Isnin, 30 April 2012

Seluruh Sabah Bergelap, Kerana Pencawang Meletup

Seluruh Sabah terputus bekalan elektrik mulai jam 3.33 pagi tadi apabila pencawang milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di Penampang meletup.

Kejadian menjejaskan kira-kira setengah juta pengguna di seluruh negeri, selain menyebabkan kesesakan jalan raya berikutan lampu isyarat tidak berfungsi.

SESB akan mengadakan sidang media pada jam 3.30 petang ini bagi memberi penjelasan berhubung kejadian itu. Difahamkan, bekalan dipulihkan secara berperingkan mulai jam 7 pagi.

Update
Hampir seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan terputus bekalan elektrik bermula kira-kira jam 3.23 pagi tadi.

Siasatan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mendapati salah satu pepasangan 66kV (Capacitive Voltage Transformer) (CVT) di pencawang masuk utama Penampang, dekat sini mengalami kerosakan.

Menurut Pengarah Urusan SESB Ahmad Fuad Md Kasim, lebih 400,000 pengguna
terputus bekalan elektrik ekoran kejadian itu.

Kejadian itu turut mengakibatkan banyak stesen-stesen janakuasa di seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan terpelantik dan memaksa SESB mengaktifkan catuan bekalan kecemasan bagi memastikan kestabilan sistem Grid Sabah, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya talian hotline 15454 juga menjadi sesak akibat jumlah panggilan yang mendadak daripada pengguna yang terlibat.

Ahmad Fuad berkata bekalan berjaya dipulihkan secara berperingkat-peringkat bermula pada jam 6.40 pagi.

Katanya punca sebenar kerosakan masih dalam siasatan.

Berikutan kejadian luar jangka itu, SESB memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi oleh pengguna yang terlibat, katanya.


Pekerja Kilang Mati Dalam Aib

Seorang wanita ditemui mati dalam keadaan separuh bogel di sebelah teman lelakinya yang turut tidak berpakaian lengkap dan tidak sedarkan diri dalam sebuah Proton Iswara di Kangkar Pulai, Kilometer 10 Jalan Pontian Lama, di sini tengah hari semalam.
anggota polis mengangkat jenazah wanita berkenaan untuk dihantar ke HSA.

Zizan Diserang Keradangan Otot,Hentikan Sementara Aktiviti Seni

Selepas pulih dari demam, batuk dan selesema, pelawak dan pengacara TV, Zizan Razak dilaporkan diserang sakit Acute Myositis (Fatigue) atau keradangan otot di seluruh badannya.


Oleh kerana itu, Zizan kini terpaksa ditahan di wad Hospital Pantai Bangsar untuk menerima rawatan yang lama.


Menurut pengurus peribadinya, Marina Juki menjelaskan doktor menasihatkan agar Zizan mengambil cuti rehat yang panjang supaya derita keletihan otot ini boleh beransur pulih dengan cepat.


"Syukur Alhamdulillah, keadaan Zizan tidak terlalu kritikal. Namun, dia masih perlu berehat sepenuhnya dan terpaksa membatalkan segala penggambaran termasuklah penglibatannya untuk program Melodi dan Super Spontan.

Zizan di hopital Pantai Bangsar

Anggota Polis Ceritakan Kejadian Ketika Dibelasah Dihadapan SOGO-Bersih 3.0

"Saya rasa kepala terkena objek keras sebelum pengsan". Menurut Kamil, dia berada dalam keadaan separa sedar dan hilang kawalan ke atas kereta Proton Waja yang dipandunya selepas mengalami pendarahan di kepala akibat dibaling objek keras.
Konstabel Mohd kamil-Polis yang dibelasah di Bersih 3.0

Air Perigi Sirap Didakwa Boleh Sembuhkan Penyakit

Setiap penyakit itu ada ubatnya. Lagi satu kita kena yakin, barulah berjaya sembuh. Agaknya itulah yang berlaku kepada salah seorang penduduk yang mendakwa penyakitnya beransur sembuh kerana menggunakan air perigi sirap yang terjadi di Pasir Puteh baru-baru ini.
"Alhamdulillah, penyakit gatal-gatal saya kini beransur hilang selepas mandi dengan air perigi ini."

Ahad, 29 April 2012

Gambar Mesra Nora Danish & Adi Putra Di Mekah Tunai Umrah

Ini bukan propa tapi benar. Tengok gambar mereka berdua ketika berada disana.Umum telah mengetahui ketika Fasha dan Jejai bernikah, Nora Danish pula telah pergi menunaikan Umrah.
Nora Danish & Adi Putra menunaikan umrah

Maulana Dedah Rahsia Kahwin Sham Kamikaze Di Propaganza

Isu perkahwinan kedua Sham Kamikaze atau nama sebenarnya, Shamril Mohd Salleh masih belum terlerai lagi walaupun figura popular ini sudah pun menafikannya.

Bersih 3.0:Perbezaan Video Versi Berita TV3 & Video Sebenar Kejadian Kereta Polis Diterbalikkan Berhampiran SOGO-Siapa Yang Bersalah?

Petang tadi semasa perhimpunan Bersih 3.0, sebuah kereta peronda milik pihak polis telah diterbalikkan oleh sebahagian peserta perhimpunan Bersih 3.0.
Kereta Polis diterbalikkan di hadapan Sogo-Bersih 3.0

Sabtu, 28 April 2012

Gambar Penyanyi Aishah Di Perhimpunan ‘Duduk Bantah’ Bersih 3.0

Penyanyi 90an yang terkenal dengan lagu ‘Janji Manismu’, Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah antara sebahagian penyokong yang hadir menyertai Perhimpunan ‘Duduk Bantah’ Bersih 3.0 yang diadakan di Dataran Merdeka, Sabtu.
Penyanyi Aishah di Perhimpunan Bersih 3.0

Gambar Polis FRU Melepaskan Gas Pemedih Mata Kepada Penyokong Bersih 3.0

Maklumat yang baru diperolehi dari wartawan di Dataran Merdeka mengatakan penyokong BERSIH 3.0 cuba merempuh benteng polis untuk terus menduduki Dataran Merdeka.


Pihak polis FRU telah melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan tindakan segelintir penyokong yang cuba merempuh benteng dan melakukan provokasi terhadap pihak polis dengan membaling botol air mineral.

TERKINI: 50,000 Penyokong Bersih 3.0 Di Dataran Merdeka-Duduk Bantah

Jumlah penyokong Bersih 3.0 yang berkumpul di luar kawasan Dataran Merdeka di sini terus meningkat - peningkatan, secara berperingkat-peringkat sejak awal pagi tadi - angka terbaru setakat 1.30 tengah hari tadi menunjukkan sudah mencecah 50,000 orang.

Bersih 3.0-Gambar & Video Terkini

Ibu negara menyambut pagi Sabtu dengan Bersih 3.0 yang bakal diadakan petang ini. Sejumlah orang ramai, yang dipercayai mereka yang hendak menyertai perhimpunan itu turut kelihatan berada di kawasan berhampiran Dataran Merdeka.

Dataran Merdeka telah diisytiharkan sebagai kawasan tidak boleh dimasuki oleh penganjur Bersih 3.0 dan orang ramai, mulai tengah malam tadi sehingga 1 Mei ini.

Gambar dan info terkini akan diupdate dari semasa ke semasa.


Gambar selepas pukul 2pm





5.21pm: Dua anggota polis tercedera dan pistol yang hilang dijumpai semula, kata menteri dalam negeri melalui Twitter.

5.20pm: SIMPANG JLN TUN HS LEE-JLN TUN TAN CHENG LOCK (berhampiran Pasar Seni) - Anggota FRU mula berehat selepas Unit Amal PAS mengerahkan peserta bersurai.

4.30pm: Senjata pistol anggota polis telah dirampas oleh peserta perhimpunan di hadapan SOGO. Susulan daripada itu, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan segala kemungkinan yang boleh berlaku.(Info Polis Diraja Malaysia)
Penyokong Bersih 3.0 terbalikkan kereta polis
‎4.19pm:Jalan TAR Orang ramai bertindak menterbalikkan kereta polis selepas ia didakwa melanggar peserta BERSIH(Info MalaysiaKini)-Video dibawah



Polis melepaskan gas pemedih mata
3.00pm : Pihak polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata apabila peserta perhimpunan cuba merempuh halangan. 


1.13pm: Jumlah peserta: Pudu/Kotaraya/Petaling Street (berarak dari KLCC) 20K; Pasar Seni (bergabung dengan kumpulan Brickfields) - 15K; Masjid Jamek 10k; TAR/JLn Tun Perak/Jln Parlimen 10K; Masjid Negara 5K.

12.30pm: Kereta bawa DSAI melalui jalan berhampiran Masjid Negara dikerumuni rakyat yg laung reformasi.

11.50am: Unit Pengesan Bom PDRM tiba bagi memeriksa objek disyaki bahan letupan dan mendapati ia bukan bahan letupan(video dibawah)

11.45am: Maklumat yang diperoleh oleh Sinar Harian Online menunjukkan angka peserta Bersih yang berhimpun di kawasan berdekatan dengan Dataran Merdeka sudah mencecah 15,000 orang. 

10.40am: Masjid Negara-Pengerusi BERSIH S Ambiga baru sampai, kelihatan bergerak ke stesen keretapi lama.(video dibawah)

1015am: Bangsar-Sasterawan Negara A Samad Said memasuki Stesen LRT Bangsar disambut tepukan gemuruh.
Penyokong Bersih 3.0 di TAR
9.55 pagi: Di kawasan Masjid negara, penyokong terus bertambah tapi belum ada pergerakan, semua masih menunggu arahan seterusnya.

9.50 pagi: Lebih 500 penyokong Bersih dan Anti-Lynas berhimpun di hadapan KLCC. Polis juga dilihat berkawal di kawasan berhampiran.
Penyokong Bersih 3.0 di Petaling Street
9.50 pagi: Peserta perhimpunan bergerak dari Pasar Seni menuju ke Petaling Street. Mereka juga bertindak menukar pakaian dan memaki T -shirt Bersih 3.0
Penyokong Bersih 3.0 di Dataran Merdeka
9.40 pagi: Anggota bomba dan unit kecemasan HKL turut ditempatkan berhampiran dengan Dataran, Stadium, Bangun Sultan Abdul Samad dan beberapa kawasan yang lain.
Penyokong Bersih 3.0 sudah mula membanjiri kawasan bangunan Sultan Abdul Samad 
9.40 pagi: Penyokong Duduk Bantah Bersih 3.0 berhimpun di hadapan Pejabat Agung Pas di Jalan Raja Laut

9.40 pagi: Helikopter PDRM mula berlegar-legar di lokasi-lokasi Bersih

9.38 pagi: Kelihatan 100 penyokong berkumpul di hadapan Kompleks Pertama.

9.30 pagi: Peserta mula membanjiri perkarangan stesen LRT Masjid Jamek dengan memakai baju yang tertulis 'Bersih 3.0, Duduk Bantah', SAMM, kain yang diikat di tangan dan kepala.

9.20: Penyokong Bersih terus membanjiri kawasan Masjid Negara, jumlah meningkat kepada kira-kira 1,000 orang. Sepasukan 30 orang unit amal turut kelihatan.

9 pagi: Jalan Tuanku Abdul Rahman di hadapan Kompleks Sogo ditutup kepada kenderaan. Polis mula membuat benteng.

8.30 pagi: Dianggarkan lebih 3,000 penyokong Bersih mula berkumpul di luar Dataran Merdeka, di persimpangan Jalan TAR dan Jalan Raja dan Stesen LRT Masjis Jamek.

7.40pm: Kira-kira dua ribu pegawai polis telah berada di dalam Dataran Merdeka.

6.15 pagi - kira-kira 60 pegawai polis mula berkumpul di jalan depan Bangunan DBKL. Dua bas polis dan tiga trak polis membawa ratusan pegawai tiba di sekitar dataran

5 pagi: Tidak lebih 200 penyokong Bersih telah berada di sekitar Dataran, berhampiran bangunan DBKL. Kebanyakan mereka sedang tidur di kaki lima.















(Gambar) Persembahan Yuna Di Pelancaran 'Adidas White Space Project’.

Yuna dilamar oleh produk Adidas untuk projek terbaru mereka, ‘New York Adidas White Space Project’. Turut bergabung dalam projek ini ialah pereka kaca mata, Coco & Breezy.
Yuna membuat persembahan di parti pelancaran  'Adidas white space project'

Gambar Nora Danish Pergi Umrah 2012

Di saat Jejai dan Fasha disatukan, di saat itu jugalah pelakon jelita Nora Danish berangkat menunaikan ibadah umrah. Bagaimanapun, Nora menafikan dia ke sana kerana membawa diri. 


“Nora bukan membawa diri, keputusan mengerjakan umrah kali ini dirancang sejak Februari lalu dan tiada kaitan langsung dengan majlis pernikahan mereka.

Nora Danish ketika di Airport untuk pergi Umrah

Sinopsis Filem Mencari Cinta-Nora Danish & Rusdi Ramli

Dengarnya filem Mencari cinta ini pelakon asalnya Fasha Sandha,tetapi akibat kesibukan tempatnya digantikan dengan Nora Danish.

filem ‘Mencari Cinta’, mengisahkan mengenai percintaan selepas perkahwinan yang berlandaskan kisah Rasulullah sendiri. Skrip filem ini sudah disimpan sejak tiga tahun lepas yang pada asalnya dirancang untuk di buat drama.

Gambar & Video Majlis Pernikahan Fasha Sandha & Jejai (Toh Muda Rizal Ashram Ramli)

Semua tohmahan dan cemuhan sepanjang percintaan mereka telah berlalu dibawa angin selepas malam ini.

Pastinya malam ini adalah malam yang penuh bersejarah buat Fasha Sandha & Rizal Ashram (Jejai). Akhirnya mereka selamat dinikahkan dalam satu majlis tertutup di Hotel Crowne Plaza Mutiara yang dihadiri oleh keluarga, selebriti dan para media.
Jejai & Fasha selamat menjadi suami isteri
Dengan dua kali lafaz, pelakon sensasi lagi berkontroversi Fasha Sandha telah pun selamat menjadi isteri kepada Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai tepat jam 9.45 malam.

Jumaat, 27 April 2012

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Fasha Sandha & Jejai

Fasha Sandha sudah bersedia untuk majlis akad nikah
Pelakon popular, Nur Fasha Sandha Hassan telah melangsungkan majlis pernikahannya bersama pasangannya Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai yang juga anak kepada bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib hari ini 27 April. Disini nak kongsi gambar awal di majlis pernikahan pasangan tersebut.

GameBoy-Video 'Save The Date' Awal Ashaari & Scha Alyahya

Kali ini disiarkan pula video 'Save The Date Awal & Scha yang mengisahkan tentang kisah cinta budak gemuk Awal Ashaari, dan budak tomboi Scha Alyahya.

Budak Diculik Di Mont’ Kiara International School Kuala Lumpur- Nayati Shamelin Moodliar

Perhatian semua. Sekarang ini di Twitter dan Facebook menghebahkan tentang penculikan budak lelaki berumur 12 tahun. Kejadian itu berlaku di Mont’ Kiara International School Kuala Lumpur.

Baca maklumat dibawah yang telah diambil dari  venusbuzz.com

Hantaran Artis-Hantaran Perkahwinan Fasha Sandha & Jejai

Selamat Pengantin Baru untuk Fasha Sandha dan jejai. Sebelum berlangsungnya majlis akad nikah pasangan ini yang dengarnya akan diadakan di Crown Plaza Mutiara KL, kita lihat dulu hantaran perkahwinan Fasha yang telah digubah oleh Ariwedding Couture. Menarik dengan kombinasi pink dan putih

Tiga Pramugari Diserang & Dicabul Di (LCCT) AirAsia Mahu MAHB Ambil Tindakan Segera

Tiga pramugari diserang, dua daripada mereka dicabul di tempat letak kereta Terminal Tambang Murah (LCCT) baru-baru ini, mendorong AirAsia untuk segera merayu kepada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) supaya menaik taraf keselamatan dan pencahayaan di kawasan letak kenderaan.

Insiden terbaru berlaku pada pukul 5.30 pagi, pada Khamis di mana seorang lelaki datang dan memeluk seorang pramugari yang baru masuk ke keretanya untuk pulang ke rumah, kata Pengarah Operasi Penerbangan AirAsia Berhad Kapten Datuk Fareh Ishraf Mazputra pada Jumaat.

Tengku Cleopatra Nama Anak Kedua Que Haidar & Linda Jasmine

Tahniah kepada pelakon Que Haidar apabila isterinya, Linda Jasmine telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.8 kilogram pada jam 1.28 petang, Khamis lalu.

Gambar Kad Jemputan Perkahwinan Awal Ashaari & Scha-Pasangan Seia Sekata

Semalam ramai yang dah tengok gambar Pra Perkahwinan Awal dan Scha. Hari ini Awal dan Scha telah mula mengedarkan kad jemputan perkahwinan mereka pula. 'Simple but nice'
Awal & Scha pasangan Seia Sekata
 Scha atau nama sebenarnya Sharifah Norazean Syed Mahadzir  dan Awal atau Ahmad Awaluddin Ashaari akan melangsungkan pernikahan mereka pada 4 Mei depan di Hotel Pullman, Putrajaya.

Majlis resepsi kedua-dua mempelai pula akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 6 Mei 2012.

Mari Berdiet Dengan Produk Nestle

Siapa yang tak nak kurus namun pada masa yang sama boleh makan macam orang lain juga. Lagi satu bukan senang nak berdiet, perlukan semangat yang tinggi untuk melaksanakannya. 

Salah satu cara untuk memulakan diet anda adalah dengan mengambil sarapan. Sesetengah orang percaya mereka boleh menggantikan sarapan pagi yang tertinggal dengan mengambil kuantiti yang banyak pada waktu makan tengah hari.

Malah ada juga yang berpendapat mereka boleh mengurangkan berat badan dengan meninggalkan sarapan pagi. Hakikatnya tanpa disedari mereka boleh mengekalkan berat badan dengan amalan sarapan pagi yang kaya protein dan serat.

Bagi mereka yang sukakan sarapan yang ringkas kini Nestle (Malaysia) Berhad bakal menambah tiga lagi siri segmen minuman nutrisi Milo dalam pasaran tempatan dengan melancarkan Milo Kurang Gula, Milo Bijirin dan Milo Tinggi Serat bagi memenuhi keperluan pengguna minuman­ berkhasiat. 

Identiti Lelaki Cium Zarina Anjoulie Terbongkar

Lagi-lagi Zarina Anjoulie-Harian Metro hari ini
Semalam kecoh tentang gambar bercium Zarina Anjoulie dengan seorang lelaki tersebar. Gambar itu dikatakan tersebar di laman Twitter miliknya. Mesti ramai yang tertanya-tanya siapalah jejaka yang bertuah dapat cium Zarina. 
Zarina Anjoulie dicium lelaki

Nabil Minta Nasihat Ustaz Don & Sudah Sediakan Nama Anak

Melihat kegembiraan yang terpancar pada wajah kedua-dua pasangan itu, ternyata mereka begitu gembira dan teruja menerima kehadiran orang baharu dalam hidup selepas selama sebulan berusaha untuk mendapatkan anak. 


"Gembira sangat. Lebih gembira daripada dapat motosikal baharu!," luah Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil, 29, bila ditanya mengenai perasaannya bakal bergelar bapa.


Celah isterinya, Nazirah Ayub atau Zira, 24, pula: "Sebelum ini memang saya jatuh nombor dua jika dibandingkan dengan motosikal baharunya.


"Dia memang sangat teruja bila dapat tahu saya mengandung. Bayangkan bila beritahu dia saya mengandung, dia terus ajak saya beli kereta sorong bayi. Malah, setiap kali tengok Internet dia mesti tengok gambar-gambar bayi".

Kawin Dua Wanita Bersaudara Dalam Satu Malam-Menyampah

Seorang petani berusia 22 tahun, Abdul Rahman Nayef al-Obeidi jatuh cinta dengan dua wanita. Namun, daripada memilih salah seorang gadis itu untuk dijadikan isteri, dia melangsungkan perkahwinan dengan mereka pada hari yang sama di sebuah kampung di tengah Iraq.


Majlis perkahwinan Abdul Rahman dan dua wanita yang merupakan sepupunya, Intidhar, 17, dan Suad, 22, berlangsung pada 6 April lalu. Ia diadakan di rumah keluarga lelaki itu di kampung Al-Laqlaq, utara Tikrit.

Khamis, 26 April 2012

Gambar Majlis Berinai Fasha Sandha

Kurang dari 24 jam sahaja lagi Fasha Sandha akan menjadi isteri kepada Jejai. Majlis pernikahan pasangan ini akan di sebuah hotel di Kuala Lumpur dan bukan di rumahnya seperti yang digemburkan sebelum ini.

Gambar Mesra Rozita Che Wan Dengan Lelaki India

Siapa teman baru Rozita Che Wan? Kalau dilihat dari gambar ini handsome jugak. Rozita Che Wan pula apa kurangnya cantik. Lepas ni mesti kecoh satu Malaysia Rozita bercinta dengan lelaki India. 

Hattan Terima Darjah Kebesaran Pahang-Membawa Gelaran Datuk

Penyanyi popular sekitar tahun 90′an Hattan kini bergelar Datuk Hattan. 

Gambar Pra Perkahwinan Awal & Scha- Ala Pearl Harbour

gambar Pra Perkahwinan Awal & Scha
Yang sangat menariknya gambar Pra Perkahwinan Awal dan Scha ini ialah, lain dari yang lain. Selalunya kita tengok pasangan pengantin akan buat shoot di taman bunga kalau tidak pun tepi tasik.

Gambar Husna Mohd Zain Tunang Ustaz Don & Biodata Lengkap Ustaz Don Daniyal Don Biyajid

Rasanya semua kenal dengan Ustaz Don yang sekarang ini telah menjadi penceramah terkenal tak kira peringkat umur terutama dalam rancangan program 30 Minit Ustaz Don yang bersiaran setiap Isnin sehingga Khamis, jam 10 malam di TV AlHijrah.


Gambar Lisa Surihani Di Penggambaran Iklan Tuala Wanita Sofy360

Sebagai celebriti terkenal dan cantik pula tu, Lisa Surihani sering menjadi duta produk. Salah satunya ialah produk tuala wanita jenama Sofy. Terbaru Lisa telah merakamkan iklan TV untuk Sofy360 di air terjun yang cukup indah pemandangannya. Jom tengok gambar Lisa Surihani yang sweet sangat.

Gadis Disergah 2 Ekor Harimau Meninggal Dunia

Akibat mengalami trauma melampau diserang 2 ekor harimau seorang gadis meninggal dunia. 

Kejadian berlaku di Kuala Kangsar, Mastura Kamaruddin  yang berdepan detik ngeri apabila ‘disergah’ dua harimau ketika mengikuti ibunya menoreh getah pada 15 Januari lalu, meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, petang kelmarin dipercayai akibat trauma melampau.

Mastura Kamaruddin, 16, sebelum ini dikatakan mengalami trauma berpanjangan sejak kejadian itu hingga dia gagal menghadiri sesi persekolahan.

Rabu, 25 April 2012

Video Tarian Ghairah Shila Amzah di Konsert Mania

Kontroversi terbaru Shila Amzah mengenai tarian ghairahnya dalam konsert rancangan realiti Mania minggu lalu, menjadi perbualan ramai. Aksi itu menimbulkan rasa kurang senang bagi segelintir pihak yang menyifatkan pelantun lagu Patah Seribu ini semakin berani tanpa memikirkan sensitiviti budaya di sini.
 
Tidak mudah melatah dengan kontroversi yang melandanya, buah hati aktor Shanaaz Ahmad, menganggap itu semua sebahagian dari lumrah yang harus dilalui semua selebriti. Menurut Shila Amzah, 20, dengan adanya sokongan kedua orang tuanya, dia tidak akan sesekali mudah menyerah kalah.


Gambar Majlis Makan Malam Zizan & Aaron Jadi Duta Kumpulan Mutiara Motors

Aaron & Zizan Duta Kumpulan Mutiara Motors
Sesuai dengan minat yang begitu mendalam dalam dunia permotoran, kedua-dua bintang popular (Aaron Aziz) dan pengacara popular (Zizan)  itu telah dilamar Kumpulan Mutiara Motors sebagai duta produk syarikat pengedar kenderaan mewah tersebut.

Nora Danish Tak Terima Kad Kawin Fasha & Jejai,Pergi Luar Negara Ketika Majlis Berlangsung

Pelakon cantik, Nora Danish tidak akan hadir ke majlis perkahwinan bekas suaminya, Jejai dengan pelakon, Fasha Sandha yang bakal berlangsung pada 27 April ini. Menurut pelakon Tentang Dhia ini selain tidak menerima kad jemputan, beliau juga memberitahu tidak akan berada di tanah air ketika hari majlis perkahwinan tersebut berlangsung.

"Nora tak dapat kad jemputan, tapi mungkin kerana mereka tahu Nora nak pergi ke umrah agaknya. Nora akan berangkat ke Mekah pada pagi Jumaat ini dan bakal berada di sana selama 13 hari," ujar Nora ketika ditemui pada majlis pra pelancaran filem 'Mencari Cinta', di Perak Techno-Trade Centre, Ipoh.

Range Rover Victoria Beckham Edisi Khas Evoque

Kereta yang direka Victoria Beckham dipamerkan semalam dengan harga jualan tiga kali ganda berbanding model biasa.


Hanya 200 Range Rover Victoria Beckham Edisi Khas Evoque akan dikeluarkan dan ia dijual pada harga 79,995 (RM400,000) sebuah.



Victoria yang dulu lebih dikenali sebagai Posh Spice, bergambar bersama kereta mewah itu pada pameran kenderaan di Beijing, China dan berkata, dia mereka kenderaan itu dengan membayangkan suami, David Beckham.



Kereta itu mempunyai rim aloi hitam 20 inci, gril sekeliling berwarna emas dan tempat duduk kulit berwarna perang. Ia juga dilengkapi empat set bagasi yang direka oleh Victoria.

Wordless Wednessday4-Rebah

SEREMBAN: Seorang anggota tentera rebah ketika Istiadat Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Sembilan ke-12.


Selasa, 24 April 2012

Upin & Ipin The Musical Dibatalkan Kerana Bersih 3.0 28 April 2012

TAHUN lalu, tiga persembahan teater terbitan CTRA Production yang dipentaskan di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTIC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur terpaksa dibatalkan kerana ‘Perhimpunan Bersih’.


Antaranya, teater Mak Dara Nyonya yang diterajui Juhara Ayob, Misha Omar, Sarimah Ibrahim dan Fara Fauzana yang mendapat sambutan hangat peminat teater tanah air. 



Ketika dihubungi, Penerbitnya, Siti Rohayah Attan berkata, pihaknya menganggarkan mengalami kerugian sekitar RM150,000, ketika itu. Terbaru, kata Rohayah, pementasan dengan Les’ Copaque Production Sdn Bhd, Upin & Ipin The Musical pula bakal menerima nasib sama apabila Bersih 3.0 diumumkan akan diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 28 April ini. 


Isnin, 23 April 2012

Kenyataan Bertulis Datuk Seri Shafie Afdal Jawab Isu Skandal Dengan Zahida Rafik

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Afdal menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bekas pemandu, Noor Azman Azemi, yang mengaitkan beliau dengan pembayaran wang dalam jumlah yang besar kepada seorang artis wanita, Zahida Rafik.


(Gambar) Sami Yusuf & Siti Nurhaliza Dalam Studio Rakaman-Lagu Duet 'You Come To Me'

Penyanyi berusia 31 tahun, Sami Yusuf bakal mengadakan konsert sulungnya di Malaysia bersempena pelancaran album keempat iaitu Salaam.

 Konsert Salaam Sami Yusuf bakal diadakan pada 14 Julai depan di Stadium Malawati, Shah Alam.

Gangguan Makhlus Halus Punca Pelajar UPSI (Fatimah Mina Md Juferi) Terjun Bangunan

Pada 21 April 2012 lalu, kita dikejutkan dengan berita seorang penuntut perempuan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah terjun dari bangunan dan maut. Salah satu puncanya kenapa Fatimah Mina Md Juferi melakukan perbuatan itu ialah beliau dikatakan mengalami masalah gangguan makhluk halus, sehingga maut selepas terjatuh dari sebuah bangunan lima tingkat di universiti itu kelmarin.

Ahad, 22 April 2012

Fouziah Gous Bertunang Jun Ini.

PELAKON jelita Fouziah Gous, 30, akan melangsungkan pertunangan Jun ini. Itulah berita terbaru yang di dengar mengenai bintang filem 2 Hati 1 Jiwa ini.
Majlis pertunangan Fouziah berlangsung Jun 2012