Laluan memasuki sebuah stesen minyak di Jalan Kuantan-Sungai Lembing di Seksyen 6 di sini runtuh sepanjang 70 meter malam tadi.
|
Tanah runtuh di Jalan Kuantan-Sungai Lembing,Kuantan
Tiada kejadian tidak diingini dilaporkan berlaku hasil tindakan pantas anggota keselamatan menutup laluan ke stesen minyak itu dalam kejadian 10 malam tadi. Lalu lintas tidak terjejas kerana jalan utama tidak ditutup.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang kawasan Semambu, Datuk Phang Tsu Ming yang meninjau kejadian itu hari ini, berkata, kejadian itu berpunca daripada aliran air di bawah jalan itu yang menyebabkan hakisan dan runtuhan tanah di situ.
|
"Faktor hujan yang berterusan sejak akhir-akhir ini menyebabkan struktur tanah di bawah jalan itu tidak kukuh dan mendap secara tiba-tiba,” katanya.
|
Tanah runtuh sepanjang 70m |
Tsu Ming berkata, satu kajian akan dilakukan pihak perunding yang akan dilantik oleh syarikat minyak terbabit kerana jalan tersebut di bawah kendalian mereka.
3 ulasan:
dasat..mcm kejadian gempa bumi
Memang sekarang cuaca lembab je.tanah tu pun lembab je lelama mendap terus
terkejut juga bila tengok gambar ni..ingatkan jalan ke tanah putih!
Catat Ulasan