan pada 15-17 Septembaer 2011. Pada tahun 2010 lokasinya adalah di Pavilion, pada tahun ini ia diadakan di KLCC. Pada malam pembukaan, designer lama dan baru membuat pertunjukan, antaranya ialah label WANPA dengan dua orang selebriti iaitu Neelofa dan Datin Norjuma.

Rabu, 14 September 2011

Norazlina Redzuan Kembali Jadi Pengacara-Intai-Intai Deko


Selepas genap setahun meninggalkan kerjaya sebagai penyampai berita Buletin Utama di TV3, Datin Norazlina Redzuan membuat kemunculan semula dalam dunia penyiaran apabila diberi peluang mengendalikan sebuah rancangan dekorasi yang diberi nama Intai-Intai Deko.