Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dari Argentina, Leonel Angel mengikat kontrak dengan kelab ternama Sepanyol, Real Madrid.
Ini menjadikan kanak-kanak itu sebagai pemain termuda dalam sejarah kelab berkenaan.
Agensi berita Xinhua, China melaporkan Miguel Coira, bapa kepada Angel memberitahu stesen radio tempatan bahawa anaknya sudah mengikat kontrak dengan kelab berprestij Sepanyol itu.
"Dia amat bagus. Apa yang terbaik ialah dia seronok ketika bermain, itu yang amat penting. Dia bermain dengan pemain lebih tua dan itu yang menjadi perbezaan," kata Coira.
Kanak-kanak itu dilahirkan pada 29 Mac dan akan menjalani latihan di Real Madrid pada 6 September depan.
Promosi besar-besaran untuk pakaian kanak-kanak, keperluan harian, barangan wanita dan barangan Elektrik. Jadikan Hari Raya anda paling meriah tahun ini.
2 ulasan:
woww..hebat betol..
wah muda lagi tuh
Catat Ulasan