“Saya tidak nafikan suami saya seorang yang baik cuma ada beberapa perkara yang menghalang saya meneruskan hidup bersamanya. Apabila melahirkan anak (Keisha) saya harapkan ada perubahan dalam perhubungan kami. Bukan itu saja, memikirkan kesihatan juga membuatkan saya menangguh hasrat hati"Kata Nabila Huda Suhaimi yang mesra dipanggil Abil ketika ditemui di Pejabat Kadi Bahagian Perkahwinan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), di sini semalam.
Dia yang terkejut kehadiran jurugambar The New Straits Times Press (M) Bhd, (NSTP) di pekarangan pejabat Jawi berkata, dia ke Jawi untuk memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Zaidy Zailani, 30, bagaimanapun tidak dapat berbuat demikian kerana tidak membawa sijil nikah. sumber
Komen Amy Search(bapa Nabila)
Vokalis kumpulan Search, Suhaimi Abdul Rahman atau Amy ternyata terkejut dengan keputusan anaknya, Nabila Huda, 27, yang ingin memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya Zaidi Zailani, 30, selepas tiga tahun berumah tangga.
Amy yang dihubungi mStar Online pagi Selasa berkata, dia hanya tahu mengenai tindakan anaknya yang merupakan seorang pelakon itu selepas membaca laporan di sebuah akhbar.
"Saya baru tahu tentang hal ini (mahu cerai). Itu pun selepas membaca akhbar hari ini (Selasa) yang melaporkan tentang tuntutan cerai anak saya."Memang saya terkejut dengan hal ini dan saya enggan memberi komen lebih-lebih kerana belum berjumpa dengan Nabila lagi,"Ditanya adakah dia tahu selama ini Nabila mempunyai masalah rumah tangga, kata Amy, dia sekadar mendengar khabar angin sahaja tentang pergolakan rumah tangga anaknya itu tetapi tidak menganggapnya serius.
Sementara itu Nabila yang dihubungi tidak dapat memberi sebarang komen dengan alasan sibuk di lokasi penggambaran.
Semoga sempena bulan yang berkat dan Syawal yang bakal tiba ini dapat membuka hati Nabila dan Zaidy untuk mencari dimana silapnya dan membaiki segala kekurangan diri. Kesian dengan baby Keisha.
17 ulasan:
lg sorang?... x bleh ke nak dipertahankan?... aduyai...
tbacer jugak pasal nih td...ish ish ish...
sian kat baby kan...slm perkenalan...
kesiannya anak tu...
kesian baby uh...
Aduhaiiiii....nape la derang ni ....
lo mcm tu pulakk....eemm...mcm2 kan retis kita ni...
harap2 semoga berkekalan laa baru proses kan? harap tetap bersama insyaAllah
Suka sangat dia berlakon....memang real.Tak ada jodoh nak buat camna
@RinnAzrinah
ye lah kan baru tiga tahun,masih dlm menyesuaikan diri lagi,mmg adalah kekurangan masing2
@^^nu[dd]yra^^
apa nak buat,kalau dah artis,cepat aje ceritanya keluar
@intan morsalin
bila bab bercerai ni mmg yg kesian anak2 lah,tak tahu apa2 lagi,terima kasih sudi singgah ke blog ini.salam perkenalan
@Maya Mayana
bby yg masih tak tahu apa2 lagi
@juanita
senang kawin senang cerai
@LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™
suka2 aje mereka ni,tak suka nak bercerai
@cik pha
mcm tu lah hendaknya,semoga dia berubah fikiran
@Suzie
kita tgk aje perkembangannya nanti
Catat Ulasan