Seorang bapa warga asing bukan saja bertindak merogol anak tirinya berusia 15 tahun, malah cuba membunuhnya dengan menusuk kemaluan dan mengelar leher mangsa menggunakan pelepah kelapa sawit dan cuba menghumbannya ke dalam sungai di Inanam, di sini.
Namun, dalam kejadian jam 9.30 pagi pada 23 Mac lalu, mangsa bernasib baik apabila ditemui dalam keadaan ‘nyawa-nyawa ikan’ oleh orang ramai sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan M Chandra berkata, polis menerima panggilan daripada penduduk mendakwa menemui seorang gadis dalam keadaan lemah sebelum sepasukan polis bergegas ke tempat kejadian.
Menurutnya, soal siasat mendapati mangsa dirogol bapa tirinya berusia 34 tahun sebelum bertindak cuba membunuhnya.
“Bukan itu sahaja, suspek berusia 34 tahun bertindak kejam apabila memasukkan objek ke dalam kemaluan mangsa sebelum membiarkan mangsa terbaring dalam keadaan tidak bermaya di tebing sungai.
“Mujur ada penduduk tempatan menemui mangsa dalam keadaan terbaring sebelum menghubungi polis,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu, di sini, semalam.
7 ulasan:
Memang gilaa!!!
zalim gilak
ya Allah...hudud penyelesaiannya..
gila btol...ish..
zalim!
assalamualaikum CT...mmg2 betul gila...:)
xde akal punyer orang..
Catat Ulasan