Memaparkan catatan dengan label perkahwinan selebriti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perkahwinan selebriti. Papar semua catatan

Ahad, 21 Julai 2013

Gambar Majlis Pernikahan Ashraf Muslim dan Wan Sakinah

Meskipun dikatakan kahwin lari di Thailand pada 7 Julai lalu, namun majlis pernikahan Ashraf Muslim, 32 dan isteri keduanya, Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29 dilihat berlangsung secara sempurna apabila pasangan ini tampil mengenakan pakaian sedondon berwarna coklat.

Malah jari-jemari Sakinah turut dihias indah dengan inai merah.

Situasi ini menunjukkan seolah-olah perkahwinan mereka bukan dilakukan secara tergesa-gesa tetapi dirancang dengan baik.

Ahad, 23 Jun 2013

Majlis Pernikahan Pierre Andre Dan Nurhidayah

PENGARAH dan pelakon, Pierre Andre selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Siti Nurhidayah Hashim tepat jam 1.30 petang, hari ini.

Pasangan ini bertunang pada Februari lalu.

Pierre atau nama sebenarnya Mohd Pierre Andre Nazrul Andre, 28 sah bergelar suami kepada Nurhidayah, 25 hanya dengan sekali lafaz.

Pasangan ini dinikahkan di Masjid Al-Ikhlas Taman Melati, Selayang.

Pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan kepada pihak lelaki dengan mas kahwin berjumlah RM 300 dan wang hantaran berjumlah RM 20,000.

Majlis resepsi bagi kedua-dua mempelai bakal diadakan selepas Aidilfitri kelak.

Ahad, 9 Jun 2013

24 Gambar Majlis Perkahwinan Daus AF Dan Syaza Shamimi

Bekas pelajar Akademi Fantasia, Daus telah melangsungkan perkahwinannya bersama Syaza Shamimi pada 6/6/2013.

Majlis penyatuan dua hati itu berlangsung di Bintulu, Sarawak selepas mereka berdua bertunang pada bulan Disember tahun lepas.

Tahniah diucapkan dan semoga kekal bahagia.



Gambar Perkahwinan Zahid AF2 Dan Sarah Julifa

Juara Akademi Fantasia (AF) musim kedua, Zahid dan pasangannya, Sarah Julifa Yusof, selamat diijab kabul pada majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Daerah Sultan Idris Shah II, Teluk Intan, Perak.

Zahid, 32, yang juga penyampai radio ERA FM sah menjadi suami kepada Sarah Julifa, 25, dengan hanya sekali lafaz.

Majlis resepsi pasangan mempelai itu dijadualkan hari ini, manakala majlis sambut menantu sebelah keluarga Zahid pula akan diadakan pada 15 Jun ini juga di Teluk Intan.





Gambar Majlis Perkahwinan Amar Asyraf (Pelakon Setia Hujung Nyawa)

Pelakon siri drama adaptasi novel popular, Setia Hujung Nyawa, Amar Asyraf, 27, telah selamat bernikah dengan pasangannya, Arna Salleh, 28.

Majlis pernikahan mereka  berlangsung  di rumah pengantin perempuan di Bidor, Perak. Pada acara akad nikah yang dihadiri kira-kira 250 tetamu termasuk ahli keluarga dan teman terdekat itu, Amar membawa tujuh dulang hantaran berbalas sembilan. Selain itu, Amar juga menyerahkan mas kahwin bernilai RM1,111 dan wang hantaran berjumlah RM13,000. Pasangan terbabit dinikahkan dengan berwalikan abang sulung Arna, Bazlan Salleh.
Majlis persandingan Amar Asyraf di belah pihak perempuan

Gambar Majlis pernikahan Amar Asyraf (Pelakon Setia Hujung Nyawa)  

Gambar Majlis Resepsi Beego Dan Linda Hashim

Beego dan Linda Hashim telah selamat diijabkabulkan oleh Ustaz Mohd Nizam Bin Wahab, Penolong Pendaftar Nikah Cerai Rujuk Wilayah Persekutuan, dengan sekali lafaz tepat jam 9.26 malam, manakala majlis resepsinya akan diadakan pada hari Sabtu, bersamaan dengan tarikh 8 Jun 2013, di Dataran Finas, Ulu Kelang.

