Ramai yang mengutuk dan ramai juga yang suka dengan filem Nasi Lemak 2.0. Macam-macam pendapat diberikan. Dari remaja, wartawan, pengarah filem, mahupun pelakon itu sendiri.
Biarpun mencipta nama menerusi publisiti negatif atau kontroversi melalui lagu Negarakuku pada 2007, Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee mengakui terkhilaf dengan perbuatannya itu. Kini graduan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Universiti Ming Chuan di Taoyuan, Taiwan, memohan agar diberi peluang dan tidak berputus asa untuk membuktikan kecintaannya kepada tanah air melalui jendela perspektifnya.
“Saya akui itu silap saya dan saya tidak mahu bercakap apa-apa tentang perkara lalu. Saya harap semua orang melihat dan menilai terlebih dahulu karya saya sebelum menghentam saya,” mula bicara Namewee kepada Zass.
Bagaimanapun, Namewee sempat meluahkan rasa terharu dan bersyukur apabila karya pertamanya, filem Nasi Lemak 2.0 mendapat sambutan baik dan berjaya mengutip RM4.5 juta.
“Saya rasa bila ada pihak meminta filem saya dihentikan tayangannya, ia sebenarnya membantu memberi publisiti kepada filem tersebut.
“Apa yang pasti filem ini bukanlah sindiran kepada masyarakat Malaysia, ia lebih kepada perpaduan dan menghentikan rasa rasis sesama bangsa,” katanya.sumber
Ct pun tak berani nak komen sebab kalau ikutkan pendirian Ct sebelum ini memang tak ada hati pun nak menontonnya.
9 ulasan:
that guy is funny, i listened to negarakuku and i laughed my ass off
akak makan nasi lemak je, x tengok je rugi.. acah je, mana ada sompat nak nengok2 filem ni dik
Dngar kate flem ni ade berbau politik skit..
Dngar kate flem ni ade berbau politik skit..
@~SpEakEr Sek0LaH~
entahlah, ada udang disebalik batu kot?
@aimaniman
samalah kita
@Brocade Blue
yeah you laugh your ass because that song didnt mocking your race and religion
assalamualaikum dimainkan jadi 'wa salah lu mai kong' ( aku salah kau jgn cakap) mmg bodoh la kalau org kite gi tgk kt wayang...
xyah tgk..derma kat pengemis lagik elok duit tiket tu sedekah kat mana2 badan amal...
Catat Ulasan