Rabu, 20 Julai 2011

Luahan lelaki tukar jantina Mohd Ashraf a.k.a Aleesha


Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, yang gagal menukar nama dan status jantina dalam MyKad kepada Aleesha Farhana selepas ditolak Mahkamah Tinggi di sini kelmarin, mengakui tertekan dengan pandangan negatif masyarakat terhadapnya, tetapi tidak akan patah semangat untuk terus memperjuangkan hasratnya itu.

Sambil menyatakan mahu membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah itu, dalam sebak, Mohd Ashraf yang lebih mesra dipanggil Aleesha berkata, jika masyarakat tidak dapat menerima keadaannya berdasarkan pelbagai kutukan dan hinaan yang diterima termasuk menerusi laman sosial Facebook, beliau rela dibunuh jika itu penyelesaian terbaik.

“Suka atau tidak, perjuangan perlu diteruskan sehingga semua wadah perundangan tiada lagi. Ramai mahu saya berdiam diri daripada masalah ini, tetapi saya mahu kehidupan yang aman,” katanya dalam satu pertemuan di sini, semalam sambil ditemani ibu bapanya.


Mohd Ashraf membuat permohonan menukar jantina di Mahkamah Tinggi pada 25 Mei lalu bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran, selain kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita dengan status lelakinya.

Menceritakan punca permohonannya ditolak, beliau mengakui tidak mendapat bantuan perundangan yang kukuh ketika mengemukakan permohonan, malah ketika peguam Horley Isaacs menawarkan diri membantu, pendengaran kes itu sudah sampai penghujungnya.

Berkongsi kesedihan ditanggung anaknya itu, ibu Mohd Ashraf yang mahu dikenali sebagai Mak Yah, 50, berkata masyarakat mudah melemparkan cacian kepada keluarganya tanpa memahami perasaan mereka.
Mak Yah dari Kampung Telaga Daing di sini, berkata sejak kes anaknya dilaporkan media, beliau dan suami, Abdul Aziz, 60, mendapat kritikan dan cemuhan masyarakat yang melabelkan mereka ibu bapa tidak bertanggungjawab.

“Hinaan itu sangat pedih, seolah-olah kami membelakangkan Allah dengan menyokong keputusan Mohd Ashraf membuat pembedahan menukar jantina,” katanya sambil mengesat air mata dengan kain tudungnya.

Mak Yah berkata, walaupun ciri kewanitaan Mohd Ashraf dikesan sejak bayi, mereka tetap terkejut apabila mengetahui anak lelaki sulungnya itu membuat pembedahan menukar jantina di Hatyai, Thailand pada 2009.

“Ketika pembedahan itu, kami menunaikan haji di Makkah. Dia tidak pernah memberitahu ujian perubatan dan penilaian paras hormon yang dibuatnya di Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur dua tahun sebelum itu.

“Disebabkan marah dan sedih dengan perbuatannya itu, kami menghalaunya dari rumah dan membakar semua baju perempuan, tetapi kami tahu dia yang bertukar menjadi perempuan selalu pulang ke rumah dan hanya tidur dalam kereta,” katanya.

Sementara itu, Abdul Aziz yang juga bekas anggota tentera berkata, beliau selalu menekankan aspek disiplin kepada anaknya, tetapi buntu mencari jawapan masalah dihadapi Mohd Ashraf.

“Akhirnya, kami sekeluarga menerima hakikat dialami Mohd Ashraf dan tidak lagi hidup dalam penafian, tetapi kami disisihkan masyarakat.

“Mungkin masalah itu tidak serumit sekarang jika dari awal kami mendapatkan pandangan pakar berhubung keadaan Mohd Ashraf.

“Jika cara didikan dikatakan punca dia begini, kenapa dua anak angkat kami dan dua adik kandungnya tidak sedemikian,” katanya.


36 ulasan:

Rina Rahamat berkata...

masyarakat mmg mudah menjatuhkan hukuman..yalah sbb ia melibatkan hukum agaa kan..

tp spt yg ibu dia kata..dia ada jantina serupa perempuan ms dilahirkan..mungkin sbb kurang pengetahuan jantina lelaki yg dipilih..