Majlis resepsi/sanding Beego dan Linda Hashim

Jumaat, 7 Jun 2013

Gambar Majlis Pernikahan Beego Dan Linda Hashim

PELAKON, Beego atau lebih dikenali Mohamad Aszerul Nizam Abdullah,31 selamat diijab kabulkan dengan aktres, Norhazlinda Hashim,29 atau lebih dikenali dengan Linda Hashim dengan sekali lafaz pada jam 9.26 malam tadi.

Pasangan yang mengenakan persalinan berwarna 'peach' ini telah diijabkabulkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai Rujuk Wilayah Persekutuan, Ustaz Mohd Nizam Wahab disaksikan oleh ayah pihak perempuan Hashim Yusuf.

Isnin, 3 Jun 2013

Majlis Resepsi Mohd Saiful Bukhari Azlan Dan Nik Suryani Megat Deraman

Majlis Resepsi Mohd Saiful Bukhari Azlan,28 dan Nik Suryani Megat Deraman,33 diadakan dengan suasanan meriah di Dewan Dataran Karyawan Kompleks Belia Sukan Seksyen 7.Sebelum ini majlis pernikahan mereka telah diadakan di Kuala Terengganu pada 25 Mei lalu.

Antara tetamu vip yang hadir dato mukhriz menteri besar kedah,dato adnan menteri besar pahang,senator ezam,datuk zulkifli nordin,ustaz nasharudin dan ramai lagi.

Majlis resepsi Mohd Saiful Bukhari Azlan dan Nik Suryani Megat Deraman

Ahad, 2 Jun 2013

Gambar Majlis Persandingan/Resepsi Izzue Islam Dan Awin Nurin

Dengan sekali lafaz tepat jam 9.45 pagi tadi, Muhammad Izzul Islam Bin Mazlan atau lebih dikenali sebagai Izzue Islam, 23, sah bergelar suami kepada Nurinafilah Binti Waharudin atau Awin Nurin di Dewan Shah Alam.

Izzue Islam dan Awin Nurin telah diijabkabulkan oleh bapa Awin sendiri, Waharudin Bin Jonit, 58, dengan mas kahwin berjumlah 11 dinar dan wang hantaran berjumlah RM11,111.11.

Pada tengaharinya pula satu majllis persandingan telah diadakan.
Acara Memotong kek di majlis resepsi Izzue Islam dan Awin Nurin

Gambar Majlis Perkahwinan Izzue Islam (Pelakon Drama Sebenarnya Saya Isteri Dia)

Penyanyi ahli kumpulan Fourteen yang berusia 23 tahun dan pelakon Izzue Islam pada hari ini telah selamat menjadi suami kepada pengurus peribadinya sendiri, Awin Nurin. Sebelum ini mereka telah mengikat tali pertunangan pada Jun tahun lalu.
Majlis pernikahan izzue Islam dan Awin Nurin

Khamis, 16 Mei 2013

Gambar Majlis Perkahwinan Anak Rosyam Noor, Arniesha Azureen

Pada 12 Mei lalu, pelakon dan penerbit terkenal, Rosyam Noor telah mengadakan majlis pernikahan buat anak perempuannya, Arniesha Azureen bersama jejaka pilihan Hafiz, bertempat di Felda Villa, Kuala Lumpur.

Ryaniez Moments Photography sebagai jurufoto rasmi untuk majlis bersejarah itu.








Sabtu, 2 Februari 2013

Gambar Resepsi Perkahwinan Liyana Jasmay Dan Fathudin Mazlan Di PWTC


Setelah melangsungkan majlis pernikahan pagi tadi Liyana Jasmay & Fathudin Mazlan, malam ini pada hari yang sama, berlangsung pula resepsi perkahwinan untuk meraikan pengantin baru ini.

Berkonsepkan 'Old Hollywood Glam', majlis resepsi pengantin baru Liyana Jasmay,25, dan pasangannya Fathuddin Mazlan,29, dalam suasana penuh glamor dan meriah.


