Ahad, 1 Januari 2012

Gambar Sherry Merlis & Ash Bernikah

Awal November 2011 yang lalu, Ash & Sherry Merlis dikatakan sedang sibuk dengan dengan persiapan perkahwinan . Bagaimanapun, baik Ash mahupun Sherry masing-masing tidak mahu mendedahkan tarikh pernikahan mereka. Mereka juga memberi satu kenyataan kepada media mengatakan yang beliau tidak akan bernikah hujung tahun 2011 seperti yang di’gembar gemburkan oleh peminat.

Tapi gambar dari rotikaya telah menunjukkan Ash atau nama sebenarnya Tengku Shafiz-Rullah As Syafiee Tengku Mohd. Shahidd(29) sedang mencium Sherry Merlis(40) dalam satu majlis yang selalu kita lihat akan berlaku dimajlis nikah, iaitu acara membatalkan air sembahyang.


Kalau betul ini adalah majlis pernikahan Sherry Merlis dan Ash tahniahlah diucapkan. Kan lagi bagus saat-saat manis ini dikongsi bersama peminat.

Pasangan ini mula berkenalan apabila sama-sama terlibat dalam produksi drama Cita dan Cinta, arahan Azma Aizal Yusoof yang diterbitkan oleh Radius One Sdn Bhd.

Sebelum ini Sherry Merlis pernah mendirikan rumahtangga bersama aktor Esma Daniel dan dikurniakan dengan dua orang anak, Habib Daniel, 17, dan Harith Daniel, 16. Manakala Ash pula pernah berkahwin dengan  Dira Abu Zahar dan dikurniakan seorang anak perempuan.

Update terbaru dari  beautifulnara

Majlis pernikahan Ash dan Shery diadakan pada 1 Januari 2012 sekitar jam 10 pagi. di Madrasah Islahiyah Addiniyah, Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur. Untuk makluman, tiada majlis persandingan dilakukan oleh kedua-dua belah pihak. Jumlah wang hantaran dirahsiakan dengan Ash menghantar tiga dulang hantaran iaitu sirih junjung, cincin dan manisan. Senang cerita majlis pernikahan Ash dan Shery dijalankan dengan suasana yang cukup sederhana.





6 ulasan:

Unknown berkata...

Sherrie lebih tua dr Ash kan? Hrp berkekalan, dah lama sgt menjanda tu....

Niza Romli berkata...

apa pun..kita doakan je agar perkahwinan diorang kekal hingga akhir hayat :)

rayyan haries berkata...

wahhhhhh...tak sangka! :D

FaKArePa!n berkata...

duda dan janda..ok la tu..hihi

teratai berkata...

semoga berkekalan jodoh mereka:)

MalizaMah berkata...

slmt tahun baru juga.....
warna kelabu.....