Memaparkan catatan dengan label tutorial. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tutorial. Papar semua catatan

Selasa, 5 Mac 2019

PDF Pattern-Sidra Frame Purse

 Pattern ini menggunakan  Flip Lock Wallet Frame. Pattern akan dihantar melalui Email. Sesuai untuk semua tahap. Penerangan beserta gambar yang banyak supaya bag maker lebih mudah faham.

Rabu, 27 Februari 2019

Kelas Menjahit Beg

Atas permintaan pelanggan, minggu lepas saya telah mengadakan kelas menjahit beg. Walaupun saya berada di Seremban tapi untuk mereka yang ingin belajar jarak jauh itu tidak menjadi masalah. Ada yang datang dari Melaka dan saya sangat menghargainya.

Rabu, 30 Januari 2019

6 Tips- Hasilkan Handmade Bag Nampak Cantik

Walaupun saya sudah lama menjahit beg tapi saya tak pernah berhenti mencari ilmu. Sekarang boleh dikatakan agak mudah mencari terutama didalam majalah ataupun google sahaja.Namun begitu tidak semua ilmu yang kita dapat dari situ mudah dibuat atau menjadi hasilnya. Ada masa kita perlu mencuba sesuatu cara mengikut material dan skill yang kita ada untuk dapatkan hasil yang dikehendaki.

Selasa, 2 Oktober 2018

Mary Poppins Doctor Bag

Mary Poppins Doctor Bag-Student 1
Ok, kita berjumpa lagi. Kali ini kami ingin memberitahu ada satu kelas menjahit beg telah dibuka. Sebenarnya kelas ini dijalankan secara online dan batch pertama adalah terdiri dari ahli group FB bebagmaker.

Isnin, 6 Ogos 2018

Cara Membuat & Bahan Lengkap Buat Beg

 Selamat datang kepada pengunjung baru dan pembaca setia blog ct N honey. Pasti yang selalu datang adalah mereka yang berminat dalam bidang jahitan terutama membuat beg. Setelah lebih 5 tahun dalam dunia jahitan beg ni ramai rakan-rakan dan kenalan yang sama minat telah saya kenali. Ada yang sempat berjumpa dan ada juga yang hanya didalam alam maya sahaja.

Isnin, 23 Julai 2018

Elysian Sling Bag


Hi, Bag Maker semua! Hari ni saya nak share sling bag yang diberi nama Elysian Sling Bag. Elysian bermaksud (beautiful,creative,divinely,inspired,peaceful and perfect). Sebagaimana maksudnya  saya harap begitu jugalah orangnya yang dapat menghasilkan elysian sling bag ini, dan sangat bertuah pula yang dapat menerimanya.

Sabtu, 13 Januari 2018

TUTORIAL: Meraki Pouch

Salam sayang untuk pengunjung blog ct N honey dan salam kreatif untuk bag maker semua. Hari ini saya sangat teruja nak share tutorial Meraki Pouch ni. Sebenarnya senang dan cepat je nak buat. Cuma nak siapkan proses tutorial tu yang ambil masa sikit. Menjahit sambil snap gambar, lepas tu edit dan karang ayat ni. Takut tak faham pula nanti cara nak buatnya.

Selasa, 18 Julai 2017

FREE cara buat beg


Apa FREE? Jangan terperanjat. Memang saya bagi free saja caranya. Disebabkan saya dah suka sangat buat frame kiss lock ini, jadi saya lebih suka kalau bagi tutorial free untuk semua.

Isnin, 11 April 2016

Tutorial-Cara pemasangan Snap Button

Selain mengunakan button magnetic, snap button adalah satu lagi pilihan untuk crafter menghias beg. Snap button lebih menarik kerana kini banyak dijual berbagai bentuk dan saiz boleh di pilih.

Jumaat, 1 April 2016

Tutorial Pemasangan Eyelet Beg

Hari ini nak tunjukkan cara memasang eyelet beg. Kalau kita ada semua peralatan membuat beg, hasilnya lebih cantik,mudah dan beg nampak lebih eksklusif.

