“Beagley menggunakan ‘kaedah luar biasa’ kerana kaedah hukuman tradisional tidak berkesan kepada kanak-kanak itu,” kata peguam William Ingaldson.
Ingaldson berkata, Beagley tampil dalam rancangan Dr Phil bagi mendapatkan bantuan untuk kanak-kanak itu dan dirinya, Tetapi pihak pendakwa berkata, apa yang Beagley lakukan melampaui batas disiplin ibu bapa dan dianggap penderaan kanak-kanak.
Wanita itu menghantar rakaman video selama sembilan minit yang dibuat pada 21 Oktober 2010 untuk episod ‘Pengakuan Ibu’. Rakaman itu menunjukkan ibu berusia 36 tahun itu bercakap dengan kasar kepada kanak-kanak lelaki di rumah keluarga itu.
“Kenapa kamu menipu saya? Apa yang kamu dapat dengan menipu saya,” katanya kepada kanak-kanak itu yang disiarkan dalam rakaman video itu. Saya akan dapatkan sos panas,” katanya dan kanak-kanak itu mula menangis.Video itu menunjukkan Beagley mengarahkan kanak-kanak itu memasuki bilik air sebelum memancutkan sos panas dalam mulutnya. “Jangan meludah. Adakah penipuan sepatutnya keluar dari mulut kamu,” jerit Beagley sambil mencengkam lengan kanak-kanak itu.
Beliau kemudian meletakkan kanak-kanak itu di bawah semburan air sejuk, tetapi video itu tidak menunjukkan aksi, hanya jeritan kanak-kanak itu kedengaran.
Penonton menghubungi polis Anchorage selepas episod Dr Phil disiarkan November lalu.
Beagley dan suaminya yang juga seorang polis Anchorage, cuba memberi dua anak yatim peluang kehidupan lebih baik, kata Ingaldson memberitahu juri.www.bharian
7 ulasan:
hukum, jangan tak hukum.
nak share yer..ptt dijadikan pengajaran pada yg ade anak mcm AKU. ngeeeee
bkn sos panas.. sos pedas..
kalu dulu2, mak pak kita bubuh cili kat mulut..
sos pnas ? sos pdas kodd .. ermm . macam2 style mnsia neh .huhuhuu
'aku cili mulut ko, aku cili mulut ko' camtu la agaknye hehe
rase mcm kesian lak kat budak tu...biase le bebudak kecik tgh nakal...sabo le sikit mak nye pun...sape la pulak tukang rakam vid tu ek ? ;p
sakit ooo kena macam tu...
Catat Ulasan