Akhbar Harian berbahasa Inggeris The Star hari ini memohon maaf kepada umat Islam kerana menyiarkan gambar artis Amerika Syarikat Erykah Badu yang memperlihatkan tatu kalimah Allah tertera di dadanya.
"Kami dengan ikhlas memohon maaf kepada umat Islam atas kesilapan ini," permohonan maaf yang disiarkan dalam laman webnya hari ni dipetik.
Tatu dalam bahasa Arab itu disiarkan dalam seksyen "Star2" hari ini di samping rencana satu muka penuh berhubung penghibur yang digelar "Ratu Neo-Soul" sempena konsertnya di Kuala Lumpur pada Rabu depan.
Selain dua tatu kalimah Allah, simbol lain pada dada dan lengannya yang terdedah juga memperlihatkan huruf-huruf dalam bahasa Yahudi dan simbol seakan-akan piramid.
Ramai yang mempersoalkan tindakan akhbar itu yang "seolah-olah menghina Islam" juga mempersoalkan kehadiran penyanyi 41 tahun itu mengadakan konsert di negara ini dan pihak berkuasa patut memantaunya.
8 ulasan:
wow ..memang sial la begitu
baca juga star tapi tak perasan la pula ...
tu semua dakyah dakyah nak bawa islam ke arah lembah hina la tu. takbir!!
NASIB BAIK STAR SIARKAN KALAU TAK AKU TANGKAP LAYAN LAGU DIA LAGI
gila la dorang nie .. hmm
nape leh masuk Malaysia benda haram cmni
sy rasa tidak semua kesilapan disudahkan dengan hanya minta maaf saja ada juga yg patut dikenakan hukuman undang2 keatas pesalah yang melakukannya,,,
show dia dah kena cancel sebab tatu tu... so padanlah the star siarkan, atleast kita bukak mata...
Catat Ulasan