Rabu, 4 Januari 2012

Komen Ibu Nur Amalina Che Bakri Mengenai Gambar Kontroversi Anaknya

Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2005, Nur Amalina Che Bakri terus cemerlang dalam pengajian perubatan di Universiti Edinburgh apabila meraih banyak pengiktirafan universitinya selain beberapa kajiannya diterbitkan dalam jurnal institusi pengajian tinggi di United Kingdom (UK).
Gambar Nur Amalina dari  FBnya
Malah pelajar yang mendapat 17A SPM itu, kini menjalani latihan amali di sebuah pusat perubatan terkemuka di UK, dan dijangka menamatkan pengajian pada Mei ini.

Ibunya, Sabariah Hassan berkata, setiap hasil kerja anaknya dipuji pensyarah dan rakan sekelasnya malah Nur Amalina kini sedang bertungkus-lumus menyiapkan sebuah buku perubatan.

“Oleh itu, isu kegagalan dalam pengajian tidak timbul seperti dakwaan pihak tertentu,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau memanggil sidang media bagi memberi penjelasan berhubung laporan beberapa blog mendakwa Nur Amalina kini menjalani gaya hidup bebas dan liar selain gagal dalam pengajian dan sudah kembali ke tanah air secara senyap.

Sabariah berkata, beliau kesal dengan laporan blog itu yang melemparkan pelbagai tohmahan termasuk menyiarkan gambar peribadi anak tunggalnya berusia 23 tahun itu yang kini sedang menamatkan pengajian tahun akhir. 

Beliau yang juga Penolong Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Johor Jaya 2, berkata gambar yang disiarkan blog terbabit dipercayai dicuri dari laman sosial Facebook Nur Amalina.

“Pakaian yang dipakai Amalina dibeli saya sendiri, manakala gambar terbabit dirakam ketika kami bersama melancong ke Paris untuk bercuti pada Ogos 2009.

“Sebenarnya, gambar yang disiarkan itu gambar lama yang bersifat peribadi. Saya mengenali setiap rakannya yang turut berada dalam gambar itu,” katanya.

Sabariah berkata, Amalina ada menghubunginya melalui panggilan video ‘Skype’ kelmarin berhubung penyebaran gambarnya yang dituduh seksi itu dalam laman blog.

“Dia ketawa ketika menceritakan perkara itu kerana sudah lali dengan tohmahan sebegini. Ini bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku. Mungkin ada orang cemburu dengan kejayaan anak saya selama ini,” katanya.

32 ulasan:

Alan Rizque berkata...

Tak elok kita sebarkan cerita yang boleh aibkan orang..

Dunia sekarang ni tak perlu tegur orang lain nak pakai seksi ke apa..kubur masing-masing la katakan..huhu

maszull berkata...

assalamualaikum...moga2 semuanya itu betul2 fitnah jer kan...

mz berkata...

tak patut betula la dunia skrg ni camni

nak sgt kerja target.. ni la padah nye!

Rosniena berkata...

macam itulah..bila belajar luar negeri jadi kejutan budaya..tak pelik pun.dan bilamana ibunya mengaku belikan pakaian termasuk 'seksi'..kita tak bole argue lagi..adatlah zaman sekolah memang kolot bergaya,bila dewasa sudah 'matang'.majorit student di sana mmg begitu dan hakikat benar..kecuali yg kuat iman

Mila@Rimbun berkata...

dulunya comel jer pakai tudung kan..

Tanpa Nama berkata...

Didikan ibu bapa masing-masing sebenarnya..ramai yang pergi sana xjadik macam tu pon. kalau iman yang diterapkan kuat,insyAllah xkan jadi macam tu..dia boleh pilih nak berjaya di dunia saje atau berjaya di dunia dan di akhirat. Dia dah pilih berjaya di dunia saje. Mak dia pon dah restu..kita just wait n c sampai thp mane kejayaannya itu..

Colourful Life berkata...

Oh ! Cikgu Sabaraiah pasti tak marah kalau anak muridnya seksi seksa..