Menurut perunding majlis perkahwinan Liyana, Faiz Sabari dari Reka Teemor Sdn. Bhd., konsep tersebut menampilkan elemen klasik Hollywood yang diberi nafas baru atau moden.

Layan...


13 Gambar Majlis Pernikahaan Liyana Jasmay Dan Fathudin Mazlan

Kira-kira jam 10 pagi tadi, Liyana Jasmay telah pun sah bergelar isteri kepada Fathuddin Mazlan dengan 2 kali lafaz. Majlis pernikahan telah berlangsung di Hotel Seri Pasific dan dihadiri oleh kaum keluarga dan rakan rapat kedua-dua belah pihak pengantin.

Liyana Jasmay menerima seutas gelang emas bernilai RM5500 sebagai mas kahwin sementara wang hantaran sebanyak RM28,388. Rombongan pengantin lelaki menghantar 5 dulang hantaran dan dibalas 7 dulang oleh pihak pengantin perempuan. Liyana Jasmay telah mengenakan persalinan pengantin rekaan Jovian Mandagie.

Majlis resepsi mereka akan berlangsung bermula 8.00 malam ini di PWTC.

 Majlis Pernikahaan Liyana Jasmay Dan Fathudin Mazlan   

Khamis, 31 Januari 2013

Majlis Berinai Liyana Jasmay Bertema Bollywood

Malam tadi, berlangsung majlis berinai Liyana Jasmay sebagai persediaan sebelum majlis pernikahan dan persandingan bersama tunangnya Fathudin Mazlan yang bakal berlangsung dalam satu hari pada 2 Februari ini.

Majlis berinai Liyana Jasmay bertemakan Bollywood di mana ianya terserlah pada pemakaian aktress ini sendiri dan para tetamu yang terdiri daripada keluarga, teman rapat dan juga rakan artis.


Liyana, bakal bernikah dengan ahli pernigaan itu, pada 2 Februari ini di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur dan majlis resepsi sebelah perempuan akan berlangsung pada sebelah malam hari yang sama di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Majlis resepsi sebelah lelaki pula akan berlangsung di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada 9 Februari.

Liyana Jasmay di majlis berinainya

Jumaat, 25 Januari 2013

Isu Gambar Pra Perkahwinan Liyana Jasmay, Penjelasan Dari Saiful Nang

Menerusi gambar pra perkahwinan yang dirakam di Hyatt Regency Kuantan Resort, Isnin lalu,Liyana Jasmay dan pasangannya telah mengundang kontroversi apabila ramai pihak mula mengkritik tindakan pelakon dan penyanyi ini.

Gambar yang menampilkan babak romantik itu turut merakamkan aksi mesra mereka dan sekali gus mengundang rasa tidak puas hati ramai pihak kerana ianya dilihat bertentangan dengan nilai dan budaya masyarakat kita.


Orang yang dimaksudkan yang menyebarkan gambar mesra Liyana Jasmay dan tunangnya itu tak lain tak bukan ialah team CandidSyndrome yang merupakan jurugambar bagi foto-foto pra perkahwinan Liyana Jasmay dan Fathuddin.


Baca Penjelasan Daripada Saiful Nang, Pengasas CandidSyndrome Mengenai Isu Gambar Liyana Jasmay

Betul ke makcik? Atau kerana saya tidak beri hak ekslusif gambar kepada wartawan Berita Harian kegemaran makcik?

Kalau makcik malu kerana gambar itu untuk tontonan peribadi, mengapa pula Makcik sekeluarga minta saya berikan foto itu kepada BH untuk siaran ekslusif hari Ahad 20 Januari 2013?

Takkan tersebar di internet tak boleh, tapi masuk paper pegang-pegang tak kisah pula? Adakah kerana makcik rasa bingit baca komen yang semuanya panas mendidih menghentam anak sendiri?

Bilakah masa kita persetujui tentang apa yang makcik katakan itu? Saya tidak pernah diberitahu & tidak pernah bersetuju tentang hak ekslusif B-Pop.

