Impak perpisahan dengan jangka perkahwinan pendek itu benar-benar menimpa Farah Ashikin. Dia terpalit pelbagai spekulasi yang memberi kesan kepada diri dan kerjayanya. Bertemu Farah di butik Amir Luqman yang merupakan rakan kongsinya, Farah meminta ruang untuk menerangkan spekulasi yang bergerak dalam atmosfera percakapan khalayak. Malah, ibu kepada dua orang anak ini juga sempat memberitahu tentang onar yang menimpa dirinya.
Gambar terbaru Farah (janda Hattan) |
"Pertama sekali saya mahu membetulkan spekulasi yang menyatakan Hattan ceraikan saya kerana gambar saya yang disiarkan di Internet. Itu tidak ada kena mengena. Perpisahan ini lebih kepada tiada jodoh dan persefahaman," ujar pengarah urusan Into Equity ini dan menegaskan bahawa perkahwinannya dan Hattan mendapat restu keluarga.
"Saya rasa keadaan sekarang sangat tough. Saya perlu bersuara. Ya, saya akui gambar yang disebarkan adalah gambar saya. Salah tetap salah tetapi gambar itu adalah gambar lima tahun dahulu. Saya perlu bersuara sebab beberapa blog memainkan isu saya dan saya anggap tidak relevan," ujar Farah yang menganggap tidak adil gambarnya disebarkan sedangkan dia bukanlah seorang selebriti.
"Saya juga ingin membetulkan bahawa saya tidak pernah diceraikan talak tiga seperti yang pernah diuar-uarkan. Saya meletakkan nyawa saya kepada perkahwinan itu dan saya jujur terhadap perkahwinan," sambungnya yang bersikap optimistik dalam menjalani rencah kehidupan kini.
"Saya ada maruah dan saya ada keluarga. Saya sangat melindungi anak-anak saya. Bila tersebar gambar berkenaan memang saya malu dan reputasi saya jatuh," luahnya yang kembali menjalani kehidupan seperti biasa.
Lebih penting lagi dalam pertemuan bersama Farah, penekanan diberikan kepada penganiayaan siber yang menimpa dirinya.
Bukan baru berlaku pada tahun ini tetapi penggodam tersebut telah memasuki ruang e-mel Farah dan menambah kandungan dalam e-mel serta kemudian melayangkan kepada setiap data yang berada dalam e-mel tersebut. Malah kandungan tambahan tersebut dimasukkan ke dalam blog milik Farah.
Pertama kali melakukan laporan polis pada 2010, laporan akhbar tentang penganiayaan tersebut turut muncul dalam akhbar Malay Mail pada September 2010.
Selepas mengahwini penyanyi Hattan, kejadian tersebut berulang malah bekas suaminya itu pernah menemaninya membuat laporan polis sekali lagi sebelum mereka berlepas ke London pada Disember lalu.
Melihat situasi ini sebagai satu cubaan menjatuhkan maruah dan reputasi dirinya sebagai usahanita, Farah menjelaskan impak dan bisnes yang sedang dijalaninya.
Melalui syarikat Into Equity Sdn. Bhd., Farah menjalani bisnes dalam bidang hartanah dan pendidikan kanak-kanak yang beroperasi di London dan Hong Kong.
Bukan sahaja di luar negara, Farah merupakan pembekal barangan untuk hotel terkemuka di Kota Kinabalu dan membekalkan peralatan kesihatan kepada Kementerian Kesihatan.
"Apabila penggodam ini menceroboh e-mel, menyebar gambar saya dan melakukan penganiayaan siber, reputasi saya sebagai usahawan terjejas. Kalau dengan pelanggan luar negara tidak ada masalah tetapi kalau dengan pelanggan dalam negara macam mana? Saya perlu bersihkan nama saya yang tercalar," ujarnya yang telah mendapat nasihat peguam dan akan mengambil tindakan.
Menganggap perkara penggodaman e-mel dan blog serta penyebaran gambarnya sebagai sesuatu yang sangat serius, tindakan akan dibuat sekembalinya Farah dari Hong Kong kelak.
Buka akaun RHB sekarang dan menang hadiah menarik
"Saya akan ke Hong Kong untuk urusan perniagaan. Sekembalinya saya nanti, saya mahu membersihkan nama saya. Saya sudah berbincang dengan peguam saya untuk mengambil tindakan terhadap beberapa blog hiburan yang menyiarkan gambar saya," kata Farah tegas.
Gambar kenangan Perkahwinan Hattan & Farah
10 ulasan:
gambar apatu? ketingalan pulak sy nie huhu.. apa2 pun diharap mereka cekal dgn masalah yg dihadapi...
kesianlah pulak, kenapa tak beri peluang utk ke arah kebaikan, itukan lebih baik drp membuka aib seseorang!
xpnah tau on psal nie..gmbar apa?
benda dah tersebar..apa boleh buat,...beribu-ribu dah copy rasanya..
udinz.com
@pondok usang cari dalam google,takut pulak kena saman nanti siarkan
@Jendela Hatitak sampai hati pula nak siarkan gambar tu,mengaibkan dia
dengan cina tak sunat pon bole dia nie....ish-ish-ish
dengan cina tak sunat pon bole dia nie....ish-ish-ish
dengan cina tak sunat pon bole dia nie....ish-ish-ish
kan dia kata dia ada maruah ... phffft!
Catat Ulasan