Ahad, 19 Februari 2012

Siti Nurhaliza Lancarkan Produk Baru Hilangkan Stress

Walaupun pernah dihimpit dengan kontroversi mengenai isu keraguan halal produk, SimplySiti, namun itu semua tidak sama sekali mematahkan semangat penyanyi terkenal, Dato’ Siti Nurhaliza untuk terus memperkembangkan perniagaan produk kecantikan yang telah diasaskannya selama hampir dua tahun itu.


"Terima kasih juga dengan cabaran yang datang sebab dari situ kami dapat perbaiki lagi perniagaan kami. Ada hikmah apa yang berlaku di mana banyak kebaikan yang diperoleh dan kami juga belajar banyak perkara",ujar Siti sambil memberitahu dalam proses untuk meluaskan lagi empayar SimplySiti.

Siti Nurhaliza di pelancaran produk SimplySiti Dermagic Beauty Mosturiser: Youthful, Fairness & Stress-Free Skin

Sebagai permulaan, pelantun lagu ‘Falling In Love’ ini muncul dengan produk terbaru, SimplySiti Dermagic Beauty Mosturiser: Youthful, Fairness & Stress-Free Skin. Majlis pelancaran krim magis pertama di Malaysia yang mengandungi tiga bahan utama Plant Endorphin, Korean Plant Stem Cell dan Advanced Hydro-Collagen ini telah diadakan dengan penuh meriah di Sunway Hotel Resort & Spa.

“Sekarang ini dah ada lebih 100 produk kosmetik dan kecantikan SimplySiti. Kami sasarkan untuk mengeluarkan lagi 100 produk baru pada tahun ini. Siti juga akan pergi ke Indonesia pada 27 Februari ini untuk membincangkan pasal produk ini.

“Walaupun Indonesia sangat menjaga produk tempatan mereka, namun Siti berharap SimplySiti dapat masuk ke pasaran sana. Setakat ini, produk ini boleh didapati di seluruh Malaysia dan juga Brunei,” ujar Siti yang sudah melaburkan lebih dari RM 10juta untuk perniagaan ini.

Ketika ditemui, Siti turut berkongsi bakal mengeluarkan jenama wangian sendiri pada April tahun ini. “InsyaAllah, selain jenama wangian, Siti juga dalam perancangan untuk mengeluarkan produk untuk lelaki pada tahun ini. Bisnes kecantikan ini meluas, jadi banyak lagi benda yang Siti boleh buat contohnya losyen, mandian dan sebagainya. Buat masa ini, Siti akan fokus dengan bisnes kecantikan dulu sebab ia dekat dengan diri Siti.”

1 ulasan:

Unknown berkata...

cantik nya siti


http://i-cheer-u-up.blogspot.com/2012/02/contest-jom-visit-blogwalking-cheer-you.html

JOIN CONTEST TERBARU DARIPADA SAYA ..DO VISIT MY BLOG AND BE MY WINNER :D

jemputlah :D