Lebih menarik seramai 60 selebriti terkenal negara telah dipilih dalam membantu menyebarkan lagi laman sosial tersebut. Setakat ini antara artis yang sudah mengesahkan penglibatan mereka dalam MFace seperti Zain Saidi (artis pertama yang sign in), Zizan (Raja Lawak), Afdlin Shauki, Emelda Rosmila, Adlin Aman Ramlie, Juliana Evans, Fizz Fairuz, Project Pistol, Intan Ladyana, Diana Rafar, Linda Rafar, Abby Abadi, Azzmarima Zawari (Azah Elite) dan ramai lagi.
Sekaligus para artis ini memiliki saham syarikat MFace dalam jumlah RM100,000 seorang di mana setiap ketika mereka menjalankan komunikasi di laman sosial, mereka berpeluang meraih pendapatan.
"Kami berbangga dengan pelancaran laman sosial terbaru yang dinaungi oleh bakat-bakat dalam dunia IT tempatan. Kalau sebelum ni artis memuat turun status atau memberi sebarang komen kepada peminat di laman sosial, ia tidak memberi sebarang pulangan, kali ini ia sebaliknya. Setiap mereka di berikan hak memiliki RM100 000 seorang. Dengan hanya berkomunikasi menerusi MFace, mereka berpeluang meraih pendapatan", ujar Pengerusi MFace, Datuk AC Mizal. Beliau ditemui sewaktu di majlis pelancaran MFace yang telah berlangsung penuh gilang gemilang bertempat Hotel Double Tree, Kuala Lumpur, malam tadi.
Bukan hanya artis sahaja yang mendapat faedah dari MFace ini, bagi mereka yang Sign Up di MFace, anda juga akan mendapat ganjarannya. Baca di sini untuk dapatkan infonya.
7 ulasan:
dah daftar smlm saje cube2..tapi acamane nak add fren ek..hahaha mface ni mcm blog jugak :)
saya ni buta juga IT...lambat sikit nak panas...hahah
@ainol akasyah
benda baru,mmg susah sikit,kena belajar lah perlahan2
ada link entry ct N honey dlm entry sy...btw sy dh sign up...tq :)
@Niza Romli saya pun nak try,jgk la...xmau ketinggalan.mesti gempak kan,pasni...yabedabeduuu....
Ada link untuk buka mface lama x buka.
Ada link untuk buka mface lama x buka.
Catat Ulasan