Majlis pernikahan Dira,27, atau nama penuhnya Khaidhirah Abu Zahar dengan pasangannya Mohd Helmi Mohd Yusof,33, berlangsung di kampung halaman Dira di Merlimau, Melaka pada 11 November 2011 selepas solat Jumaat.
Dira dan Helmi sah menjadi suami isteri |
Dira menerima sembilan dulang hantaran berupa mas kahwin berjumlah RM 7777 serta cincin, wang hantaran RM 17171.71, iPad 2, helmet X-Lite, wangian Lacoste, telekung dan baju persalinan, sireh junjung, kek serta coklat Patchi.
Manakala Helmi menerima sebelas dulang hantaran dari pihak perempuan berupa jam tangan Tag Heuer, MacBook Air, kasut Hugo Boss, baju Armani, wangian, sireh junjung, al-Quran serta sejadah, kek, coklat, helmet X-Lite dan kurma.
Majlis pernikahan Dira dan Helmi dilangsungkan pada 11.11.11 |
Dira mula mengenali Helmi sejak 2010. Kali pertama mereka bekerjasama ketika Dira terbabit dalam telefilem SMS(Salah Mesej Suami) terbitan Vision Work. Hubungan mereka mula rapat ketika masing-masing terbabit dalam produksi filem Untuk Tiga Hari aralah Afdlin Shauki.
Dira menerima mas kahwin berjumlah RM 7777 serta cincin |
Selamat Pengantin Baru Dira dan Helmi |
4 ulasan:
11.11.11...
naik moto? wow! patut la bg helmet. huhuhu
@Miss Lady Iena Nazir
dah minat motor,helmet pun jadi hantaran
@Jendela Hati
ramai yg kawin pada tarikh tu
Catat Ulasan