Khamis, 29 Mac 2012

Cincin Kawin Zarina Anjoulie & Mengaku Bakal Bermadu

Siapa tidak mengenali ratu kontroversi, Zarina Anjoulie Lavocah. Apa sahaja kisah yang berkisar mengenai dirinya, pasti menjadi bualan. Baru-baru ini, berita mengenai Zarina yang bakal menamatkan zaman bujangnya turut mendapat perhatian masyarakat. Namun, Zarina memberitahu bahawa hasratnya melangsungkan perkahwinan bulan ini terpaksa ditunda.


“Memang saya ingin segera kahwin, tapi banyak perkara yang tidak dapat dielakkan. Jadi, kami sepakat menundakan tarikh tersebut.


“Jadi, tarikh yang jelas masih belum diperoleh sehingga kami sama-sama berbincang menetapkan tarikh sesuai. Saya berharap, perkara ini tidak perlu dikontroversikan kerana memang kami akan berkahwin tidak lama lagi.

“Saya berharap, perkahwinan ini sedikit sebanyak dapat mengelakkan daripada timbulnya cerita lain yang kurang enak lagi. Jangan kaitkan saya dengan mana-mana lelaki lagi selepas ini,” katanya yang mengakui bakal bermadu.

Enggan mendedahkan gerangan bakal suaminya, Zarina berkata, lebih baik sekiranya orang ramai tidak mengetahui siapa yang bakal menjadi suami nanti untuk me­ngelakkan sebarang masalah.

“Biarlah ia menjadi satu rahsia buat masa sekarang kerana saya ingin mengelakkan lebih banyak kontroversi  lain,” katanya.





7 ulasan:

Suzie berkata...

kahwin untuk elak fitnah ...eloklah tu

Tanpa Nama berkata...

tahniah dapat suami org..kesian artis malaysia mcm u..kene cr suami org untuk support hidup..dah tentu2 bakal suami tu org kaya..so cliche

Tanpa Nama berkata...

bagusla untuk elak fitnah....sekurang2nye mengurangkan dosa2 sebelum ni:)

kak tie berkata...

laki orang lagi...dah takde orng bujang ke kat M'sia ni?

Kesilapan Dalam Filem CINTA KURA KURA (klik) berkata...

bagus sangat.. elak fitnah dan dosa..

adianiez AIDA berkata...

isteri mana la yg bakal bermadu dgn dia ni. kesian :(

nurfatin amalia berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.