Jumaat, 20 Januari 2012

Penyanyi Izwan Pilus Meninggal Dunia

Buka aje Facebook dapat perkhabaran yang sangat mengejutkan di mana  penyanyi Izwan Pilus atau nama sebenarnya Khairil Izwan Pilus, 32, telah pun meninggal dunia pada jam 6.15 petang tadi (20 Januari 2012) di wad ICU hospital Ampang. Marilah sama-sama kita sedekahkan al-fatihah buat Allahyarham Izwan Pilus.

Perkhabaran ini juga telah dikhabarkan oleh adik allahyarham Aril AF di twitter miliknya.  Izwan Pilus meninggal dunia kerana mendapat jangkitan kuman dalam darah dan jangkitan kencing tikus yang menyebabkan kegagalan organ dalaman.
Bekas pengacara Bintang RTM itu menghembuskan nafas terakhir di hadapan keluarga dan rakan baik kira-kira jam 6.15 petang. Anak kedua daripada empat beradik itu dimasukkan ke hospital disebabkan demam kuning, kira-kira jam 12.30 malam kelmarin.


 Rakan artis dan wartawan berada di sekitar bilik mandi jenazah
Izwan Pilus Hospital Ampang.
Awal Disember lalu, penyanyi yang popular dengan lagu Kembali Senyum itu pernah dimasukkan ke Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak dan ditahan di wad selepas mengadu demam panas, manakala adiknya, Aril AF7 turut dimasukkan ke wad sama akibat demam denggi.

Jenazahnya dibawa pulang ke kampungnya di Jasin, Melaka dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Palembang, Gubah, Jasin, kira-kira jam 9 pagi hari ini.

Allahyarham mula dikenali dalam industri hiburan tanah air selepas menjadi finalis Bintang RTM 2004 dan pernah muncul dengan album Indah Lelapku pada 2005. Beliau juga pernah menjadi finalis Anugerah Binang Popular Berita Harian 2006 dan finalis Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-14.





13 ulasan:

Unknown berkata...

Sy pun masih terkejut lg ni. Takziah buat seluruh keluarga arwah.

Al-Fatihah.....

mz berkata...

saya baru je dapat BBM..ingatkan sape la izwan pilus ni

sori tak kenal ye

syila rashid berkata...

Muaz Fariz..kot yer pon tak kenal..tak perlulah bagi ayat berlagak.kita ni sama jer.pemes ker,tak pemes ker,semua sama jer.sah2 dia adalah saudara islam kita.so,tak timbul soal kenal ke tak.

.~Al-fatihah utk arwah.semoga tenang disisi Maha Pencipta..

Kasih Salina berkata...

al-fatihah untuk arwah Izwan Pilus & Takziah kepada keluarga allahyarham..

http://www.kasihsalina.com/ - gambar scha masa kecil

Tanpa Nama berkata...

@Muaz Faris

At least salam takziah lah bro, ni soal kematian & kita semua ni saudara Islam, Innalilah wainalillah hirojiun, another great signer passed-on, my prayers to Izwan Pilus & his fan.

mmy_al69 berkata...

Macam arems aje kau ni Muaz, manusia ke binatang kau ni? Kalau tak kenalpun, bukankah dia saudara seislam? Astaghfirullahal'azim...

Al fatihah, berita ini memang amat menggemparkan. Moga roh beliau ditempatkan di sisi mereka yang beramal soleh..

Tanpa Nama berkata...

@Muaz FarisMuaz, mak bapak ko tak ajar ke untuk menghormati orang. Walau sesiapa pun yang meninggal at least sedekah fatihah.

Unknown berkata...

@Muaz Faris

teruk tul mamat nie...takziah...al-fatihah

Jendela Hati berkata...

alfatihah

Tanpa Nama berkata...

Al-fatihah n takziah bt keluarga izwan pilus. Bt muaz sok ko mati xde sape nk jenguk ko

Tanpa Nama berkata...

Al fatihat buat arwah..tahziah buat keluarga..

Tanpa Nama berkata...

@Muaz Faris

Tanpa Nama berkata...

@Muaz Faris
to Muaz....sok hang mampos xdak sapa nak sedekahkan utk hang..bengap