Jumaat, 7 November 2014

Tote bag Dihiasi Renda Dan Manik

tote bag handmade ct N honey dihiasi dengan renda dan dijahit manik
Dari semalam merempit dapatlah 3 biji tote bag. Tote bag yang ini adalah hasil no2. Tote bag yang pertama dan ketiga belum share lagi. Excited sebenarnya nak share dengan kawan semua tote bag pattern ini. 

First time buat tote bag lain dari yang biasa. Ada penambahan renda dan juga manik. Puas hati juga dengan hasilnya walaupun percubaan pertama nak jahit lengkung tu salah. Tak boleh cantumkan bahagian atas corak dengan purple plain. Saya buat jahitan tindih baru menjadi. Sebenarnya dapat ilham pattern ni dari sebuah blog, dah lama save gambar,baru sekarang nak mencuba.

Tote bag handmade ct N honey berzip bahagian atas
Ukuran
Panjang 13"
Tinggi 13"
Lebar 3"
Ada zip bahagian atas dan 1 poket bahagian dalam

Tote bag ct N honey dihiasi hasil bunga dari renda

Tote bag handmade ct N honey bercorak patchwork
Boleh ke page https://www.facebook.com/HandmadeBagCraftctNHoney untuk melihat lagi koleksi saya.


Tiada ulasan: