Isnin, 9 Mei 2011

K-pop 24.7/Max 247 tercabar kehadiran Group P.O.P


Belum pun reda tentang isu kumpulan K-pop 24.7/Max 247 tiba-tiba muncul pula kumpulan P.O.P.Mungkin sekarang ini fenomena K-pop sedang melanda jadi Malaysia juga tidak ketinggalan turut bersama demam K-Pop.Siapa kumpulan P.O.P ini? Adakah mereka bagus dari K-pop 24.7/Max 247? Ataupun saja aje nak suruh orang kutuk mereka? Sebelum anda kutuk kaw-kaw seperti yang berlaku kepada K-pop 24.7/Max 247 baca dan lihat video dari kumpulan ini.Lepas itu barulah membuat penilaian.



Kumpulan P.O.P ini telah ditemui oleh Cat Farish setelah mencari selama 2 tahun didalam laman web You Tube. Nama pertama kumpulan ini ialah Da’Prinz.Meraka sebuah kumpulan yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. Single/lagu pertama mereka tema untuk drama ‘Seribu Kali Cinta’ yang disiarkan di Slot Akasia, TV3 October 2010.





Cat Farish kemudiannya menukarkan nama kumpulan ini ke P.R.Inc. Mereka yang pada mulanya dianggotai oleh Vin,Aegy, Aye & Apies telah mengalami beberapa masalah hingga Apies meninggalkan kumpulan ini selepas pengambaran klip video single pertama mereka siap.

Dengan mempertaruhkan single ‘BUKU BARU’ kumpulan itu telah mendapat pengganti Apies dengan Kehadiran Benny. Cat Farish menukar nama P.R.Inc kepada yang lebih simple dan senang untuk disebut ke P.O.P.Setelah merakam single kedua ‘MAIN JAUH JAUH’, P.O.P berjaya menyiapkan sebuah lagu tema untuk drama di TV9,’Diari Suami 9 Bulan’ dan lagu itu bertajuk ‘SIAPA AKU TANPA KAMU’.




Buku baru


Main jauh-jauh


Siapa Aku Tanpa mu

Salah seorang anggota kumpulan ini iaitu Aye mahir menyusun susunan muzik dan penyampaian lirik dan melodi. Aegy pula adalah salah satu peserta realiti My Star LG musim kedua pula adalah seorang jurutari yang menyusun semua langkah tarian untuk kumpulan ini. Jadi kumpulan ini bukan pandai menyanyi tapi ada bakat lain juga.Sama-sama lah kita nantikan reaksi peminat dengan kemunculan mereka sedikit masa lagi.

Lanjutan dari cerita Siapa yang tak suka K-pop baca sini. Untuk berlaku adil di sini sukalah kiranya Ct nak memberitahu tentang penukaran nama kumpulan K-pop 24.7 kepada Max 247.Kalau nak tahu lebih lanjut, sila lah ke facebook.com/pages sebab Ct dapat tahu pun dari sana.

7 ulasan:

fisa othman berkata...

tak tau langsung pasal K-POP ni...

SewLove berkata...

ape ke kpop pula,dh tentunya k-pop tue korea-pop, j-pop lak jepun-pop... patutnye wat la m-pop ke lollipop ke hehe xde identiti lgsg, banggakan sgt org luar..

NzA berkata...

K-pop pn xtau..tup..tup..dh kluar P.O.P lak ye...he...

Nur berkata...

Wah, ct suka music genre ni ke? Sebab tahu banyak benda ni tentang kpop.
M-POP tu salah sorang member dia pernah masuk rancangan realiti kan.

Miss b berkata...

pop tu ok la dr mpop ni.

hhehehehehhehehehehehe

miss lovalista berkata...

mereka tak ikut2 kpop pun.. POP ni menari and menyanyi.... tu ke nak kata kpop ? x semestinya bila org menari n mnyanyi terus merujuk pada KPOP ! Menari and mnyanyi adalah 1 kombinasi yg bagus dan sangat menarik bagi seorang penghibur...
Jika penghibur itu dapat menari dan menyanyi dengan baik, mereka adalah sangat berbakat. Jangan buat tak tahu POP mempunyai peminat dari korea juga tau,.. show mereka baru2 ni dkat sungei wang telah dikunjungi oleh peminat2 perempuan dari korea.. ^^

Armah Yusof berkata...

love BENNY P.O.P so much..member2 P.O.P sgt2 sporting..