Khamis, 21 April 2011

Apakah moral dari cerita ini?...


Ada sepasang suami isteri yang hidup bahagia. Tidak ada kurangnya bagi pasangan yang dilimpahi dengan kemewahan ini kecuali satu, mereka tidak punya anak walaupun telah lama berumah tangga.
Apa yang menarik tentang pasangan Mr. dan Mrs. Perfect ini:


Susun atur dalaman rumah mereka yang rapi, kekemasan sentiasa pada tahap maksimum dan semua benda mesti berjalan seperti yang dirancang dan dijadualkan.Nota semakan kerja rumah tergantung pada peti ais, pada white board pula senarai semakan keberkesanan, perancangan pula dalam buku management tersendiri.

Pada satu hari yang indah, si isteri mendapat berita gembira. Menurut doktor, dia bakal menimang cahaya mata. Begitu pantas masa berlalu. Akhirnya sampailah saat yang mendebarkan, anak yang ditunggu dilahirkan dengan selamat.

Tiga tahun berlalu, anak lelaki ini membesar dengan sihat mendapat perhatian dan belaian daripada ayah dan ibu. Namun berlaku sesuatu yang tidak diduga oleh ibunya. Anak lelaki ini mempunyai perangai yang seratus peratus berbeza dengan sikap ibunya.

Kalau ibunya sangat kemas, anak lelaki ini akan menyepahkan segalanya. Rumah yang selama ini kemas teratur sering kali bertukar wajah menjadi seperti lepas perang.

Si ibu merintih derita. Apa yang berlaku ini bertentangan sama sekali dengan sikap dirinya. Semua mesti sempurna! Sampai pada tahap ini si ibu selalu terlanjur cakap bahawa mempunyai anak sebenarnya satu kesilapan. Anak bukan penyejuk mata sebaliknya peragut ketenangan.

Bagi mendidik si anak, si ibu terpaksa menggunakan sedikit kekerasan, cubit, rotan dan meminta dia berikrar untuk tidak mengulanginya kembali.

“Mama, abang minta maaf … Abang tak akan ulang lagi.”
Itulah ungkapan yang diajar setiap kali kesalahan dibuat.

Satu lagi tabiat yang pelik bagi anak ini ialah dia akan mengoyak kertas yang dijumpainya dan dibiarkan bersepah merata-rata. Cubitan dan kemarahan tidak berjaya mengubah tingkah lakunya, dia masih dengan tabiat menyepah-nyepah, kemudian rumah jadi bingit dengan leteran dan bahang kemarahan ibu.
Begitulah yang sering berlaku.

Pada suatu hari si ibu bergegas mengemaskan rumah kerana kawan lamanya bakal datang melawat. Dia ke dapur memasak hidangan kepada tetamu yg bakal datang.

Bila dia membawa makanan untuk dihidangkan, alangkah terkejutnya apabila dia melihat ruang tamu bersepah, sofa tunggang langgang dan koyakan kertas bertabur di mana-mana.

“Abang … mari sini!!” Jerit si ibu memanggil anaknya lebih kuat daripada biasa. Kemarahannya mencecah siling kesabaran dan membakar rentung ladang hemahnya.

Si anak yang ketakutan lalu lari meluru ke arah pintu. Si ibu mengejar dari belakang. Nafasnya tertahan-tahan menahan marah.. Kaki anak melangkah keluar dari rumah dengan larian deras. Sesaat dia telah berada di hadapan pagar.

Tiba-tiba terdengar satu bunyi hentaman keras. Larian ibu terhenti. Wajah terasa basah terpercik sesuatu. Dia terpaku … Alangkah terkejutnya apabila melihat anaknya menggelupur kesakitan berhampiran longkang besar di tepi rumahnya. Basah di muka tadi rupanya adalah darah anaknya.

Dia meluru mendapatkan anak dan merangkulnya.Dada anak berombak-ombak, tubuh kekejangan, terdengar bunyi rengekan menahan sembilu kesakitan yang amat.

Tanpa berlengah dia terus memandu kereta, dan terus memecut laju ke hospital membawa anaknya.

“Ya Allah … tolonglah selamatkan anakku ini.” Doanya dalam raungan kuat sambil memandu laju. Hon dibunyikan bertalu-talu minta laluan daripada pemandu lain.

“Ya Allah … aku tahu aku gagal menjadi seorang ibu yang baik tetapi aku memohon sekali ini … Ya Allah selamatkanlah anakku ini.”

Air matanya bercucuran dengan deras menitis, tumpah dan bergaul dengan darah merah anaknya. Perjalanan terasa begitu jauh dalam keadaan begini. Nafas anak tercungap-cungap. Dari mulut, hidung juga telinga darah terus mengalir begitu deras. Si anak bergelut dengan kesakitan, dada berombak kuat, setiap kali dia membuka mulutnya darah bercucuran keluar.

Anak seperti ingin menuturkan sesuatu, ibu menangis semahunya.
“Mama maafkan abang …” Ungkapannya sukar …tersekat-sekat kerana kesakitan itu.

“… Abang janji tak akan buat lagi.”

