Khamis, 19 Januari 2012

Kenapa Panggilan Hangit Hot FM DiHentikan?

Siapa yang pernah terkena Panggilan Hangit dari Hot FM? Apakah perasaan anda? suka, sedih, sakit hati dan paling teruk sekali rasa dimalukan? Bagi yang mereka yang belum dapat Panggila Hangit, jangan risau dengarnya Panggilan Hangit akan di hentikan.

Setelah dikira berbagai faktor dan mendapat pandangan dari peminat, Hot FM telah memutuskan Panggilan Hangit yang telah bersiaran selama 5 tahun mulai minggu hadapan akan di hentikan. Faizal FBI telah mengumumkan ia akan dihentikan terus.

Berita ini mungkin memeranjatkan oleh ramai pihak terutamanya pendengar setia Hot FM yang sanggup tunggu seawal jam 6 pagi untuk mendengarkan Panggilan Hangit. Juga ada yang bersetuju Panggilan Hangit ini di hentikan kerana seperti 'mendajalkan' dan 'memperbodohkan' orang aje. Mungkin juga Hot FM sedang merancang satu segmen yang lebih hangit. Apa-apa pun Hot FM Lebih Hangat Dari Biasa.

Terkini,Comel dan Terbaik. Sesuai untuk orang yang Tersayang

Update terbaru
Walaupun tidak menyatakan apa sebab sebenar penutupan segmen Panggilan Hangit ini, sumber menerima satu dakwaan yang berkata ia’nya berpunca dari insiden seorang artis senior yang melenting.

Al-kisahnya, satu pagi seperti biasa AM Krew menjadikan artis senior yang kita kenal seorang yang cepat melenting & bermulut laju ini sebagai sasaran, tetapi tanpa mereka duga gurauan mereka menjadi isu serius.

Tidak dapat kami pastikan apa butiran Panggilan Hangit yang artis senior ini terima tetapi khabarnya selebriti wanita ini telah pun membawa perkara remeh ini ke pihak atasan & hasilnya, Panggilan Hangit tamat riwayat.

Nama artis tersebut dirahsiakan untuk mengelakkan dari di saman.he,he,he...



15 ulasan:

Hudalatip berkata...

Tapi saya suka je panggilan hangit ni, kan gurau je, tapi fahamlah ada orang yang tak suka kan..

Unknown berkata...

x best da la...peminat tegar panggilan hanggit nie..=(

ct N honey berkata...

@Safrizal Salleh
mesti marahkan sbb dihentikan.update terbaru dah tahu kenapa dihentikan.

ct N honey berkata...

@Huda
tak semua orang sportingkan

kaizen berkata...

isu kecik jdi besar...

*tp elok la benti dr hotfm kne saman pulak... kang xde hotfm korg gakk yg sunyi sepi pg2 kn...

Azza Afdzal berkata...

tak best betul la panggilan hangit xda dah...
setiap pg mesti dengar punye...

Fitrah Ayu Resources berkata...

ha tu la...tak semua org suka...

maszull berkata...

assalamualaikum CT...ada juga org yg x suka ngan Panggilan Hangit ni kan ntah sape la artis tu kan...:)

ieYZa AzmIeY berkata...

orang mesia no wonder... nak nak lagi artis mesia. memang sangat tidak boleh menerima benda benda macam ni. artis omputih selamba badak je kena kutuk pasal pakaian la...apa la.
bukan sokong omputih tapi memang itu hakikat~

Cik tikah berkata...

btol, x elok la panggilan hangit tuh. memalukan org

izara berkata...

wlu pun jrng ada ksmptn dgr panggilan hangit tapi sedih jgk la...

kindergartenlibrary berkata...

ini yang tak suka ni !!
dahlah suka sangat dengar panggilan hangit ..
=(

Jendela Hati berkata...

tak semua orang suka dan tak semua orang sporting..

Unknown berkata...

paling ditunggu-yunggu kot... =)

Tanpa Nama berkata...

benda yg ramai benci tu la paling best sebenarnya...