Admin berkata...

manusia yang x kuat iman mmg mudah untuk di goda semoga beliau berubah jadi lebih baik pasni

Tanpa Nama berkata...

kalo mak sndiri yang tolong belikan anak pakaian yg mcm tu.. x mustahil di belakang mak, anak boleh bogel je...mak kerja mulia..CIKGU..org yg sgt2 berpendidikan..tp mcm tu ka sorg cikgu didik anak dia sndiri...
DUNIA2.............

Tanpa Nama berkata...

hidup kena saling tegur menegur kalau tak nak ditegur lebih baik mati,kita kena pikir positif,mungkin apa yang anak dia buat itulah kehendak ibunya.kalau dah ibu kata okay nak kata apa...hidup nie bukan itu saja...banyak lagi keja lain selagi tak jemput ilahi..apa pun sendiri ,makan pengat sendiri mau ingat...

Tanpa Nama berkata...

DUNIA AKHIR ZAMAN...

Rosniena berkata...

@Tanpa Namaada kes..mak cikgu tapi anak jadi tomboy pinjam duit along sana sini,akhirnya mak dia merana dan hampir muflis kerana sikap anak.tapi apa yg saya nampak dia terlalu manjakan anak dan beri kemewahan pd anak sejak kecil.maka anak dia spoil..lesson learnt anak tetap kita kena didik dan kawal

Tanpa Nama berkata...

Mak dah restu anak jadi mcm tu..x boleh nk kata apa laa...smua dosa2 anak,mak dia la yg tanggung..

Tanpa Nama berkata...

Ada apa pada Amalina?hanya insan kerdil Dan lemah yang mudah hanyut dibawa arus.

Suzie berkata...

Pandai tapi belum pandai menilai ...moga cepat sedar dan belajar dari kesilapan...semoga anak2 saya juga terpelihara iman nya ....

Tanpa Nama berkata...

Errkk...speachless...

aminn rahman berkata...

kami langsung tak dengki...rezeki masing2...tapi kalau dulu amalina mengatakan yang die mengikut perintah Allah..die bersyukur sangat2 kepada Allah..itu lah,inilah...tapi?bile dah berjaya...bile dah bangge...kenape perlu kau bebas jalani hidup macam mat salleh...??
saya tak sempurna..cume komen...

Rosniena berkata...

kadang2 kita lupa nikmat Allah beri....bila dah tersungkur baru tersedar (ingat utk diri sendiri

Rosniena berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ berkata...

Mungkin ada orang cemburu dengan kejayaan anak saya selama ini,” katanya. <--- ayat tak boleh blah laa.. baguih la mak dia ni...

Blog Sensasi berkata...

gambar2 tu semuanya betullah kan tapi dirakam oleh ibunya sendiri..dia x berubah tapi ada juga gambar2 gitu diambil sebab melancong ke paris....caiyook

Nur berkata...

Oh.. tudung sudah terbang..

Rosniena berkata...

bole tengok di sini..ada respon dari Amalina selepas blogger berkenaan tegur secara baik
http://informations-the.blogspot.com/2012/01/edisi-sentap-serangan-balas-nur-amalina.html

gadis melayu berkata...

kesiannnnnnnnnn

ADIL MENILAI berkata...

jangan cepat menilai seseorang tu,melalui pakaian yg dipakai...ramai apa gadis2 bertudung teruk2 perangai diaorg...belambak gadis2 bertudung buat hubungan sex luar nikah kannnnn....jadi jangan salah kan pakaian yg di pakai AMALINA....kenapa melayu suka jatuh kan melayu ye....bagi la semangat sikit kat PELAJAR kita tu....

BERSATU HATI berkata...

AMALINA bakal menamatkan ijazah dia tahun depan....JADI,sama2 lah kita tggu berita dan kejayaan yg akan di bawa....jangan asyik nak "BIDAS" je.....mcm mana MELAYU nak maju ma....pandai2 la AMALINA dan keluarga menilai....apa pun org kata,aku tetap rasa NUR AMALINA tak terlampau....GOSIP CEMBURU dan BUSUK HATI jer tu....SABARRRRRRR YEEEEEE

Tanpa Nama berkata...

