Jumaat, 1 April 2011

Bahayakah Baby walker?

Kenapa Ct memilih tajuk ini?Sebenarnya panduan ini berguna untuk semua ibu diluar sana yang sedang memikirkan untuk membeli baby walker untuk simanja anda.Baby walker adalah barang kelengkapan bayi yang membantu bayi mengembangkan otot, koordinasi dan keseimbangan didalam proses belajar berjalan sendiri.Pilih baby walker yang paling sesuai dengan bayi anda sendiri, gaya hidup dan anggaran.

Baby walker diperbuat dari plastik yang teguh yang berbentuk bulat dan tertutup disekitar bayi. Mempunyai tempat duduk ditengah-tengah, biasanya diperbuat daripada kain yang berat memberikan kebebasan gerakan bayi.Selalunya mempunyai 6-8 roda dibawahnya.Baby walker digunakan untuk membolehkan bayi duduk didalam sambil bergerak menggunakan kaki dan sekali gus dapat melatih kakinya sebelum mereka dapat berjalan.Dicipta untuk bayi yang berusia 6 hingga 18 bulan.Selain membantu bayi bebas kesana sini,

ia juga berguna kepada ibubapa yang mungkin tiada masa untuk duduk dan bermain dengan bayi kerana sementara itu boleh melakukan kerja seharian.

Susah juga hendak memilih baby walker.Nak beli yang murah ok juga sebab ia digunakan hanya beberapa bulan sahaja.Tetapi baby walker yang betul bukan saja sesuai untuk baby tapi kena juga fikirkan ciri-ciri keselamatannya.Jika anda memilih untuk menggunakan baby walker pastikan anda menggunakannya dengan betul. Kebanyakan kemalangan berlaku ketika bayi ditinggalkan sendirian dan tanpa pengawasan. Ikuti panduan dibawah untuk mencari baby walker bagi memastikan yang langkah pertama anak anda selamat.

PANDUAN MEMILIH BABY WALKER

1.Baby walker harus cukup lebar sehingga tidak dapat masuk melalui pintu standard.

2.Pilihlah baby walker yang ada roda berkunci. Ciri-ciri seperti ini menghentikan walker dari bergerak jika anak anda berada dipermukaan yang tidak rata.Baby Walker mudah terbalik ketika roda tersangkut.

3.Baca buku panduan yang telah disediakan. Pastikan berat badan dan usia yang sesuai untuk baby walker tersebut.

4.Pilih baby walker yang boleh diubah suai dengan ketinggian bayi anda untuk sekarang dan juga sesuai untuk digunakan untuk beberapa bulan yang akan datang.Juga, pastikan kerusi walker tidak terlalu tinggi untuk bayi, kerana jika kaki bayi tidak dapat menyentuh lantai, ini boleh meletakkan tekanan pada daerah selangkangan bayi.

5.Beli baby walker yang ada tempat untuk meletakan makanan,minuman dan juga tempat untuk meletakan mainan untuk bayi anda. ada juga sesetengah baby walker dilengkapi dengan beg kecil atau tempat di sisi untuk memegang dan menyimpan mainan.

6.Pastikan baby walker yang dibeli selamat untuk digunakan dan memenuhi standard keselamatan.

7.Pastikan bahawa walker bayi dalam keadaan baik dengan memeriksa jika ada bahagian yang longgar atau rosak.

8.Hendaklah mempunyai penutup pelindung di atas semua skru logam atau engsel. Hal ini untuk mencegah anak anda dari luka atau tersepit jarinya.

PERKARA YANG PATUT DIELAKKAN.

1.Elakkan membiarkan bayi menggunakan walker di tingkat atas rumah.Jika digunakan di luar bilik, elakkan dari tempat yang tidak rata dan dekat dengan kolam renang.

2.Jangan biarkan kabel elektrik bergantung terutama di kawasan laluan bayi.Ini untuk mengurangkan risiko bayi menarik barang-barang seperti lampu dan mengakibatkan kecederaan kepala.

3.Pintu keselamatan anak.Pastikan pintu keselamatan ditutup dengan betul dan mampu melawan tolakkan dari baby walker.Berguna untuk menyekat bayi pergi kekawasan yang tidak sepatutnya dan menyenangkan anda untuk mengawasinya. Ini meminimumkan kemungkinan bayi hilang dari pandangan anda.

4.Bayi tidak boleh dibenarkan untuk menggunakan walker dikawasan dapur - terutama ketika oven sedang digunakan.

5.Memberikan pengawasan yang tepat. Orang tua harus mengelakkan gangguan seperti menonton televisyen, membaca,atau terlibat dalam perbualan telefon semasa bayi di baby walker.

6.Juga, berhenti menggunakan baby walker selepas bayi anda sudah belajar berjalan tanpa bantuan. Untuk mengelakkan bayi memanjat keluar dari baby walker.
Untuk maklumat lebih lanjut sila lah ke ehow family

9 ulasan:

Ati Masrif berkata...

as salam ct,

anak kita dah tak pakai walker lg
simpan dlm stor saje lani...hihi


ati di sini

^___~

Unknown berkata...

kakyong dulu pun letak anak2 dlm walker masa kakyong nak buat kerja rumah @ nak masak... takde lah biorkan ajer depa dlm walker..

tp kan ade rumah yg haramkan terus walker... ekekkeke..

btw, panduan ni memang bagus..

ct N honey berkata...

@Ati Masrif
boleh simpan untuk yg akan dtg kalau ada he..he..

ct N honey berkata...

@kakyong
mmg susah kalau tak ada b.walker ni,tak boleh pula nak buat keje lain,..cuma kena berhati2 lah kan.

Melur Jelita berkata...

Ct Jelita,
sangat bagus post ini. Baik atau buruk walker terpulang kepada kebijaksanaan ibu - ibu nyang menggunakannya. Tak boleh dilepas bebas anak dalam walker, harus sentiasa diperhati dan dipantau. Usia yang paling sesuai 6 @ 7 bulan ke atas bila tulang anak2 dah kuat. Tapi tak nak gunakan walker pun tak apa.

Nur berkata...

Amirul dan Hafizan guna baby walker masa kecik. Cuma Sulaiman je tak guna. Dari merangkak tiba-tiba dah start berjalan. Tapi tak dinafikan, memang berguna time kita sibuk di dapur. Cuma kita kena pantau selalu dan ada pagar. Jadi baby tak leh pergi kawasan bahaya.

ct N honey berkata...

@Yati
mesti sulaiman aktifkan,cepat dpt jln.

ct N honey berkata...

@Melur Jelita
mcm anak ct dia tak suka sangat diletakkan dlm walker,dia lebh suka buat latihan merangkaknya....tapi bila ct nak buat kerja kena juga ddk dlm walker

ziemie berkata...

salam..

awak leh tak kalau saya nak share pasal walker baby ni kat blog saya.. mmg sgt berguna maklumat tentang penggunaan walker ni..