Difahamkan juga watak itu ditawarkan kepada Zizan selepas wakil penerbit dari Jepun yang datang ke Kuala Lumpur untuk lawatan singkat berpeluang menonton filen KL Gangster dan berkenan dengan watak lakonan Zizan. Menerusi wakil dari Malaysia pula Zizan dilamar berlakon filem berkenaan.
Hero filem itu diterajui aktor, penyanyi dan model kacak dari China, Hu Bing. Filem itu memilih lokasi di sekitar Kuala Lumpur, dan Selangor termasuk di Hulu Langat dan Bukit Broga . Dijangka ditayangkan pada tahun depan.
"Saya menjadi kawan baik kepada Yukari(Kie Kitano). Saya juga ada babak di samping Hu Bing. Mengenai Kie Kitano, Zizan menyifatkan pelakon comel itu cukup sporting selain merendah diri, sekalipun dia bertaraf bintang terkenal dinegara kelahirannya", kata pengacara Melodi TV3 itu.
Sementara itu, komen Zizan mengenai kekecohan isu babak dalam filem Hantu Bonceng arahan Ahmad Idham yang dikatakan mempersendakan kalimah syahadah, "Kalau benda sudah nak jadi dan terkena, ia tetap akan jadi biarpun kita tidak berniat begitu. Termasuklah dalam soal agama. Saya hanya mampu reda", katanya yang bakal ke set pengambaran filem Mail Lambung The Movie arahan Ahmad Idham bermula 25 Oktober ini.
Dalam perkembangan lain, Zizan turut menanti giliran tayangan filem Jangan Pandang Pandang dan Cinta Kura-kura.
Peminat Hugh Jackman? Suka robot? PenggunaTune Talk? Klik sini
9 ulasan:
rezeki dye murah..
ske nye tgk die :)
mcm comel je. hehe..
feewit..amik gmbo dgn awek jepun tu.. huhuh
mesti tonton neh:-)
xsbr nak tgk hasil nya..menjadi atau x..hehe
mesti gempak nie ct... byk projek dia tahun nie
bertuah zizan kan :)
dia rezeki murah sebab dia x pernah lupe keluarga dia..
Catat Ulasan