Rabu, 11 April 2012

Berita Terkini! Gempa Bumi Berukuran 8.9 SR Melanda Aceh Amaran Tsunami Dikeluarkan

Berita terbaru yang baru diterima Gempa berukuran 8.9 skala Richter melanda Semeuleu, Aceh. Gempa ini terjadi pada 03.38 petang waktu tempatan.

Informasi yang dikumpulkan dari Badan Meteorologi, gempa ini berpotensi menimbulkan tsunami. Kedalaman pusat gempa ada di 10 kilometer.

Gempa ini terasa di Bengkulu, Lampung, Aceh, Sumatera Barat, dan Sumatera Utara.sumber
gambar hiasan
Update
Indonesia mengeluarkan amaran tsunami ekoran gempa bumi kuat, pada magnitud 8.9, melanda sebelah barat daya wilayah Aceh petang ini, mencetuskan rasa panik di kalangan penduduk tempatan.

Gegaran sekitar jam 4.30 petang itu turut dirasai di kawasan Lembah Klang - Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam serta di utara Semenanjung - Pulau Pinang, Perlis dan Perak.

Agensi Survei Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gegaran berpusat di kawasan laut 495 kilometer (km) ke barat daya Aceh, sedalam 33 kilometer.

Gegaran juga dirasai di Singapura, Thailand dan selatan India, lapor Reuters.

Gempa hari ini juga dilaporkan berhampiran dengan lokasi gegaran pada 2004 yang mengakibatkan sekitar 250,000 terbunuh di 13 buah negara. Seramai 170,000 orang terbunuh di Aceh sendiri.

Magnitud gegaran lapan tahun lalu itu adalah 9.1 dan dikesan di kawasan laut sedalam 30 kilometer.sumber

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

subhanallah

Tanpa Nama berkata...

innallahi wainnailayhi rojiun. smoga sodar seiman kita bisa tbh dngan cba'n yg ada.

OMBAK RINDU versi teater (klik) berkata...

harap2 xde pape tgh malam ni..

Pengumpul Blog berkata...

Semoga mereka semua selamat di sana.