Tentang gambar pra-perkahwinan yang tersebar dan disebarkan. Saya bukanlah selebriti, kata-kata saya bukanlah suratkhabar lalu nak ambil untuk kilas perkara ini. Maka saya gunakanlah facebook untuk memberi penerangan ini.

BIAR SAYA CERITA DARI MULA…

Saya ingin mudahkan ceritanya. Kurang 3 hari dari 14 Januari (tarikh pra perkahwinan) itu, Izuan Mokhtar yang menguruskan wedding LJ menguhubungi saya dan bertanya jika berminat untuk penajaan fotografi. Setelah melihat jadual saya nyatakan saya akan ke Mekah pada tarikh itu.

Walaubagaimanapun beliau menyatakan tentang sessi pra perkahwinan dan saya jawap yang itu boleh dijalankan kerana masih sempat untuk dilakukan. Semuanya melalui telefon dan Izuan sendiri berkata akan meminta Liyana sendiri menghubungi saya tetapi hingga ke hari pengambaran masih tiada panggilan (Izuan tidak beri nombor Liyana kepada saya).

Gambar mesra Liyana Jasmay dan tunangnya Fathuddin untuk pra perkahwinan mereka
Kami satu pasukan CandidSyndrome pergi ke sana dengan call time pada jam 9.00 pagi. Kami tiba tepat pada masanya di Hyatt Regency Kuantan Resort. Tetapi Liyana hanya tiba jam 1.00 petang dengan alasan yang dinyatakan oleh Izuan Mokhtar kerana overslept. Beliau sampai tanpa kesal dan tanpa maaf terus sahaja berlalu. Pengambaran dilakukan bermula jam 5 petang.

Mungkin umum kenal gaya CandidSyndrome yang tidak mengambil foto pra-perkahwinan yang intim. Disebabkan terlalu penat menunggu dan semua pra-visual yang kami sediakan tidak boleh digunakan disebabkan kesuntukan masa yang hanya membenarkan pengambaran dilakukan hanya disekitar kawasan hotel sahaja, maka kami hanya mengambar mengikut flow dengan kurang intervensi dalam pengaturan gaya.

Apa mereka pose kami shoot. Kerja kami hanya mendapatkan detik yang terbaik. Itu juga adalah permintaan LJ sendiri kerana Fathuddin digambarkan orang yang sangat pemalu untuk posing. Ia melanggar prinsip saya sebab itu saya sendiri tidak publish foto-foto intim mereka itu di Facebook saya (pernah cuba sekali, terus kena hentam. Saya pun remove terus untuk jaga airmuka LJ dan keluarga juga tidak mahu cacatkan prinsip saya sendiri).

Sehingga habis pengambaran, TIADA TERMS & CONDITION kami yang mereka setujui dan tiada T&C mereka yang telah diberitahu kepada kami. Malah semua email perhubungan saya dengan pihak mereka melalui Izuan Mokhtar juga terus dengan LJ juga tidak pernah dibalas. Kami di CandidSyndrome International memang mengamalkan sistem semuanya perlu dituliskan agar tidak menjadi kekeliruan pada masa mendatang.

Tetapi mereka tidak respon dan masa juga semakin singkat. Mudah kata, semua tu berlaku macam kawan-kawan pergi shoot sama-sama. Tak ada apa-apa yang mereka mahu jadikannya saksi bertulis walaupun sekadar email.

Hak foto adalah milik fotografer (selagi tidak dipindah hak dengan pembayaran atau klausa tertentu yang dipersetuji secara bertulis dan berbukti) dan hak penerbitan masih pada muka mereka. Bermakna, kami berkongsi hak kerana kami menaja. Maka kami tidak setuju dengan hak ekslusif yang diberi kepada BH TANPA ADA PENGATURAN ROI (Return of Investment).

Kami minta kepada BH menerusi wartawan mereka untuk memberikan kami beberapa artikel kepada syarikat kami, tetapi beliau tidak mengendahkan langsung email itu sehingga hari dateline. Pada hari dateline beliau cuba kacau saya untuk dapatkan foto-foto itu dari saya dan apabila tak dapat, habis semua mak, ayah, liyana, kakak liyana, izuan semuanya dihubungi.