Jumaat, 11 Disember 2015

Tutorial: Buat Tali Sling Bag

 Walaupun sibuk nak siapkan tempahan tapi hati tu nak share dengan semua cara membuat tali beg. Ada banyak cara membuat tali beg. Ini adalah salah satunya, dan cara ini sesuai digunakan untuk sling bag.

Isnin, 8 September 2014

Ilmu Untuk Dikongsi.Tutorial Pemasangan Twist Turn Lock

clutch handmade ct N honey yang menggunakan twist turn lock
Hari ini nak buat tutorial bagaimana nak pasang twist turn lock. Bila menggunakan twist turn lock beg akan nampak lagi cantik, ala-ala beg berjenama pula. Selain menggunakan magnetic button twist turn lock juga selamat untuk beg kita. Rasanya tak mudah twist turn lock ni terbuka dengan sendirinya.

Memasang twist turn lock ini tidak lah sesusah mana pun. Yang penting ingin mencuba supaya beg yang kita hasil kan akan bertambah baik dari masa ke semasa selari dengan pengalaman yang kita ada. Dari itu boleh lah kita letakkan harga handmade  kita dengan harga yang sepatutnya.


Khamis, 14 Ogos 2014

Tutorial Buka Akaun Ummaland & Upload Profile Picture

Rasanya ramai yang sudah tahu tentang kewujudan satu lagi Laman sosial terbaru iaitu Ummaland.

Ummaland adalah Laman sosial yang membolehkan anda untuk berhubung dan berkongsi dengan saudara Muslim di seluruh dunia.

Ummaland juga dikatakan lebih menjurus kepada perbincangan mengenai agama Islam dan kerap mengetengahkan keadaan masyarakat Islam hari ini.

Dalam masa yang sama, tujuan Ummaland diwujudkan untuk menjadi tempat menarik seramai mungkin orang bukan Islam mendekati Islam dengan nilai-nilai murni Islam yang terdapat dalam media sosial tersebut.

Di harapkan Ummaland yang dilancarkan pada 1 Februari 2013 oleh pengasasnya iaitu Maruf Yusupov, Jamolidding Daliyev dan Mahmudjan Memethaji akan memberi manfaat buat orang Islam semua.

Jadi hari ini saya nak buat tutorial cara membuka akaun di Ummaland, juga cara untuk load profile picture di akaun.Ramai yang kata susah nak load profile picture asyik tak jadi aje.

Ok..kita mulakan

Isnin, 21 Julai 2014

Edisi Terkini Handbag Hari Raya 2014

Handbag ct N honey (Bergaya di hari Raya)

Rasanya ramai dah buat persiapan hari rayakan. Maklum lah tinggal beberapa hari saja lagi kita umat Islam akan menyambut Hari Raya.....

Seperti biasa macam tahun sudah juga sangat-sangat berkira dalam bershopping. Maklum lah kalau dah ada 6 anak ni...kalau tak buat budget 2 ribu pun tak cukup...


Jumaat, 11 Mac 2011

Tutorial- beg jeans mama ranggi(2)

Ini sambungan tutorial beg jeans mama ranggi(1).Jadi sesiapa yang ketinggalan tutorialnya silalah klik disini dan bolehlah teruskan mengikuti tutorial (2).Kita mulakan.

CARA UNTUK MENCANTUMKAN BAHAGIAN A DAN B
Terbalikkan beg separuh siap tadi.Ambil seluar jeans yang
telah dipotong bawahnya.Selalunya Ct akan potong dibawah
poket seluar belakang.

Khamis, 10 Mac 2011

Tutorial- beg jeans mama ranggi(1)


Untuk beg jeans kali ini,Ct dapat tempahan dari biras untuk mamanya.Memandangkan ini kali yang 5 Ct buat beg dari kain jeans jadi Ct naklah berkongsi tutorialnya dengan anda semua.Belumlah pandai sangat lagi tapi diharap tutorial ini dapatlah membantu sesiapa yang tak ada idea bagaimana nak buat dengan seluar jeans yang sudah tak muat ataupun yang dah koyak,(terutama dibahagian lutut).OK mari kita mulakan.Tutorial ini ada 4 bahagian (A,B,C,D).Kita mulakan dulu dengan bahagian B.