Shah Blogger Profile Test berkata...

setuju kata rina. lidah kan x bertulang...... mudah je la. cuba pikul sendiri adeh

SueZ berkata...

Kesian jugak tapi tu lah, dari kecik ditakdir kan lelaki kan, sekarang mesti dia tertekan terutamanya dengan masyarakat kampung..sebab orang kt kampung beza ngan bandar...

apa pun dia cantik lah..klik HB today

.::: mr IQ :::. berkata...

didik ana menganuti Islam, bukannya didik anak tahu Islam...

saya ingin tahu jika dia (si penukar jantina) ini seorg Khunsa (mempunyai 2 kemaluan) atau dia memang lelaki yg ada sifat wanita. Jika khunsa, perkara itu dimaafkan.

cengkerangcipot berkata...

dh mmg salah keluarge die.. terang2 mak bpak die dah tau yg ank de ni ade ciri2 perempuan wlpun jantina sebenar lelaki.. die bkn kunsa.. klau kunsa masyarakat boleh terima.. ni jantina lelaki nk pi tukaq pompuan sape suruh.. mmg agama xbagi weyh.. tlg lah jgn nk huru hara kn keadaan.. tlg lah ingat Tuhan tu..

Mila@Rimbun berkata...

rasanya mak dia cuma mention yg dia ada ciri2 wanita masa kecilkan.. bukan khunsa kan.. tapi kenapa dia sanggup nak lakukan pembedahan tukar jantina yer? betul2 mengubah hukum Allah. Harapnya dia bertaubat dengan taubat nasuha... cemuhan dari masyarakat mungkin adalah sebahagian dari cabaran dan dugaan yg dia terima atas dosa yg dilakukannya, tp yer lah.. siapalah kita nak menilai baik dan buruk seseorang, moga Allah tunjukkan jalan yg terbaik untuknya

mrs kayrul berkata...

kesian plak bila baca tapi hukum allah tak boleh nak buat apa...

Diari Anak Perantau berkata...

hu3..entah lah..hanya mampu doakan yang terbaik buat dia dan keluarga..

Golden Rose berkata...

hmm sebelah pihak rasa kesian tapi sebelah pihak lagi tak leh trima...berserah je pada ALLAH krn ALLAH MAHA MENGETAHUI

Unknown berkata...

jangan main-main dengan hukum Allah....Yang haram tetap haram....

Unknown berkata...

tambahan :
Daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa (maksudnya): “Rasulullah melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau berlagak seperti wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau berlagak seperti lelaki.” (Riwayat al-Bukhari).

nilai sendiri daripada hadis diatas

juanita berkata...

kesian yer.
Da jadi macam ni...
camne nak selamatkan dia ..

NzA berkata...

hukum ttp hukum..kita xboleh prtikaikan hukum agama.....cuma kalau dia dilahirkan sebagai khunsa mmg boleh diberi hak utk membuat pilihan brdasarkan mana yg lbh cenderung.......

reyna berkata...

kesian lah plak erm,,,macam2

alyana shafinas berkata...

sblm buat sesuatu, pk dulu baek buruk nyer...halal or haram..dah jd cmnie, dri sndri susah..
sama2 lah kter b'taubat.. =)

Tanpa Nama berkata...

bagi aku simple!!! jangan ubah ciptaan tuhan!. kalo dah kasi batang... watpe nak buat lubang!... kalo kunza tu laen hal la bro.... nie dah sah2 batang..prangai jer lembut~ p,. takyah lah nak ubah2 jadi lubang!!! ape de hal ubah kuasa tuhan~~ lu sepa?? malek? jai? shark? hehehe... 3 mangkok lu same jer mcm ko la asraf batang!

Jendela Hati berkata...

panas2...dah baca isi dan komen sume..jika betol lelaki bersifat wanita nape dia jd camnie? mcm2 kan ct...

Amy Amira berkata...

tukar jantina adelah salah di sisi islam kerana x bersyukur dgn nikmat ALLAH,tp x boleh lah nak kutuk2 dia dan family dia mcm tu,mungkin ade sb dia buat mcm tu,atau mungkin dia ni khunsar ke,mana tau kan,bila dah besar je buat operation kan,tp kalau dia dari bayi sbg lelaki tp dah besar jd perempuan tu mmg sy x nak ckp apa2 lah bergantung pada diri dia lah dia pilih jd mcm tu

Kechik Itu Comel berkata...

dah terlajak..
smblm buat tak pk ke..emmmmm

Ghab Van Hal berkata...

haram is haram.

