Selepas genap setahun meninggalkan kerjaya sebagai penyampai berita Buletin Utama di TV3, Datin Norazlina Redzuan membuat kemunculan semula dalam dunia penyiaran apabila diberi peluang mengendalikan sebuah rancangan dekorasi yang diberi nama Intai-Intai Deko.
"Namun begitu pada awalnya saya berasa kurang yakin kerana hampir enam tahun tidak mengacarakan program," katanya ketika ditemui pada pelancaran program majalah dokumentari Intai Intai Deko di Sri Pentas di sini, Selasa.
Dalam pada itu, Alin turut menolak pandangan segelintir pihak tentang penglibatan semula selebriti ke dunia penyiaran selepas berkahwin kononnya mempunyai masalah rumah tangga.
"Ini adalah kerjaya, pada saya tidak salah jika selepas berkahwin seseorang wanita itu meneruskan kerjayanya daripada saya duduk rumah dan tidak lakukan apa-apa.
Program Intai Intai Deko merupakan sebuah program gaya hidup yang bertujuan untuk memberi ilham dan inspirasi kepada para penonton dalam menata hias kediaman mereka.
Lebih menarik program 13 episod ini turut menampilkan slot istimewa mendedahkan isi kediaman beberapa orang selebriti tanah air serta individu-individu di dalam episod berbeza.
Program ini akan mula bersiaran pada Khamis ini pukul 11.30 pagi di TV3.
Dalam pada itu, Alin turut menolak pandangan segelintir pihak tentang penglibatan semula selebriti ke dunia penyiaran selepas berkahwin kononnya mempunyai masalah rumah tangga.
"Ini adalah kerjaya, pada saya tidak salah jika selepas berkahwin seseorang wanita itu meneruskan kerjayanya daripada saya duduk rumah dan tidak lakukan apa-apa.
Program Intai Intai Deko merupakan sebuah program gaya hidup yang bertujuan untuk memberi ilham dan inspirasi kepada para penonton dalam menata hias kediaman mereka.
Lebih menarik program 13 episod ini turut menampilkan slot istimewa mendedahkan isi kediaman beberapa orang selebriti tanah air serta individu-individu di dalam episod berbeza.
Salah seorang celebriti yang menjayakan program ini-Juliza |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan