Khamis, 1 Mac 2012

Gambar Pernikahan Nora Danish & Adi Putra-Aku Terima Nikahnya....

Majlis pernikahan Nora Danish dan Adi Putra ini telah berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, baru-baru ini. 
Nora Danish & Ady Putra-Aku Terima Nikahnya
Apabila ditanya bagaimana perasaannya ketika itu, dia sedikit pun tidak teruja untuk adegan majlis akad nikah kerana sudah beberapa kali melalui fasa itu. Didalam adegan itu Nora pemegang watak Arlisa menanti Johan, lakonan Ady Putra melafazkan akad nikah untuk menyuntingnya sebagai isteri dalam filem pertama arahan Eyra Rahman. 

“Ini bukan kali pertama Nora bernikah sewaktu berlakon. Sudah beberapa kali juga. Jadi perasaan teruja itu tidak ada, sekadar menghidupkan watak sahaja.

“Menjadi isteri kepada Ady Putra adalah kali kedua, pertama dulu sewaktu drama Tentang Dhia. Sejak drama itu, Nora banyak mendapat tawaran watak yang lebih serius. Tiada lagi watak gadis remaja yang ceria,” kata Nora ketawa ditemui di lokasi penggambaran filem Aku Terima Nikahnya di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, baru-baru ini.



“Alhamdulillah, antara Nora dengan Ady sudah ada keserasian sejak Tentang Dhia, jadi tidaklah kekok untuk filem Aku Terima Nikahnya. Nora harap filem ini dapat mencetus fenomena seperti drama juga,” harapnya.

Menurut Nora, dia bersetuju berlakon Aku Terima Nikahnya, filem ketiganya dengan Metrowealth Pictures kerana skrip dan barisan pelakonnya menarik.

“Nora terima bukan sebab orang kata gandingan kami serasi. Kalau nak ikutkan, ada beberapa produksi yang nak gandingkan Nora dengan Adi tapi bila tengok skrip Aku Terima Nikahnya, Nora tertarik.

“Jalan cerita filem ini menarik. Sebab itu Nora tidak mahu melepaskan peluang. Harap-harap gandingan kali ini lebih menjadi dan lakonan Nora mampu meninggalkan kesan kepada penonton,” katanya.

Nora sebagai Arlisa & Ady Putra sebagai Johan dalam Filem Aku Terima Nikahnya
Watak baik dan jahat sudah sering dilakonkan oleh Ady Putra. Namun watak Zikir lakonannya menerusi drama Tentang Dhia amat memberi kesan dan berjaya menyentuh hati ramai penonton wanita.

Kesan daripada watak itu, Ady terus diberi peranan sebagai suami penyayang dalam filem Aku Terima Nikahnya.

Aku Terima Nikahnya Arlisa..........

“Biarpun orang pernah tengok gandingan saya dengan Nora dalam drama, tapi kali ini karakter kami berbeza. Sebenarnya, gandingan ini membebankan juga kerana kami perlu berikan yang lebih baik daripada apa yang pernah ditonton sebelum ini,” katanya.

Harap lepas ini bolehlah tarik nafas lega ye....Terutama kepada peminat Nora Danish. Ini cuma lakonan aje.

4 ulasan:

::CIK LYNN:: berkata...

pelakon dia pn ok...hrap filem ni pn bes gk la...=)

pinkcolour82 berkata...

suka dengan dua2 pelakon nie.mudah2an berjaya

Tanpa Nama berkata...

sweet sangat

maszull berkata...

assalamualaikum CT...oh ! yg ni berlakon rupa2nye yer...ingatkn betul2 tadi..:)