Gary Asip berkata...

laaaa.... laki ke??.. ingatkan pompuan~.. =.=".. macam2 la skarang ni~..

Sya_Merpati Putih 88 berkata...

hurmmm nak comment lebih2 tak boleh..siapalah sy nk menilai org..cuma doakn supaya dia diberi Hidayah oleh Allah SWT & sgera kembali ke pangkal jalan...

Alif Haris berkata...

harap die dpt kembali ke jln Allah ..
dpermudahkan segala urusannya..
diterima taubatnya

ct N honey berkata...

@Rina AVAIL a.k.a Cik Betty ya betul tu..

ct N honey berkata...

@Mila@Rimbun semoga Allah memberi hidayah kepada nya

~~kimz~~ berkata...

cantik jugak dia nie.. aduii..kalau dia xbagitau dia lelaki..konfom da ingat pompuan nie..

Sasa Samsudin berkata...

tak tahu nak kesian ke marah ..mesti ade sebab kenapa die jadik macam tuh kan..

singgah blog sasa kalau rajen ^^
http://usagiarea.blogspot.com/

iPai berkata...

kesian plak dengar rintihan ibu bapa dia ni .. betul laa .. takleh salahkan diorang juga ..

Tanpa Nama berkata...

x apa itu dh kehendak diri sendiri, dia yg tanggung semuanya.

Ů BerokBandŮ  berkata...

ISHHH ISHHH NI LAH TANDA KIAMAT ! TAK BERSYUKUR DENGAN APA YANG ADA TERIMA LAH APA YANG ALLAH BAGI NI MESTI GAY NI SBB TAKUT DIKATAKAN GAY .DIA JADI GIRL ISHH

ijat berkata...

haram menukar jantina..xsalah kalau lebih ciri wanita dalam diri,kita teruskanlah hidup sebagai lelaki yg ada sifat wanita.xsalah lelaki itu lembut,tapi salah jika lelaki itu menyerupai wanita.haram tetap haram.jadikan iktibar

Tanpa Nama berkata...

kepada para komen tu... klu berkata biarlah cermin diri tu sendiri... dia nak tukar ke x tkr ke apa kaitan dengan korang??? kalau cemburu bersuara je... dan kepada lelaki nak tanya ckit... korang ker yang akan bernikah dengn dia dan satu bilik dengan.. komen banyak sangat apa pasal... and rember kepada ayat yang ada tanda kiamat tu... selain pertukaran jantina adalah tanda.. menghina dan memaki orang tu juga 1 tanda... so cermin diri sendiri... bikin panas hati lah... klu x suka jan pandang jan komen... org luar nampak pon menyakitkan hati tau... semoga dunia penghina ni bakal kiamat... sumpahan kepada anda adalah anak anda bakal jadi begini... bodoh...

Tanpa Nama berkata...

@Tanpa Nama

kita jgn xamek peduli. . harus sesama kita amek tau perkara yg berlaku.sy rs pendpt mereka xslh dan sy percaya mereka juga ada ilmu nk bncg isu ni.masy yg dh xpeduli hal owg len maka bertmbh buruk r jadinyer. . lg2 mengenai agama.itu lg perlu diambil kira.
semoga kita sentiasa dlm lindungan Allah. .

Tanpa Nama berkata...

@Tanpa Nama

kita jgn xamek peduli. . harus sesama kita amek tau perkara yg berlaku.sy rs pendpt mereka xslh dan sy percaya mereka juga ada ilmu nk bncg isu ni.masy yg dh xpeduli hal owg len maka bertmbh buruk r jadinyer. . lg2 mengenai agama.itu lg perlu diambil kira.
semoga kita sentiasa dlm lindungan Allah. .

FiqaSaleh berkata...

aku kesian ngan makbpk dia je. misti tension gilerr..

ahmad berkata...

Semoga Allah mengampunkan dosa Allayarham Mohd Ashraf a.k.a Aleesha