Saya berdiri tetap dengan pendirian saya, dah lah saya hanya boleh ambil untuk pra-perkahwinan sahaja dan semasa perkahwinan mereka saya sudah ada urusan satu lagi perkahwinan yang akan berlangsung di Mekah. Jika mereka pada mulanya suka akan foto-foto yang kami ambil, kemudiannya mereka mahukan hak foto itu sehingga kami tinggal tiada apa-apa yang boleh diharap untuk membalas semula penajaan itu.

Begini mudahnya, bila semua foto nak diberi kepada BH secara EKSLUSIF dan tiada yang lain boleh dapat DAN BH tidak mahu memberikan kami publisiti, di manakah mahu kami perolehi pulangan penajaan?

Pada 17 Januari lalu saya menghubungi seorang Penolong Editor di sebuah akhbar lain yang kemudiannya terus mengatakan “Yes, kami akan berikan publisiti kepada anda, lebih dari yang anda minta” jika kami bekerjasama dengan mereka untuk foto-foto itu. Ikutkan ranking akhbar, saya lebih suka pilihan ini.

Sepanjang perkahwinan selebriti yang kami buat sebelum ini dari Ning Baizura, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar, Awal Ashaari & Scha al-Yahya dan lain-lain semuanya berurusan secara yang mudah. Kami ambil foto, dan wartawan yang mahu akan hubungi kami dan kami respon dalam masa kurang 4 jam mereka dah dapat foto yang diminta.

Dalam masa yang sama kami juga dapat publisiti yang diminta. Tahu tahulah, fotografer dan video ni biasa mana sebut sangat dalam kredit pun. Kalau Wedding planner dapat 3 perenggan, designer dapat 2 perenggan, juruseolek pun dapat 1 perenggan, kami-kami ni biasa dapat kredit kecil yang satu ayat seperti “fotografi dijalankan oleh candidsydrom” (siap salah eja lagi selalunya).

Pada malam yang sama, 17 Januari, Izuan menelefon saya dan menyampaikan satu pesanan yang saya anggap angkuh yang kurang lebih berbunyi

“Kalau susah sangat berurusan dengan Saiful Nang dan CandidSyndrome ni, tanya dia berapa fees dia haritu, kita bayar sahaja…senang cerita”

Lalu saya jawap kepada Izuan, “Jangan ingat duit boleh beli hormat. Jangan cakap tentang duit dengan saya kerana saya tahu mereka bukan dalam golongan pelanggan saya”.

Izuan tetap mahukannya lalu saya mengarahkan pejabat saya, Azman Salikin untuk membuat sebutharga seperti biasa. Pada keesokannya 18 Januari Izuan menelefon saya dan menyatakan:

“Liyana kata sampai sini sahaja, dan kami tak berhajat untuk teruskan dengan CandidSyndrome dengan HARGA YANG RIDICULOUS”.

Saya senyum dan saya katakan kepada Izuan, bukankah saya dah beritahu Liyana bukan dalam kalangan pelanggan saya (Saiful Nang) kerana khidmat Saiful Nang tak sama dengan team CandidSyndrome. Jika seharian pengambaran dengan saya dengan caj RM12,000 dikatakan ridiculous, saya hanya ulang kata kepada Izuan “Saya dah kata, jangan main soal duit dengan saya, saya tahu siapa pelanggan saya dan saya pilih pelanggan juga. Saya pernah tolak tawaran kerja puluhan ribu ringgit dari jutawan ternama yang tidak pandai hormat kami sebagai manusia, maka jangan sekali-kali main harga diri kami dengan harga dalam ringgit”.

Hari berikutnya, Izuan menghubungi saya semula, katanya kalau saya nak publish semua itu hak saya tapi semuanya sampai di sini sahaja. Kerana foto itu juga akan digunakan oleh BH. Akhirnya BH dapat juga jadi yang PERTAMA publish foto itu. Menanglah sudah perjuangan wartawan BH yang berjaya memporakperanda hubungan yang awalnya baik, kerja kami juga mereka sukai.

