Sabtu, 7 Mei 2011

Hari Ibu haram jika....



Kenapa kita selalu pertikaikan asal usul sesuatu sambutan bila tiba masanya.Contohnya Hari ibu yang bakal tiba. Ada orang cakap 8 mei, ada orang cakap 9 mei.Menurut yang Ct tahu minggu kedua bulan Mei.Ada cakap haram sambut. Ada yang cakap tidak kisah, asalkan ikut cara islam Ada yang cakap, asal gembirakan hati ibu sendiri. Jadi apa sebenarnya hukum hakam kita menyambut hari ibu pada 8 mei / 9mei/


Boleh baca Asal Usul Hari Ibu disini.Jika kita menyambut hari ibu pada 8 mei /9mei, kita dianggap mengikut cara yahudi dan dianggap memberi penghormatan kepada mothers mary. Siapa mother mary tu? wikipedia  



Mungkin juga pandangan anda, tak salah kita menyambut hari ibu pada tarikh ini sebab segala apa perbuatan yang kita lakukan dinilai oleh Allah berdasarkan niat kita.Oleh kerana Malaysia sebuah negara kecil yang sedang membangun,kita lebih senang mengikut orang luar.

Sebab itulah kita ada macam-macam hari yang kita sambut dalam setahun.Contohnya Hari Bapa,Hari Guru,Hari  Pekerja dan banyak lagi.Rasa-rasanya semua hari- hari special ini tak ada satu pun asalnya dari Malaysia. Kesimpulannya kita memang terikut-ikut budaya orang sebelah sana. Hari ibu kebanyakannya disambut pada minggu kedua mei setiap tahun tapi mungkin ada yang tidak tahu ada negara lain yang sambut hari ibu tapi pada tarikh lain contohnya di puanbee.com

sekadar ucapan "SELAMAT HARI IBU" sudah cukup untuk menggembirakan hati seorang ibu.


Ramai org cakap, " setiap hari adalah hari ibu"tapi ramai kah yg meraikan hari ibu setiap hari?Mesti boring juga nanti kalau disambut setiap hari 'no surprise' pula. Jadi apa salahnya kita jadikan tarikh 8 /9 mei tahun ini sebagai tarikh istimewa untuk ibu kita. Hari special untuk ibu tersenyum lebar sampai ke telinga dan hari yg bermakna buat ibu. Tak perlu lah di bandingkan "menggembirakan hati ibu "dengan "memberi penghormatan kepada mothers mary" sebab yang penting kita tahu dimana batas-batas kita sebagai seorang muslim apa-apa pun selamat hari ibu kepada semua ibu dan ibu Ct juga.


Kepada yg tiada ibu lagi atau tidak berkesempatan untuk melakukan sesuatu yg dapat menggembirakan hatinya cukuplah dengan Al-Fatihah dan doakan supaya dia ditempatkan  dalam golongan yg dicintai oleh Allah. Ibu mana yg tak mau didoakan oleh anaknya kan?

Apa pula hukumnya kita meraikan perkahwinan rakan yang dibuat didalam gereja?Nak tahu jawapannya bolehlah ke blog purple

11 ulasan:

Gen Fujita berkata...

Pokoknya, apabila berkaitan dengan sambutan, ia berkaitan kepada bagaimana seseorang individu membudayakan sambutan berkenaan. Macam Hari Ibu, pada pendapat aku, menyambutnya dengan cara yang tidak bercanggah adalah harus. Ada juga yang tak menyambutnya, terpulang kepada mereka. Secara peribadi, bagi seorang Muslim, samada meraikan ibu atau tak pada hari tersebut, tidak perlu dijadikan isu. Dalam solat 5 kali sehari, rasanya tak susah pun kalau setiap kali lepas solat didoakan sekali ibu bapa. Tu salah satu contoh sajalah. :)

Misz-ella berkata...

pd kc, yg penting niat kita. kalau niat utk get together dan gembirakan ibu, ratu hati kita, apa salahnya.

Abu Bagi berkata...

yang penting niat dan cara kita tu betul..
tp perlu ingat jugak 'niat tidak menghalalkan cara'pandai2 la kita menilainya..:)

slmt hari ibu..oyeh!!

Unknown berkata...

yg penting kita nak menghargai ibu kan.. wondr jer hal yg baik mcm ni nak digembar-gembur kan.. walhal byk lagi hal lain yg menyalahi hukum agama...

Jendela Hati berkata...

Yang penting niat... hargai dan gembirakan lah ati nya sementara dia ada di samping kita...

puteraduyong berkata...

sebenarnya...hari hari adalah hari ibu...tanpa ibu siapalah kita...

puanbee berkata...

kalau saya ibu lebih suka kalau di beri cuti walau pun sehari ct wohohoho

Unknown berkata...

Semuanya adalah berbalik pada niat kita kan ct...tapi ada jugak terfikir kenapa lah negara kita tak boleh ke pilih tarikh yg lain selain tarikh yg telah di tetapkan oleh negara barat nie. Semua nya nak ikutttt je...kenapa, takut kena kecam ke kalo pilih tarikh lain utk hari ibu ke hari bapa ke etc....emmm.

Apa pon Selamat Hari Ibu buat semua ibu2 sedunia ;)

Ucapan dari si comel: Selamat Hari Ibu!

ct N honey berkata...

@BabyIntanselamat hari ibu juga..

Nur anisa =)) berkata...

terbace jugak pasai fakta2 haram menyambut hari ibu nie..
sy mohon izin shere link kamoo di sini...
http://cetitasaia.blogspot.com

Hakim Zailan berkata...

setuju.saya ada buat entry berkenaan ni juga..minta share link anda...
http://kimzai92.blogspot.com/2011/05/sambutan-hari-ibupersoalan-halal-atau.html