@BERSATU HATIsemua ibu bapa nk anak berjaya.. Tp jgn cuma berjaya dlm plajaran.... Agama tolak tepi... Lebih cantik kalo berakhlak muslimah, pandai.... Tepuk dada tnya iman....

izah berkata...

betul2x.....sy sokong..bkn pe hanya tgk pic mcm2 komen yg jelek2...ksian dorang..kdg2 muke baik pakaian sopan tp lebih truk sbnrnya...ape2 pn komen diatas byk mnghukum amalina..siapa kita nk judge dia...tgk la diri sndiri dulu...kdg2 org yg konon2 baik ni lg suke mngumpat n mnfitnah org...dia rasa dia nyer iman da byk dan pandai2 judge org...jgn hukum dia sbb hanya `terbang` tudung dia.anda2 lebih baik tgk sedare mare sekeliling anda yg mne brgelar wanita @ ank anda sndiri...

Tanpa Nama berkata...

didikan awal ibu secara islamiklah yang mendorongnya seseorang anaknya menjadi insan baik dan soleh, bukan sahaja di mata masyarakat, bahkan yang paling utama insan soleh di sisi Allah SWT.

Wahai sekelian ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang berjaya, tahniah kerana anda telah bisa melahirkan seorang anak yang cukup hebat dan cemerlang dari segi akademik, tapi fikirkan .... adakah zuriat penawar hati kita itu hebat dan cemerlang di sisi Allah??? > Tepuk Dada Tanyalah Iman seandainya t/jwb mendidik anak dengan nilai-nilai Islam dan kepatuhan pada ajaran Allah telah berjaya kita lunaskan.

Selamat menjadi ibunda & ayahanda mithali, pasti hidup kita diberkati.

Tanpa Nama berkata...

SALAM. kepada penulis komen adil menilai, saya rasa langsung xadil menilai...saya xpasti yang tulis komen ni (adil menilai ni Islam atau tidak) tapi saya harapkan banyakkan membaca buku agama sebelum menulis komen mengikut akal tanpa ilmu..mudah saje saya berikan perumpamaan " tudung wajib bagi perempuan muslim macam solat wajib kita tunaikan, tapi perangai kalau ada buat dosa itu dosa tambahan bagi dia, bukan bermakna orang pakai tudung belum tentu baik, tapi orang tidak pakai tudung sudah terang lagi bersuluh buat dosa.sekian fikir-fikirkan..moga-moga kita bercakap dan berfikir

Tanpa Nama berkata...

Rasulullah s.a.w ada meriwayatkan hadis yng mngatakan jika kita ternmpak sesuatu kemungkaran,tgorlah dengn tangn,kalu tdk mampu tgur lah dgn mulut untuk mngur ksalahn nye,,jikalau tdk mmpu jgk tgor lah dgn hati...itu adalah slemah2 iman..Hadis sahih..kita sbagai sesama islam wajib untuk mnegur antare stu sme laen jikalau trnmpk sesuatu kburukan atw ksalahan..tdk tmbul dengki atw iri hati ng kjayaan org laen tapi sme2 mengigtkan n myelamatkan dripada azab api nraka(((HAMBA ALLAH))

anak melayu berkata...

moga anak-anak kita bijak pandai...tetapi tidak lupa batas agama seperti amalina,kalau dah berkepit dgn mat salih tu dah kita tahulah sejauh mana bebasnya dia di sana...ibu beliau juga sepatutnya tidak bangga diri mengatakan orang dengki dgn anaknya...tetapi orang sayang dgn anaknya...riak walhal org hanya mahu menegur...sama-sama kita doakan amalina dan ibunya menyedari kesilapan mereka...dan agar anak2 kita yg belajar disana tidak lupa batas agama dan bangsa...