HANYA KERANA KAMI TIDAK MAHU MEMBERIKAN HAK EKSLUSIF KEPADA BH SAHAJA (kerana kami tidak diberitahu sebelum pengambaran tentang itu dan juga BH tidak mahu memberikan pulangan publisiti kepada kami) HABIS SEMUA yang awalnya elok dan hujungnya bengkok.

Kecoh dengan perkara itu, saya tanyakan kepada Izuan MENGAPAKAH LIYANA DAN KELUARGANYA TIDAK PERNAH MAHU MENELEFON SAYA?

Gambar mesra Liyana Jasmay dan Fathuddin yang tersebar
Diberi kepada saya gambaran dari Izuan, mereka ini telahpun mempercayai semua yang wartawan iburan BH itu katakan. Maka semua hasil buat kami masuk longkang tanpa saya mampu menyatakan cerita ini LANGSUNG kepada Liyana. Hingga hari ini pun saya tidak mahu bercerita kepada umum tentang ini, tetapi apabila Makcik dah mula bagi statement, saya pun bagilah juga statement ni.

Manalah tidak sentap, mereka lari dari berhubung dengan saya. Minta nombor telefon dari Izuan pun tak dapat. Macam mana masalah kecil macam ini boleh diselesaikan dengan cara pengantara. Jadinya macam sekarang ni lah, masalah tak selesai tapi dah mula kecoh belakang-belakang.

Takkan kerana hangit orang hentam anak pegang-pegang dalam pra-perkahwinan jadi isu besar pasal masuk dalam blog tapi dalam newspaper boleh pun.

Kepada newspaper, blogger hiburan silalah ambil cerita ini kalau sudi ye. Saya ini bukan artis glamor, kalau saya bersuara pun bukannya orang nak pandang. Tapi kalau anda pandang, saya suka dengan anda kerana terbukti anda memberikan LAPORAN TELUS.

Kepada Izuan, anda seorang yang sangat professional. Saya selesa bekerja bersama Izuan. Cuma saya yakin Izuan juga ada masalah kerana beliau menerima arahan dari RAMAAAAIIIII BOSS di belakangnya.

Saya minta keluarga Liyana tidak teruskan melatah dan sila jangan jawab lagi isu ini. Saya pelawa untuk telefon saya kerana saya tak boleh telefon anda. Selesaikan cara baik, pasti ada jalan.


Gambar Pra Perkahwinan Liyana Jasmay Dan Fathuddin Yang Sangat Romantik 



Isnin, 21 Januari 2013

Gambar Pra Perkahwinan Liyana Jasmay Dan Fathuddin Yang Sangat Romantik

Tinggal kurang sebulan saja lagi aktres Liyana Jasmay, 25, akan menamatkan zaman anak daranya dan berkahwin dengna jejaka pilihan, Fathuddin Mazlan, 29.

Liyana, bakal bernikah dengan ahli pernigaan itu, pada 2 Februari ini di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur dan majlis resepsi sebelah perempuan akan berlangsung pada sebelah malam hari yang sama di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Majlis resepsi sebelah lelaki pula akan berlangsung di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada 9 Februari.
gambar romantik Liyana Jasmay dan Fathuddin


Isnin, 14 Januari 2013

Resepsi Khairul Fahmi Che Mat(Apex) Dan Leuniey Natasha Di Hotel The Royale Bintang

Satu lagi majlis resepsi untuk pasangan Khairul Fahmi Che Mat(Apex) & Leuniey Natasha telah diadakan di Hotel The Royale Bintang, Damansara Kuala Lumpur malam tadi.

Majlis tersebut yang bertemakan ala Inggeris dan dihadiri oleh ratusan rakan dan saudara kedua-dua mempelai.

Tak dilupakan jugak pada malam tu kehadiran beberapa nama besar di Malaysia seperti Dato Siti Nurhaliza, Mejar (K) David Teo, Fizo Omar, Danny X-Factor, Kuna & ramai lagi. Malam tu pertamanya pasangan pengantin & para tetamu dihiburkan dengan persembahan kejutan dari Dato Siti Nurhaliza sebelum disambung oleh Dina Nadzir, Hazama & Adibah Noor.

