Anak kecil yang telah diabaikan oleh 18 orang ramai walaupun dia terbaring dengan kecederaan kritikal di jalan raya selepas dilanggar oleh dua kenderaan telah meninggal dunia hari ini (Jumaat) maklumat dari hospital yang merawat beliau berkata.
Dalam rakaman CCTV pada hari rabu lalu, Budak perempuan yang berusia dua tahun digelar Yue Yue, telah terlantar tidak sedarkan diri akibat pendarahan telah mencetuskan satu gelombang di dalam laman sosial di China. Ramai yang mengutuk dan memaki di atas kejadian tersebut.
"Yue Yue meninggal dunia akibat kegagalan organ sistemik," kata jurucakap dari hospital yang merawat beliau memberitahu AFP.
Doktor sebelum ini berkata Yue Yue, yang telah berada dalam keadaan koma sejak peristiwa 13 Oktober, tidak mungkin untuk terus hidup.
Pihak Polis telah menahan pemandu kedua-dua kenderaan yang terlibat dalam kejadian itu.
8 ulasan:
actly kat sana..lain die pnye sistem..tu psl yg jd smpai sumer org tgok aje bdak tu dlm keadaan seyes...sbb kadar insurans yg amat mahal(kos rawatan) utk dibyr...tp tiada sifat kemanusiaan la kan...sungguh xde sifat ugama...ugama apakah itu?...buddha?..hindu?...kristian?...kafir(yahudi)??....(maaf ckp)....Islam xde mcm tu....Islam menitikberatkan kaum sejagat...
sedih tgk video uh..mmg ta ptot dowg wat cm uh..besar sgt harga byrn d bndingkan dgn nyawa..
mungkin tuhan lebih mnyanginya dan lebih baik dia pergi daripada hidup tersekasa.... semoga rohnya aman...
sedih ar tgk video tu..manusia ke binatang diorang nie..budak tak bersalah diorang wat cmtu..
tak sanggup nak tgk yue yue terlantar...sepatutnya 18 org awam tu pun patut dihukum
itu yg terbaik utk sikecil ini dan syurga menanti di sana dr hidup menderita sepanjang hayat.........
Tembak mati driver tuuu
tersentak serta tersentuh ati dgn kes nie...
Catat Ulasan