Itulah ucapan yang selalu dituturkan apabila ibunya marah.
Sebaik sampai di hospital, anak dikejarkan ke bahagian kecemasan.

“Ya Allah berilah aku peluang kedua untuk menjadi seorang ibu yang baik, aku sedar akan kesalahanku …”

“Ya Allah selamatkanlah anakku hari ini …”
Doa tidak pernah putus dari bibirnya dengan permohonan setulus-tulusnya kepada tuhan.

Setelah lama menunggu, tiba-tiba doktor keluar. Bebola matanya merenung penuh pengharapan pada doktor.

“Puan, maafkan … Kami telah cuba melakukan yang terbaik.”
Patah bicara doktor satu-satu menyusun kalimah.

“Anak puan … Telah meninggal dunia.”

Dunia terasa seperti pasir jerlus yang menyedut dengan deras ke dalam, kepingan langit sekeping-sekeping menghempas ubun-ubun kepalanya. Alangkah sakitnya hakikat ini. Dalam tangisan berderai, dia meluru dan merangkul sekujur tubuh anaknya dengan mata tertutup rapat, kesakitan telah tiada bersama nafasnya yang berangkat pergi buat selama-lamanya.

“Anak … Kamu tidak mendapat apa yang sepatutnya ibu berikan di sepanjang perjalanan pendekmu ini …”
Ibu mencium semahu-mahunya. Namun wajah itu hanya kaku, dingin sekali.

Jenazahnya kemudian diuruskan sehingga selesai sempurna.

Malam itu apabila lampu tidur dimatikan dan kawasan kejiranan sunyi ibu keluar ke kawasan tong sampah di hadapan rumah. Dia menyelongkar sampah semalam mencari koyakan kertas anaknya. Malam itu di ruang tamurumahnyapenuh koyakan kertas yang ditaburkan.

Dengan nada lemah sekali bersama lelehan air mata hangat ibu berkata, “Alangkah indah andainya ini yang ibu lihat pada setiap hari disepanjang hidup ini.”

“Ibu rindu kepadamu … Ibu rindu kepada nakalmu … Ibu rindu pada koyakan kertas ini, tetapi kenapa ibu buta tentangnya selama ini?”

Tangisan hanya saksi bisu dengan irama tersendiri, namun hakikat yang terpaksa direngguk ialah semua itu tidak boleh diulang lagi. Anak comel itu tidak akan pulang lagi ke rumah sampai bila-bila. 


Apa moral cerita ini?....


Cerita ini mai dari bendang 

12 ulasan:

Ummi Hanie berkata...

kisah yg mnyayat ati..
sy slalu trkenangkn benda ni lepas marah2 ank...then terfikir,biarlh depa nakal2 sikit waktu kecik ni...klu xde lgsg,lg sunyi kan?

Mila@Rimbun berkata...

sedihnyer.
kekadang mmg kita hilang akal jap ngan perangai budak2 nii. tp apa pon jauh disudut hati, I treasure every moment with u my lil gurl...

Nur berkata...

Dulu Yati macam ni juga. Tapi slow-slow terima seadanya. Sayang sangat budak-budak kat rumah ni.

Suzie berkata...

Yup...anak2 sebenarnya membuatkan kita belajar bersabar.Anak dia baru koyak kertas,anak saya dinding jadi kertas.Bak kata kakak saya biar je ...sampai masa dia sendiri akan berhenti.betul...sekarang tinggal yg kecil tu je suka conteng yang lain dah tak buat ...

Tanpa Nama berkata...

moralnya, jangan sampai terlepas cakap masa marah anak2..

ct N honey berkata...

@Ummi Hanie
anak penyeri hidup

ct N honey berkata...

@Mila@Rimbun
masa dah naik hantu tu semua dah tak ingat..

ct N honey berkata...

@Yati
kalau masa mereka buat nakal tu ingatkan balik betapa susah nak melahirkan mereka...langsung tak jadi marah..

ct N honey berkata...

@Suzie
ha..ha..samalah kita..sbbkan bersabar semua dinding dari ruang tamu kedapur hingga kebilik ada mcm2 gambar

ct N honey berkata...

@nai
kata2 itu satu doa.apa tah lagi dari ibu...

Jendela Hati berkata...

aduh sedihnye baca ct... nak leleh je... kdg emang kite mudah amarah pada anak2 di saat kita penat keje penat kat umah... lantaran masa tu lepas piker nyesal pula marah2... anak penyeri idup walau kita kena hadapi kenakalan mereka...(saat ni ku peluk anak2 ku) eh emosi lak heheh...

Unknown berkata...

sejak ada anak ni tak pernah expect rumah kemas..

rumah kemas hanya di waktu subuh & awal pagi.. lepas tu.. kecah balik.. bior le kecah, as long ade suara anak2.. boleh jd rungsing, bila anak2 takde, walaupun rumah kemas teratur..


n3 terbaru kakyong.com
Asmara versi Flybait
Nak sikit tempias glamer dari Mazidul Akmal
Kenali sahabat ibu : Yatie Chomeyl