Seperti biasa setiap tahun,16hb mei adalah sambutan Hari Guru. Dan seperti biasa juga hadiah untuk guru anak-anak mesti ibunya kena buatkan. Disebabkan kepakaran saya adalah menjahit, jadi mestilah guru anak-anak dapat 1 beg. Guru kelas je ya... hi..hi.hi...
Memaparkan catatan dengan label tote bag. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tote bag. Papar semua catatan
Rabu, 16 Mei 2018
Isnin, 27 Mac 2017
Handmade Gifts mengikut Tema
Sudah lama rasanya menyepi dari membuat entry di blog. Sebenarnya sibuk dengan kedai kecil online saya sehingga tidak ada masa untuk menjahit. Tapi jika dah minat menjahit tu... akan curi masa juga untuk buat sesuatu asalkan mesin jahit dapat 'on'.
Ahad, 17 April 2016
Beg Dari Material Printed PU leather
Printed PU leather. Hari ini nak share beg hasil dari material PU leather. Tak tahu kenapa ambil corak ni buat beg...Dah siap macam segan pula nak pakai.
Rabu, 2 Disember 2015
Tempahan Beg Bereben
Beg bereben tempahan untuk ibu dan anak. Sesuai untuk mereka yang nak rasa chomel-chomel gitu bila sandang beg ini. Corak bermotifkan rose cath kidston,vintage dan kartun Frozen.
Sabtu, 21 November 2015
Selasa, 3 November 2015
Bag Plain Belacu/canvas Untuk Dilukis Atau Printing
Jumaat, 9 Oktober 2015
Homemade Bag Canvas
Beg serba guna. Semua boleh di isi dalamnya.Dari barangan bayi, buku sekolah juga dijadikan beg telekung
Khamis, 13 Ogos 2015
Jumaat, 31 Julai 2015
Sabtu, 4 Julai 2015
Tempahan Beg Buatan Tangan
Beg Sedondon Untuk Ibu Dan Anak
Jumaat, 15 Mei 2015
Beg Buatan Tangan Tempahan Butik
Khamis, 16 April 2015
Isnin, 30 Mac 2015
Tempahan Borong Tote Bag Plain
Ahad, 22 Februari 2015
Canvas Tote Bag Motif Owl
Woot..Woot.Siap canvas tote bag bermotifkan corak burung hantu. Pelanggan tempah 30pcs tapi yang ini baru siap14pcs. Dah tak sabar nak share dengan semua. Tentu ramai yang suka dengan barang yang bertemakan burung hantu kan.
Isnin, 19 Januari 2015
Quilt Tote Bag Handmade ct N honey
Tote bag 4 beradik. Nampak warna warni beg ni bila diletakkan berderet. Lambat betul nak siapkannya. Sekarang ni saya dah dapat hobi baru. Tonton cerita korea....
Jumaat, 7 November 2014
Pattern Tote Bag Boleh Ditempah
Dalam masa 2 hari dapatlah 3 biji tote bag. 3 bag 3 cerita di dalamnya. Walaupun dah biasa buat beg, mesti ada saja yang tak kena bila proses menyiapkannya. Alhamdulillah walaupun macam-macam masalah dalam proses membuatnya, akhirnya siap dan jadi juga.
Tote Bag Bereben Polka Dot Pink
Selalunya customer saya menempah beg macam-macam pattern. Kadang-kadang nak saiz besar, nak tambah itu ini. Saya sebagai tukang jahit ni pening dan letih nak fikirkan untuk penuhi kehendak pelanggan. Jadi bila dah siap jahit tempahan untuk customer, tiba masa untuk saya pula buat beg tanpa mengikut ukuran, pattern dan warna. Senang cakap bak kata orang nogori "suko hati den". Kadang-kadang projek suko hati den ni menjadi begnya, kalau tak, simpan je dalam bekas projek terbengkalai. Tak tahu lah bila nak ditetas jahitan dan repair balik.
Tote bag Dihiasi Renda Dan Manik
tote bag handmade ct N honey dihiasi dengan renda dan dijahit manik |
Dari semalam merempit dapatlah 3 biji tote bag. Tote bag yang ini adalah hasil no2. Tote bag yang pertama dan ketiga belum share lagi. Excited sebenarnya nak share dengan kawan semua tote bag pattern ini.
First time buat tote bag lain dari yang biasa. Ada penambahan renda dan juga manik. Puas hati juga dengan hasilnya walaupun percubaan pertama nak jahit lengkung tu salah. Tak boleh cantumkan bahagian atas corak dengan purple plain. Saya buat jahitan tindih baru menjadi. Sebenarnya dapat ilham pattern ni dari sebuah blog, dah lama save gambar,baru sekarang nak mencuba.
Langgan:
Catatan (Atom)