Majlis nie untuk pengetahuan korang dah dihoskan oleh 3 artis kesayangan korang iaitu Heliza Helmy, Tauke (Jambu) & Ah Chong.

Khairul Fahmi dan Leuniey sangat berseri,gambarnya pun begitu cantik dari G.i Photoshoot. Dato Siti Nurhaliza dengan penampilan terbarunya memakai tudung penuh.....Tak puas tengok gambarnya...
Resepsi Khairul Fahmi Che Mat(Apex) & Leuniey Natasha di Hotel The Royale Bintang,

Sabtu, 5 Januari 2013

12 Gambar Majlis Resepsi Khairul Fahmi Che Mat Dan Leuniey Natasha-5 Jan 2013

Hari ini satu lagi majlis bersanding diadakan di sebelah pengantin lelaki di rumah keluarga Apek di Kampung Chenang, Kota Bharu dengan tema ala kampung.

Pasangan pengantin Khairul Fahmi Che Mat(Apex) & Leuniey Natasha sungguh cantik dan berseri dengan busana berwarna biru sentuhan azuracouture. Majlis itu juga diserikan dengan kehadiran
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Satu lagi majlis resepsi untuk pasangan Khairul Fahmi Che Mat(Apex) & Leuniey Natasha akan diadakan di Hotel The Royale Bintang, Damansara Kuala Lumpur.

Majlis resepsi Khairul Fahmi Che Mat (apek) Dan Leuniey Natasha-5 jan 2013

Isnin, 31 Disember 2012

Gambar Majlis Resepsi Khairul Fahmi Che Mat Dan Leuniey Natasha-30 Dis 2012

Majlis resepsi pertama pasangan Khairul Fahmi Che Mat(Apex) & Leuniey Natasha telah berlangsung meriah di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan.

Dalam majlis resepsi pertama yang berlangsung malam tadi, pasangan popular ini mengenakan busana songket rekaan eksklusif pereka terkenal Ezuwan Ismail yang ditaja oleh Atikah Songket dengan perhiasan mahkota untuk pengantin perempuan selain pemakaian tanjak dan keris pada pengantin lelaki.

Hampir 1,500 tetamu hadir, antaranya Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, Ketua Istiadat Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Datuk Makhtar Mustapa, Ketua Polis negeri, Datuk Jalaluddin
Abdul Rahman dan Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Muhammad Nasir Hamzah.

Majlis lebih meriah, apabila kedua mempelai turut disajikan dengan dendangan lagu yang semakin mendapat tempat di hati peminat dan menjadi tema telemovie Adam dan Hawa, dendangan duet Datuk Siti Nurhaliza dan Hafiz AF yang dipersembahkan penghibur jemputan.

Khairul Fahmi Che Mat(Apex) & Leuniey Natasha telah mengadakan majlis pernikahan mereka pada 28 Disember 2012 yang lalu. Satu lagi majlis bersanding akan diadakan di sebelah pengantin lelaki di rumah keluarga Apek di Kampung Chenang, Kota Bharu pada 5 Januari tahun depan dengan tema ala kampung dan satu lagi majlis resepsi di Hotel The Royale Bintang, Damansara Kuala Lumpur.
Apek dan Leuniey di majlis resepsi mereka di kelantan(sebelah perempuan)

Jumaat, 28 Disember 2012

Gambar Majlis Pernikahan Apek (Khairul Fahmi) Dan Leuniey

Selepas melalui pelbagai episod kontroversi, penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, 23, dan gadis pilihannya, Nur Eilunie Natasha Jaafar, 21, akan diijabkabulkan hari ini.

Majlis akad nikah Khairul Fahmi dan Nur Eilunie telah berlangsung di kediaman Nur Eilunie atau Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat pada pukul 10 pagi 28 Disember 2012.Alhamdulillah, dengan sekali lafaz Khairul Fahmi Che Mat & Leuniey Natasha sah bergelar suami isteri.
Leuniey dimajlis pernikahannya bersama Apek